30 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Transit di Bangi

Sebaik tiba je di rumah adik saya di Bangi, Hjh Roza (Oza) sedang memasak untuk makan tengahari dan bekalan yang bakal di bawa ke Klana Jaya. Sibuk betul dia hari itu, kalau dia tak de alamatnya kami pun tak makan la... Foto atas, emak duduk di kerusi, yang berdiri tulah Hj Azmee dan yang duduk di sofa tu Hj Adnan dan Shima.

Saya perkenalkan, Dari kanan Hj Nan, saya, Shima, Ain dan Oza

Saya bersama dengan adik ipar saya Hjh Shima, isteri kepada adik saya Hj Adnan sempat berselfi di Bangi sebelum kami berangkat ke Klana Jaya dengan kereta Hj Adnan

29 December 2015

Akhirnya Hero Terlena Jua

Dah besar si Hero, saiz badan dia hampir 2 kali ganda dari masa dia diambil dulu. Boleh dikatakan kesembuhan Hero cepat juga kerana kini dia dah boleh berlari laju, memanjat dan bergurau terutamanya dengan kakaknya Tuah dan abangnya Bujang..

Kalau saya duduk di sofa ini sambil menonton TV, terhegeh-hegeh Hero akan datang dan duduk di sofa yang sama. Dia ni memang pandai ambil hati kita dan pandai betul memanjakan diri.

Ada kalanya sampai kita terhempit dia pun dia tak kesah. Tak sampai hati bila melihat mata dia yang makin kuyu. 

Akhirnya saya yang akan mengalah dan biarkan dia tidur di sofa tersebut.

28 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Pergerakan Ke Klana Jaya

Pada 4hb September 2015, kira=kira jam 11.00 pagi emak, Ain dan saya bergerak ke rumah adik saya Hj Azmee/ Hjh Roza di Bangi, Selangor

Kami dihantar oleh adik saya Hj Adnan dan isterinya Hjh Shima. Niat kami akan bertolak bersama-sama dengan adik-adik yang lain bersama dengan keluarga masing-masing.

Saya dan AIn semasa kami dalam kenderaan bertolak dari Bangi ke Klana Jaya

Ain dan emak sempat merakamkan wajah masing-masing. Selepas asar kami bertolak ke Klana Jaya. Walau pun dah pernha mengerjakan haji sebelum ini, tetapi perasaan keterujaan masih ada malah semakin kuat. Syukur sungguh saya ke hadrat Illahi kerana menjemput saya sekali lagi. Kami tiba di 

25 December 2015

Dia Masuk Klinik Lagi

10hb Disember 2015 yang lalu tiba lagi sekali jadual selenggaraan si hitam manis. Dan ini merupakan selenggaraannya yang ke2 di Melaka. Seperti biasa saya ambil cuti bimbang melibatkan masa yang lama.

 Rupanya banyak juga yang perlu diselengggara dan ditukar. Semua alat ganti yang ditukar adalah asli dan baru serta dijamin oleh Toyota.

Pelbagai ujian dan pemeriksaan yang dilakukan bagi memastikan kenderaan yang dihantar dalam keadaan baik dan selamat.

Selenggaraan yang dulu emak tak dapat ikut sebab adik saya balik ke kampung dan kali ini emak menunggu sampai penat dan jemu kerana kenderaan lambat siap.

24 December 2015

Oky Vs Hero

Perasan tak Hero, sekecil bewarna oren. Saya perhatikan si Hero ni suka meniru kucing-kucing lain termasuk tidur di tempat kegemaran kucing-kucing tersebut. Foto atas menunjukkan Hero duduk sama seperti Oky tapi saiz Hero dan warna bulu yang berbeza.

Serupa je mereka ni, walaupun dalam keadaan sebenar Oky kurang senang dengan Hero.

23 December 2015

Majlis Pelancaran Jualan Kembali Ke Sekolah

Pada 19 Disember 2015 yang lalu, iaitu pada hari Sabtu, KPDNKK Melaka melancarkan jualan kembali ke sekolah. Kali ini pelancaran diadakan di sebuah kedai buku yang agak besar di Cheng, Melaka. Terima kasih kepada Kedai Buku Pintar Cheng atas kesudian untuk menjadi tuan rumah kempen ini.

YBhg. Tuan Pengarah KPDNKK Negeri Melaka, Encik Mohd Faisal bin Rahman sedang menyampaikan perutusan perasmian kempen ini menggantikan YB Datuk Lai Meng Chung yang tidak dapat hadir kerana tugas rasmi yang lain.

Antara para penerima bantuan kembali ke sekolah yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Pengarah. Suka betul saya melihat air muka anak-anak yang berbilang bangsa apabila mereka menerima bantuan ini. Bantuan ini sudah semestinya akan dapat meringankan tanggungan ibu bapa mereka.


Inilah antara para petugas dari KPDNKK Melaka.

22 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Persiapan Pergi

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat menunaikan fardu haji buat kali ke2. Kali ini saya pergi bersama dengan adik bungsu saya Hjh Ainee yang merupakan ibadat hajinya yang pertama. Saya dan Ain menerima surat tawaran sebagai bakal jemaah haji tahun 2015 pada Disember 2015. Tabung Haji (TH) memberikan masa lebih kurang 2 minggu untuk menjawab dan mencukupkan duit dalam TH. 

Jadual penerbangan kami telah ditentukan pada 4 September 2015 dan sehari sebelum itu Ain dan saya mengambil cuti untuk berkemas-kemas. Bukan saya dan Ain saja yang sibuk untuk berkemas rupanya budak-budak meow juga sibuk. 

Tuah Fitrilah yang paling seronok berlari dan melompat apabila barang-barang diangkat dan diletakkan di atas lantai dan di dalam beg. Bergolek-golek dan menyorok-yorok dicelah-celah barang. Memang perangai kucing macam tu.

Manakala Acik lebih suka duduk dalam beg dan mengeluarkan pelbagai barang yang dah disusun rapi menjadikan beg tak terkemas. Sehinggakan ubat Asthma saya pun tertinggal.

Bujang dan Tuah sama-sama menyebok membuatkan saya dan Ain sukar untuk mengemas, tapi melihatkan foto-foto ini menjadikan ianya satu kenangan yang indah. Untuk ke mana-mana sekali pun persiapan pergi yang paling seronok, ikut hati semua nak dibawa, tetapi padahnya kita sendiri yang akan penat bawa beg yang besar. Saya dan Ain bawa beg yang kecil bagi memudahkan pergerakan kami. Lagi pun perjalanan ini adalah perjalanan ibadah, tak banyak pakaian yang diperlukan hanya 4 helai jubah, seluar panjang dan 2 pasang baju tidur. 5 pasang setokin dan pakaian dalam yang mencukupi. Lagi pun duduk di hotel kemudahan dobi atau untuk basuh pakaian sendiri disediakan. Alangkah baiknya jika semua hotel yang disewa oleh TH menyediakan perkhidmatan mesin basuh secara token. 

21 December 2015

Belangsungkawa Anak Saudaraku Prayoga bin Shahrin

Innalillawainnalillahirojiun. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Pagi yang hening pada tanggal 19 Disember 2015 yang lalu, kami sekeluarga menerima berita yang sangat mengejutkan.

Prayoga salah seorang anak saudara saya telah dijemput ALlah swt untuk menemui dia. Oga terlibat dalam kemalangan jalanraya dikawasan Sungei Besi Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi. Masa itu Oga dan seorang lagi sahabatnya dalam perjalanan menunggang motosikal untuk kembali ke kampong/ rumah orang tuanya di Tamn Seri Kemendor, Jasin Melaka.

Allahhuakbar, Allah swt pinjamkan Oya kepada Shahrin dan Rohana khasnya dan kepada kami amnya selama 21 tahun 10 hari sahaja. Oga sempat menyambut dan meraikan ulang tahun kelahirannya bersama dengan orang tuanya pada 9 Disember 2015 di kampung halamannya di Jasin.

Semasa mencium dahinya yang sejuk dan kaku saya masih terpandang-pandang seorang kanak-kanak kecil lelaki yang merangkak dan bertatih kira-kira 20 tahun yang lalu. Semasa Oya dan adik-adiknya membesar dan dewasa saya jarang bersua muka, tetapi mengharapkan dan mendoakan setiap hari agar semua saudara mara saya dirahmati Allah.

Sedih bukan kepalang melihat jenazahnya yang terbaring dengan sangat tenang. Oga semasa hidupnya memang dikenali sebagai anak yang sangat baik, seorang sahabat yang dikasihi, makanya tidak hairannya ramai sangat sahabat-sahabatnya yang menangisi dan menghantar Oga di keperjalanan terakhir dia. Namun Allah swt lebih mengasihinya dan kami redha dengan pemergiannya.

Ya Allah Ya Rabb, ampunkanlah dosa Oga dan tempatkanlah dia di sisimu, semoga pertemukan dia dengan datuk-datuknya, ibu saudaranya Rohaya dan bapa saudaranya yang juga telah mendahului kami. Ameen.

20 December 2015

Hero Yang Manja

Ini adalah gambar Hero selepas sebulan saya ambil dia. Hero cepat menyesuaikan diri. Sebaik sahaja dia dah boleh berjalan (walaupun sedikit tempang), Hero dah jelajah rumah kami di setiap ceruk.

Yang paling Hero suka adalah bantal kucing ini yang diwarisi dari Si Comel. Semua kucing saya sukakan bantal besar ni. Dan kini Hero yang selalu berguling di atasnya, kadang-kala Oky dan Abang (Si Baby) juga akan tidur petang di atasnya.

Berbagai aksi Hero yang menunjukkan dia mula memanjakan dirinya dengan saya. Bila saya masuk bilik untuk mandi atau solat Hero, Abnag dan Tuah akan tunggu sehingga saya selesai.

Manjakan dia, terfikir oleh saya kenapa ada manusia yang sanggup buang anak kucing sekecil ini di tengah-tengah kesibukan jalan raya. Bagaimana rasa hati mereka apabila suatu hari mereka terserempak dengan anak kucing yang dibuang mati di tengah jalan.

Tak pelah biarlah saya pelira dia. Sekarang ni pun kesihatan Hero dah banyak perubahan, hanya masalah kencing kotor dan susah nak buang air besar je. In Sya Allah lama-lama baiklah tu...

19 December 2015

Novel: Hikayat Raja Babi - Usup Abdul Kadir

Kalau melihat kepada tajuknya tentu ramai yang rasa sedikit kasar, tetapi itulah hakikatnya. Novel ini telah dinukilkan oleh seorang pedagang yang dalam pelayaran dari Semarang ke Palembang. Disebabkan dagangannya kurang menjadi, jadi dia menghabiskan masanya dengan menulis novel ini.

Tak usah rasa curiga dengan tajuk tersebut kerana novel ini telah berusia 240 tahun dan pada masa itu haiwan babi memangnya disebut babi dan bukannya khinzir seperti mana sekarang ini. Perkataan khinzir adalah pinjaman dari bahasa Arab.

Masa mula-mula saya ditunjukkan oleh anak saudara saya Ammar di kedai buku, saya sendiri pun sedikit terperanjat tetapi setelah membacanya ianya hanya sekadar sebuah cerita yang mengesahkan kehidupan yang dilalui oleh seorang anak raja yang terkena sumpahan gundik-gundik ayahandanya.

Walaupun novel ini telah berusia 240 tahun dan ianya bolehlah dikatakan dihasilkan di Indonesia sekarang ini, tetapi bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Indonesia. Daripada sejarah yang saya baca, saya bersependapat dengan ramai satjana sejarah bahawa bahasa Melayu sememangnya digunakan secara meluas di Nusantara ini pada zaman itu.

Hasil karya ini telah membuktikan bahawa bahasa ini telah menunjukkan kebolehan bahasa Melayu terutamanya apabila kita rajin membaca banyak lagi hasil tulisan sanjana dulu-dulu dan perkembangan bahasa ini seakan terhenti setelah kemasukan penjajah-penjajah.

Menjadi tanggungjawab semua rumput Melayu di Nusantara ini untuk menaikkan dan memertabatkan semula bahasa Melayu supaya ianya setanding dengan bahasa-bahasa yang lain.

18 December 2015

7 Tahun Dah Ayah Tinggalkan Kami

Hari ini dan disaat ini genaplah 7 tahun ayahanda kami meninggalkan kami. Ya Allah rasanya macam baru semalam kami bercakap dan bergurau dengan ayah, tetapi rupanya dan 7 tahun dia pergi mengadap Sang Penciptanya yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Ya Allah kasihanilah ayahanda kami, tempatkanlah rohnya di kalangan orang yang bertakwa, bersama-sama dengan kekasihmu, junjungan kami Nabi Muhamad saw.

Ya Allah Ya Rabb, ampunkanlah segala dosa-dosa ayahanda kami, berikanlah kesejahteraan kepada dia dan jadikanlah pusaranya salah 1 taman-taman syurga sementara dia menunggu kami untuk bersama-samanya nanti. Ameen Ya Rabb.

Farewell Nur Azian

Yan salah seorang pelajar praktikal yang membuat praktikalnya di KPDNKK Melaka. Sesuai dengan kursus yang diambilnya dia ditempatkan di Unit Kewangan. Yang mana Yan???

Yan berada di pejabat ini  selama 4 bulan dan pada pertengahan November 2015 kami mengadakan farewell untuk Yan. Dalam foto ni Yan tak kelihatan kerana dialah juru foto masa ni. Agak-agak dapat teka tak yang mana Yan???

Linda penganti baru yang melangsungkan perkahwinannya pada 12 Dis 2015 yang lalu. Mungkin sebab nak naik pelamin Linda hanya makan seiris kek je.

Yang sebenarnya pejabat kami ni memang kekurangan staf, dengan adanya pelajar yang buat praktikal sedikit sebanyak dapat membantu di samping mereka menyiapkan tugasan mereka. Terima kasih kami ucapkan kepada Yan atas bantuan dia selama ini. Kami ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasamanya. Maaf la ya pada segala kesilapan, kekasaran bahasa atau mungkin rerasa di hati. Jika ada umur lain kali kita jumpa lagi.

Inilah hidangan yang saya order, fish and chip

Saya dan Yaya bersama dengan hidangan kami.

17 December 2015

Sibuk Nak Tolong Mommy Pendekkan Langsir

Gelagat yang memang tak berpisang dari mereka. Pantang dibentangkan apa sahaja maka mereka beramai-ramai akan duduk membersihkan diri masing-masing. Ada yang siap berguling-guling dan menutupkan muka dengan kain.

Langsir bilik tidur saya yang saya pinjam dari adik saya kenalah dipulangkan. Makanya saya pun belilah langsir yang siap dari pasar raya. Sayangnya langsir ni panjang dan saya bercadang untuk potong pendek sedikit. Bila bentang je langsir di lantai Acik dan Bujang terus membaringkan diri. 

Susah betul nak gunting dan jahitkan semula. Tak sampai hati nak halau mereka saya terpaksalah gunting dan jahit semasa mereka masih berada di atas langsir.

Selepas tu datang pulak si Tuah Fitri, tengok tu dia dah siap-siap nak bersihkan bulu dia. 

Macam puteri gelap yang cantik menawan.

Kemudian Si Adik pula menggantikan Tuah. Agaknya semua kucing memang suka kalau ada hamparan di atas lantai kot????

16 December 2015

Selamat Pengantin Baru Linda

Alhamdulillah pada 12 Disember 2015 yang lalu, seorang bekas staf SP&K Roslinda binti Ramlan telah selamat menamatkan zaman bujangnya. Majlis perkhwinannya dihadiri oleh beberapa orang warga KPDNKK Melaka. Kami sempat bergambar bersama dengan Linda. Saya mewakili warga KPDNKK Melaka mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Linda dan suami agar bahtera rumah tangga mereka diberkati dan dirahmati Allah swt sehingga ke Jannah.

Emak saya, Yaya dan anaknya Hawa di khemah jamuan. Perkhwinan Linda diadakan di Kampung Bukit Senggeh, Jasin Melaka, sekampung dengan arwah datuk saya. Yang kelakarnya saya boleh sesat semasa nak ke rumah Linda. Itu mengambarkan betapa lamanya saya tak memandu ke sana.

15 December 2015

Saya Mengantuk

Mommy Hero rasa macam mengantuk je ni....

Mata Hero macam dah nak tutup ...

Eeeeh Hero buat apa kat meja tu... kalau nak tidur pun masuklah ke bilik. Mommy sibuk ni nak menjahit.... tadi Hero nak temankan....

Akhirnya dia terlelap juga dalam memerhatikan saya menjahit. Hero anak kucing yang sakit kini dah cantik namun saya rasa sakit hatinya masih ada kerana kencing dia yang masih kotor. Semoga Allah swt menyembuhkan penyakitnya itu.