31 May 2013

RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM

Suatu hari Rasulullah saw berhasrat untuk berbelanja. Dengan berbekalkan wang sebanyak 8 dirham, baginda bercadang untuk membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum pun sampai ke pasar, baginda mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Baginda saw sempat bertanya mengapa wanita tersebut menangis. Apakah dia sedang di timpa musibah?

Perempuan itu menyatakan bahawa dia adalah seorang hamba yang telah kehilangan wang sebanyak 2 dirham. Dia menangis kerana sangat takut didenda dan dimarahi oleh majikannya. Maka Rasulallah saw pun mengeluarkan sebanyak 2 dirham dari saku baginda dan nebyerahkan kepada perempuan itu. Kini yang tinggal kepada baginda saw adalah baki 6 dirham, dengan berbekalkan duit itu beliau bergegas untuk membeli gamis pakaian kesukaannya. 

Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua yang miskin berteriak dengan berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak" Rasulullah saw memerhatikan laki-laki tersebut. Pakaiannya sangat lusuh dan tidak layak untuk dipakai lagi. Makanya gamis yang baru dibelinya diberikan dengan sukarela kepada lelaki tua itu. Sebagai gantinya baginda saw tak dapat memakai baju baru.

Baginda saw meneruskan perjalanannya untuk pulang, akan tetapi kali ini baginda saw terjumpa dengan  perempuan yang diberikan 2 dirham oleh baginda saw tadi semasa dalam perjalanan. Kali ini perempuan tersebut mengadu bahawa ia takut pulang kerana dikhawatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai hamba sahaya pada masa itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang.

Hukuman fizik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati beliau hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, beliau ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawapan. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali.

Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Beliau menghantar perempuan hamba tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan, "Jika hamba perempuan ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah saw penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah,secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah." Betapa bahagianya Rasulullah saw mendengar pernyataan itu. Beliau sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga hamba itu sendiri. Beliau berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsyi."Bahawanya Allah menolong hambanya, selama ia menolong saudaranya."

No comments: