Aku nak ucapkan selamat dalam perjalanan dan selamat bercuti kepada semua ahli keluarga aku yang kini sedang dalam penerbangan mereka ke Hong Kong untuk bercuti. Lebih kurang 20 ahli keluarga yang terlibat termasuk ibuku. Semoga mereka diberkati Allah, diselamatkan setiap saat, janganlah mereka sakit semasa di sana dan yang penting bergembira. Saya doakan mereka selamat sampai ke tanah air seminggu lagi.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
23 October 2011
Selamat Terbang dan Selamat Bercuti di Hong Kong
Aku nak ucapkan selamat dalam perjalanan dan selamat bercuti kepada semua ahli keluarga aku yang kini sedang dalam penerbangan mereka ke Hong Kong untuk bercuti. Lebih kurang 20 ahli keluarga yang terlibat termasuk ibuku. Semoga mereka diberkati Allah, diselamatkan setiap saat, janganlah mereka sakit semasa di sana dan yang penting bergembira. Saya doakan mereka selamat sampai ke tanah air seminggu lagi.
Farewell Untuk Saya - Part I
Pada hari akhir saya di HAT TM, sahabat-sahabat telah membuat kejutan dengan mengadakan jamuan perpisahan. Jamuan ini telah diadakan di Unit Rekod HAT TM, hasil kerjasama jamuan ini meriah dan ikhlas saya katakan, saya amat terhau dengan inisiatif mereka. Bagi semua orang yang bakal meninggalkan sesuatu tempat, inilah saat yang paling sukar untuk ditempuhi, apabila melihat wajah-wajah sahabat yang selama ini memberikan kerjasama kepada saya. Pengerusi majlis Puan Hafisah menjemput Ketua Bahagian Pengurusan, Lt Kol Noor Sabrina binti Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia dengan fitrah di mana semua manusia itu suka dan teruja akan semua yang terbaik, tercantik, terbesar, terkaya dan banyak lagi ter - ter. Malangnya di dunia ini tidak semua manusia mendapati apa yang dikehendakinya. Di samping itu juga Allah jadikan manusia dengan sikap, pemikiran, perilaku, pengalaman dan tahap kefahaman yang tidak serupa, oleh yang demikian perlulah diingat bagi menangani kakitangan tidak boleh dengan cara yang sama. Staf kita adalah sahabat kita dalam menjamin objektif organisasi tercapai. Ingatlah
22 October 2011
Labaikallah humalabbai labbaikalah Sarikalakalabai...
Setiap kali datangnya bulan Zulkaedah, manusia akan berbondong-bondong menuju ke baitulallah di Mekah di samping mengziarahi Rasulallah SAW di Madinah. Kedua-dua kota suci itu akan dipenuhi dengan jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia. Begitu juga dengan jiwa saya, setiap kali datangnya bulan haji, dan stiap kali terdengar ucapan Labaikallah humalabbai labbaikalah Sarikalakalabai... tu yang bermakna manusia menerima undangan Allah, maka hati saya juga terlonjak untuk menyertai jutaan manusia tersebut. Saya sangat beruntung, apabila pada tahun 2006 yang lalu, saya ditemani oleh ayah dan ibu saya untuk menunaikan fardu haji ini. Sepanjang mengerjakan haji itu ayah dan ibu saya sentiasa memberi tunjuk ajar apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Pada haji tahun itu juga, merupakan kali terakhir ayah menjejakkan kaki di tanah suci, kerana pada tahun 2008 ayah meninggalkan kami dan pulang ke pangkuan penciptanya. Hasrat ayah nak bawa adik bongsu saya untuk menunaikan fardu haji pada tahun mendatang tidak kesampaian. Foto merakamkan ayah dan ibu saya semasa di Madinah (di hadapan perkuburan Baqi'). Semasa berada di Madinah, jiwa setiap umat Islam ini pastinya akan tenang dan aman. Tidak banyak yang perlu kita fikirkan, kerana apa yang kita lakukan semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Pada tahun kami di sana, musim sejuk dan cuaca sejuknya terasa sehingga ke tulang hitam, walaupun begitu ianya bukan alasan untuk kami tidak ke masjid.
Foto menunjukkan ayah sedang mencuba susu unta. Peluang minum dan membeli susu unta semasa lawatan yang diusahakan oleh muasasah. Pertama kali berhadapan dengan unta, saya ingatkan haiwan ini jinak, tetapi rupanya tidak. Saya masih lagi memanjatkan doa ke hasrat Illahi supaya, saya tetap dijemput olehNya supaya saya dapat beberapa lagi untuk mengziarahi rumahnya. Semoga doa ini diperkenankan oleh Nya. Amin...
Hari Terakhir bertugas DI HAT TM
Selamat tinggal sahabat-sahabat, selamat tinggal hospital..... semoga jumpa lagi nanti.
Silap Mata ke Mata Silap

Cuba tumpukan perhatian pada bulatan putih, apa yang berlaku pada pandangan mata anda? atau mungkin anda akan merasakan bagai mata hitam anda masih bergerak-gerak untuk menyesuaikan warna hitam putih tersebut.
21 October 2011
HATI-HATI DENGAN TANGAN-TANGAN YANG BERDARAH

Saya mendapatkan artikel ini dari seorang sahabat melalui facebook.
"Jika anda melihat seorang lelaki (terutama India) yang menunggang sebuah motosikal dengan satu tangan yang berdarah mengetuk pada tingkap anda mendesak anda memberhentikan kereta dan kertas tisu asking for membersihkan darah apabila anda adalah memandu sebuah kereta, ingat jangan berhenti kereta itu langsung.
Sekalipun dia merosakkan kereta anda or holds cermin sisi dengan kuat, jangan berhenti kereta itu tetapi memandu directly to balai polis terdekat. Taktik-taktik jenayah begini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, balai-balai polis P.Jaya and Klang Town (sebenarnya sekitar keseluruhan negara).
Lelaki ini kebanyakannya merupakan samseng-samseng India, They kerja dalam satu kumpulan dan mencabar to commit jenayah ini walau dalam kawasan-kawasan yang sesak di mana tiada sesiapa akan mencabar kepada kereta stop the untuk membantu anda. Tujuan utama taktik kotor ini ialah untuk merompak anda dan/ atau walaupun melakukan perkosaan jika anda ialah pemandu wanita memandu bersendirian.
Sila hantarkan mesej ini bagi orang ramai anda pedulikan".
Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital
Terima kasih doktor atas ingatan anda ini. Semoga semua rakyat kita selamat sejahtera
20 October 2011
La.. la...la..
Rasa macam nak menari je, dari pagi hingga kini mood saya baik dan gembira..... biarlah berlanjutan sehingga esok, iaitu hari akhir saya di pejabat ini sebagai Pegawai Tadbir Awam. Kalau ditanya perasaan saya secara keseluruhannya - jawapannya bercampur baur, gembira kerana akan bertugas di tempat baru, jumpa kawan-kawan baru dan berdepan dengan cabaran baru. Suspen - kerana tak tahu apa pandangan dan penerimaan orang di sana terhadap saya. Tapi pada saya pucuk pangkalnya adalah pada diri sendiri.
Sedih - kerana terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat saya di sini. Tapi yang sebenarnya tak jadi masalah sebab kalau ada masa dan kelapangan kami boleh bertemu. Atau nanti apabila saya datang ke hospital ini untuk temujanji dengan doktor bolehlah saya jumpa mereka, itupun jika mereka tidak sibuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)