Aku bertolak balik ke kampong halaman ku pada 4 Februari 2012, lebih kurang jam 4.10 petang dari rumah. Aku terpaksa balik lewat kerana adikku Ain menghadiri mesyuarat petang itu dan dijangka akan berada di kampong lewat petang.
Mulanya perjalanan agak lancar sehingga melepasi Bangi, dan kemudian daripada itu kelancaran jalan raya mula terganggu. Tiba di Petronas Lebuhraya dekat Seremban kereta dah bersusun-susun dan aku sendiri terpaksa menunggu lebih 15 minit untuk mengambil minyak di Petrol Kiosk tersebut.
Tiba di Melaka, rupanya kesesakan jalan raya makin menjadi-jadi. Bermula di Plaza Tol sehingga ke trafic light di simpang ke A Farmosa. Sepatutnya Plaza Tol dah ada laluan untuk smart-tag.
Alhamdulillah aku tiba di rumah kampong hampir magrib - tanpa buang masa aku menunaikan dulu solat asar yang masih berhutang. Ain dan anak bungsunya Amir dah ada di rumah.
No comments:
Post a Comment