04 May 2013

Perang Poster Aman di Taman Saga, Ampang

PRU13 kali ini memperlihatkan kematangan penyokong parti masing-masing - sikap rasional mereka boleh dilihat dengan pemasangan bendera dan poster perti sebelah menyebelah, berderet-deret dan berselang-seli. Gambar ini adalah laluan utama ke Taman Saga.

Di Taman Saga terdapat 2 bilik gerakan bagi 2 pakatan parti yang besar. Alhamdulillah semenjak mula perang poster, tiada sebarang kejadian yang tidak dikehendaki berlaku.

Laluan ini menuju ke rumah saya dan kawasan ini seperti dikuasai oleh parti yang sedang memerintah negara kerana kiri kanan jalanraya dipenuhi dengan bendera, poster dan bantying parti mereka.. Saya amat berharap agar keamanan sentiada berlaku di negara ini, kerana sekitanya berlaku kucar kacir semua pihak akan menghadapi masalaj. 

No comments: