Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
15 February 2012
Pakaian/ Aurat Wanita Islam
Saya tidak pernah menafikan betapa sukarnya untuk menjaga aurat wanita Islam. Saya sendiri telah berulang-ulang kali mencuba untuk menjaga aurat sebagai wanita Islam, tetapi memangnya sukar terutamanya semasa di rumah. Namun begitu sebagai hambaNya saya sentiasa memohon keampunaNya dan agar saya diberikan kekuatan untuk terus berjaya berpakaian secara yang dikehendaki oleh Islam.
Masih lemah lagi iman saya rupanya, kerana untuk berpakaian secara muslimah sepenuhnya pun masih tidak mampu dilaksanakan. Ampuni aku ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment