Apa khabar semua dan assalamualaikum...
Dah sebulan aku menikmati kehidupan baru, rasanya sangat bahagia dan tenang. Rupanya macam ni nikmat alam persaraan. Dulu masa mula aku bercadang untuk bersara ramai kawan-kawan aku yang membisikkan nanti aku akan bosan sebab tiada apa yang nak dibuat. Setakat ini rasa bosan yang mungkin dikatakan oleh kawan-kawanku masih belum timbul lagi, harap-harap ianya tidak timbul sampai bila-bila, namun aku masih sibuk dengan urusan di rumah yang selama lebih 30 tahun aku lakukannya sambil lewa kerana lebih menumpukan perhatian dan usaha kepada kerja kerajaan.
Memang tak dapat dinafikan mula tu aku rasa janggal bila lama di rumah, tapi perasaan tu dikaburi dengan rasa seronok kerana dah tak ada date-line yang nak dikejar dan dicapai. Uhhhhhh hahahha tenangnya hidup ini.
Semoga Allah swt mengurniakan aku masa, kelapangan dan idea untuk terus berkongsi rasa dan pengalaman di sini. Ameen. Jumpa lagi nanti
No comments:
Post a Comment