06 August 2015

Kursus SMART-Belanja di LPPKN Melaka

Saya berpeluang menghadiri kursus SMART-Belanja yang dianjurkan oleh LPPKN Melaka. Kursus diadakan pada 30 Julai 2015 yang lepas. Banyak juga munafaat yang saya dapat melalui kursus ini.

Daripada KPDNKK Melaka, kami seramai 5 orang  yang hadir. Kursus ini dilaksanakan secara interaktif, jadinya masa untuk mengantuk terhad. maklumlah dalam usia yang sebegini saya cepat mengantuk.

Kami diberikan dalam 7 kumpulan. Dan secara kebetulan saya dan 2 lagi pegawai KPDNKK dalam kumpulan yang sama. 

Yang utama dalam membelanjakan wang keluarga, kita kena tahu apa tu kehendak dan apa pula keperluan. Dalam analisis saya kebanyakan kita mengutamakan kehendak dari keperluan. Jika kita kaji dan rancang, in sya Allah kewangan ini mencukupi untuk keluarga. Jadi rancang sebelum keluar berbelanja dan jadilah seorang yang bijik dalam mengurus kewangan sendiri.

05 August 2015

Seksyen Pentadbiran dan Kewangan KPDNKK Melaka

Staf Seksyen Pentadbiran dan Kewangan. Seksyen yang kecil kerana hanya mempunyai seramai 13 orang staf termasuk saya. Tapi sayangnya tak semua ada dalam foto di atas kerana tugas masing-masing.

Saya perkenalkan . . di belakang sebelah kanan adalah En Zaidi manakala sebelah kiri pula adalah En Noorzlan, yang duduk sebelah kanan adalah Puan Mardiana, Puan Rosnah, Puan Nurjannah dan yang depan sekali adalah Puan Suhaila atau lebih manja dengan panggilan Yaya. Foto di atas sebelah kiri saya adalah Puan Diana. In sya Allah saya akan perkenalkan nanti satf yang tiada dalam foto-foto di atas pada post yang lain.

04 August 2015

Ms Lulu Lepas Lari

Ms Lulu, kucing yang saya bawa dari Taman Saga ke kampong. Tak sampai hati untuk tinggalkan dia di sana kerana bimbang keselamatan dan makan minumnya.

Ms Lulu saya jangkakan seekor kucing liar tapi agak mesra dengan mak dan saya, jadi senang kami tangkap dan masukkan ke dalam carrier untuk bawa dalam perjalanan. Semasa di KL Ms Lulu selalu minta makan di rumah.

Selepas sebulan setengah saya berpindah baru saya bawa dia ke sini. Kucing yang bebas memang tidak betah untuk dikurung dalam rumah, jadi setiap masa dia mencari laluan yang boleh meloloskan diri dia untuk keluar. Banyak kali dia keluar dan akhirnya saya tangkap dan masukkan ke dalam rumah semula.

Satu hari emak bagi tau tau Ms Lulu dah jumpa jalan keluar, saya terpaksa balik dari pejabat untuk cari dia dan berjumpa, kerana Ms Lulu tidak pergi jauh. Malangnya dia makin sukar untuk ditangkap. Inilah laluan yang dijumpai oleh Ms Lulu, kerana saiz badan dia yang kecil hanya dia yang boleh keluar kucing lain agak sukar kerana badan yang gemok dan besar. Apa nak buat dia sukakan kebebasan namun dia selalu ada di depan rumah untuk makan dan minum. Saya dan mak sediakan makanan dia di luar seperti di KL. Mungkin itu yang dia suka.

03 August 2015

Mak Dengan Anak dan Cucu Lelaki Di Aidil Fitri 2015

Foto kenang-kenangan emak semasa raya Aidilfitri 2015. Emak bersama dengan anak-anak lelakinya. Emak nampak sangat kecil dan comel tapi masih tidak ditenggelamkan oleh anak-anaknya yang dah makin membesar. Dari kanan adik saya Hj Azmee, sebelahnya Hj Adnan, emak dan Hj Azman. Semoga mereka tetap kekal berbakti kepada emak, kerana khidmat anak-anak lelaki kepada kedua ibubapanya adalah yang utama (aula)

Manakala yang ini adalah foto emak bersama dengan cucu-cuc lelakinya. Dari kanan duduk adalah Amir, emak, Ammar dan berdiri kanan adalah Amir, Amir dan Amirul. Amir ada 3 dalam keluarga saya. Amir di hadapan adalah Amiruddin Azman, Dua Amir di belakang adalah Amiruddin Amin (anak Ain) dan Amir Azmee.

31 July 2015

Tuah Fitri - 2 Minggu

Tuah selepas 10 hari bersama dengan keluarga saya. Rasanya dia masih kecil dalam usia tidak sampai 1 bulan. Tetapi dia pandai berdikari, pandai mencari makan dan bermain.

Sepatutnya kucing sekecil ini masih lagi menyusu dengan ibunya tetapi tidak tahu bagaimana dia hidup sendiri sehingga saya jumpa dia.

Dia dah pandai cari tempat tidur yang selesa, di mana lagi kalau bukan di atas katil saya.

Anak terbuang yang perempat akhirnya menjadi kesayangan saya sekeluarga. Minggu lepas Tuah cirit beret serta muntah, selepas dibawa ke vet, diberikan ubat cacing dan vitamin serta ubat cerit beret akhirnya dia sembuh. Alhamdulillah . . 

29 July 2015

Suasana Raya FBS 2015

Ruang ini sentiasa menjadi ruang acara bermaaf-maafan bagi keluarga kami. Kalau dulu anak-anak saudar kacil dan kini mereka sudah besar, dan kadang-kala kita pulak yang nampak kecil.

Sayangnya acara seperti ini berlaku setiap 2 tahun sekali.

Orang bujang kami

28 July 2015

Bersalaman Dengan Mak Di Aidil Fitri 2015

Ini mak saya, Hjh Asipah binti Hj Mamod, foto terbaharu mak semasa raya pertama aidil fitri 2015.

Macam biasa selepas pulang dari solat sunat aidil fitri, amalan keluarga kami sedikit berubah. Mulai tahun ini selepas selesai solat aidil fitri, kami akan terus pulang ke rumah untuk acara bersalam-salaman dan sumbangan duit raya kepada yang layak menerimanya.

Sebagai anak sulung dalam keluarga saya mendahului senarai untuk bersalaman dan memohon ampun maaf dari emak atas segala dosa yang saya lakukan secara sengaja atau tidak. Semoga emak maafkan kami semua.

27 July 2015

Menziarahi Pusara Ayah di 3 Aidil Fitri

Tahun ini kami tidak beraya di pusara ayah seperti tahun-tahun terdahulu. Kami tak tahu pun bahawa beraya di pusara seperti tidak mensyukuri dan meraikan kemenangan serta seperti diseliputi perasaan sedih. Apa yang ustaz-ustaz maklumkan itu ada bernarnya.

Mengambil nasihat yang berguna tersebut makanya kami pun mendoakan kebahagian roh ayah di alam barzah di rumah dan yang sebenarnya pad asetiap hari walau kaimi berada di mana sekali pun. Hanya kali ini kami tidak mengunjungi pusara ayah pada hari raya pertama atau kedua.

Namun masuk raya ke3 adik-adik saya, emak dan anak-anak saudara lelaki mengunjungi pusara ayah untuk mendoa serta mengemas pusara ayah seperti biasa.

Alhamdulillah pusara ayah akan tetap kami kunjungi, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Semalam saya dan mak baru menyampaikan doa dan pahala bacaan kitab suci untuk ayah di pusaranya.

Doa di mana pun Allah terima, tapi melihat pusara ayah dan membersihkannya seperti kepuasan kepada kami. Ayah yang sangat baik yang selalu kami rindui.

Walaupun persekitaran pusaranya bersih kami tetap bersihkan . . . entahlah seronok berada bersama di pusaranya. Kalau saya tiada nanti macam mana agaknya????