Pada 12 Mac yang lalu, tiba-tiba Oky masuk ke dalam kandang dia. Pada masa tu sudah petang, cara kebetulan pula Oky sedang demam selsema dan sukar untuk bernafas. Saya jangkakan Oky akan melahirkan. Melihat Oky sangat lemah dan gelisah, saya pun jadi tak tentu arah. Saya amat berharap agar dia dan anak-anaknya nanti selamat.
Dalam kegelisahan tersebut anak-anak Oky, Si Baby dan Si Adik seperti mengerti apa yang sedang dialami oleh ibu mereka. Mereka berdua sentiasa ada berhampiran dengan kandang dan sesekali meninjau ke dalam.
Ada kalanya mereka masuk dan menjilat ibunya mungkin menunjukkan rasa kasih sayang mereka. Saya tak mahu Oky diganggu jadi saya tutup pintu kandang. Mereka masih tidak berganjak dan menunggu ibunya di atas kandang.
Tengok tu, kedua-dua mereka sedang suspend menunggu kehadiran adik-adik baru mereka.
No comments:
Post a Comment