11 May 2013

PURE MARINE COLLAGEN - Part 3

Kali ini saya paparkan beberapa nota mengenai cara menyediakan Pure Marine Collagen (PMC) dan cara mengambilnya.

Cara Penyediaan

1.   Basuh 100gram PMC mentah 6 kali dengan air biasa seperti mencuci beras (ramas PMC tersebut). Kemudian basuh 2 kali dengan sedikit tepung gandum dan air asam jawa untuk menghilangkan hanyir. Bilas sekali lagi dengan air biasa.

2.   Rendam PMC mentah ke dalam air sejuk di bekas plastik selama sehari.

3.   Keluarkan PMC dan basuh sekali lagi.

4.   Rebus PMC bersama daun pandan dengan suhu sederhana selama 40 minit. Pastikan dikacau selalu dengan menggunakan air sebanyak 2.5 liters sehingga hancur.

5.   Boleh juga dicampurkan dengan madu/ gula batu/ gula merah/ ginseng

6.   Sejukkan PMC ke dalam peti sejuk dan hasilnya seperti agar-agar.

Cara Pengambilan

Ambil 3 sudu besar kolagen ke dalam air suam kacau sehingga menjadi cair. Amalkan 3 kali sehari - sebelum sarapan, sejam selepas makan tengahri dan sebelum tidur boleh dicampur dengan mana-mana perisa minuman atau jus buah-buahan. Boleh juga diperlbagaikan menjadi hidangan seperti dadih, kerabu dan sebagainya.

Boleh juga dicampurkan dengan sunquick/ air buah.

PMC Gred AAA halal untuk umat Islam.

Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen 
(Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)

Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
Bersihkan muka terlebih dahulu
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk dan lembab)
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

Kelebihan dan Khasiat PMC

Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
Melancarkan kitaran darah
Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)

Perhatian

Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

Elakkan minum minuman bergas dan berkafein untuk hasil yang lebih cepat atau jarakkan 4 jam antara pengambilannya.

Amalkan sekali pengambilan Vitamin C 500gm setiap hari untuk hasil yang maksimum.

Banyakkan minum air kosong..

No comments: