Makan tengahari di suatu hari.... yang utama saya masak sendiiri. Tapiwalaupun sedap bila makan sendirian jadi kurang enak. Nak tahu saya masak apa, ketam goreng tom yam dan green sprout goreng.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
30 March 2014
28 March 2014
Kesian Adik Takut Guruh
Adik memangnya sangat takut dengan bunyi yang kuat terutamanya guruh. Minggu lepas atau 2 minggu lepas, hujan turun di kawasan rumah dengan sangat lebat siap dengan guruh dan kilat.
Adik melompat-lompat apabila guruh berbunyi dan berlari-lari mencari tempat bersembunyi. Saya kasihan melihat dia dalam keadaan tidak tentu arah sementara guruh dan petir tidak henti-henti berbunyi.
Saya dokong dia dan bawa dia ke katil dan baringkan dia di antara kaki saya. Bila dia rasa saya ada berhampiran dia, takut dia reda dan dia hanya mendiamkan diri di kaki saya.
Lain pula dengan abangnya yang tidak ambil kisah langsung dengan bunyi guruh dia terus tidur dan kadang-kadang menjeling memerhatikan tingkah Adik.
27 March 2014
Saya Kembali
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabatku semua. Tentunya anda tertanya-tanya ke mana agaknya saya pergi? adakah saya sudah meninggalkan dunia ini atau mungkinkah saya kurang sihat? atau terlalu sibuk. Betul tanggapan anda tu. Alhamdulillah saya masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk bernafas dan diberikan masa untuk memohon keampunan dariNya.
Ada 3 sebab mengapa saya menyepikan diri melebihi 1 minggu. Pertama kerana saya memberikan banyak waktu untuk mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MAS MH370. Akhirnya kehilangannya hampir terbongkar dengan penemuan beberapa objek yang mungkin kepunyaan pesawat tersebut di lautan Hindi di koridor selatan. Sedih, pilu, dan kasihannya kepada sahabat dan saudara kita yang mempunyai ahli keluarga tersayang di dalam pesawat tersebut.
Sebab kedua adalah kerana saya dikasihi Allah dan Allah swt mengurniakan saya dengan demam, batuk dan asthma. Walaupun begitu saya tidak mampu untuk tidak ke pejabat, dalam keadaan tidak sihat dan tidak bersuara saya masih ke pejabat kerana sebab yang ketiga, iaitu sibuk.
Alhamdulillah ke hadrat Illahi saya dah hampir pulih - jadi saya menyengok semula blog kesayangan saya untuk bersama dengan anda yang saya kasihi walaupun kita tidak bersua muka. Saya doakan anda tak kira di mana berada sentiasa dalam lindungan Illahi dan diberikan kesihatan yang baik dan rezeki halal yang melimpah ruah.
Jangan lupa ikuti saya nanti. Salam kasih sayang dari saya untuk semua... muah

18 March 2014
Lagu : Saat Saat Terakhir - Nike Ardilla
Pada tarikh ini tahun 1995, penyanyi lagu ini telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya yang meragut nyawanya. Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dirahmati Allah Taalah. Al-Fatihah...
16 March 2014
Baby Saya Yang Manja
Agaknya Si Baby saya ni masih terkenang-kenang akan bekas pasu yang pernah menjadi tempat tidur dia dan adiknya. Pasu ini menjadi rebutan mereka berdua semasa mereka berumur sekitar 2 bulan.
Masa tu mereka muat-muat tidur dalam pasu ini. Bila mereka membesar mereka memilih beberapa lagi tempat untuk rehat dan tidur, jadi pasu ini dilupakan.
Baru-abaru ini mak saya mengemas dan terjumpa pasu ini lalu dikeluarkannya. Tak sangka Baby masih cuba untuk tidur dalam pasu walaupun dia dah tak muat. Bila dah nyenayk akhirnya semua tubuh baby keluar dari pasu. Mak saya menyimpan semula pasu ini kerana bimbang akan digunakan oleh mereka semula dan mungkin boleh menyebabkan mereka sakit tulang belakang.
15 March 2014
Bengkel Penyediaan ABM 2015
Kebanyakan staf JPWPKL berkampung di KLIH selama 3 hari untuk menyempurnakan ABM 2015. Tapi sehingga hari akhir ABM tersebut masih lagi tidak dapat disiapkan.
Unit saya diwakili oleh saya, Cif Zali dan Mas.
14 March 2014
Oky Selsema
Kesian Oky dalam keadaan bunting yang dah sarap tiba-tiba dia terkena selsema. Susahnya hati saya bimbang dia tak boleh melahirkan anak dia nanti kerana pernafasa dia tersekat. Masa ni Oky bernafas melalui mulut kesiannya..
Oky macam kena lelah, saya terpaksa pumpkan ubat lelah sekali untuk dia buangkan lendir dari paru-paru dia. Sepanjang Oky tak sihat dia tak lalu makan dan minum jadi saya terpaksa menyuapkan makan dan minum supaya anak dalam kandungan dia tidak terjejas. Cepat sembuh ya Oky.
13 March 2014
Kenduri Rumah Abang Din
Pada 2hb Mac 2014 bersamaan hari Ahad, seorang staf saya membuat majlis kahwin anaknya di Dewan TUDM KL. Saya dan mak ke majlis tersebut selepas zohor.
Setibanya kami orang masih ramai lagi, nasib kami baik kerana ada meja yang kosong tak jauh dari pintu masuk.
Tak beberapa minit Olen dan keluarganya tiba dan berkongsi meja dengan kami.
Saya tak tunggu lama selepas makan dan berjumpa dengan ibu bapa pengantin saya dan mak minta izin untuk mengundurkan diri.
Mak di laluan pengantin ke pentas.
Saya, mak dengan ibu bapa pengantin.
12 March 2014
Oky dan Anak2 Ke Vet Cheras Kerana Demam
Musim panas ni bukan sahaja manusia yang rasa kurang sihat, malahan haiwan dan pokok-pokok juga ada yang rasa kurang sihat kerana kepanasan yang agak tinggi berbanding biasa. Carrier putih bawa Si Baby dan Si Adik manakala carrier pink bawa Oky.
Pada 3 Mac 2014 yang lepas, kesemua kucing pemeliharaan saya mula bersin. Paling teruk ibu mereka Oky semacam tidak boleh bernafas, Ini mungkin disebabkan oleh pernafasannya hanya melalui mulut apabila hidung dia tersumbat dengan selsema. Walaupun saya dah bagi Oky ubat selsema tetapi selsema dia masih tidak reda.
Saya sendiri pun pada hari itu rasa kurang sihat, nasib baik adik saya Azman ada bersama, jadinya dialah yang mmembawa kami semua ke Veterina Cheras untuk mendapatkan rawatan semua kucing-kucing saya.
11 March 2014
Sejarah Nahas Udara di Malaysia
KUALA LUMPUR: Setakat ini, nasib 239 anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui.
Apa yang diketahui ialah pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang berusia 11.8 tahun. Secara purata, pesawat MAS Boeing 777 mampu beroperasi selama 14.2 tahun.
Menurut laporan AP hari ini, Boeing 777 merupakan antara pesawat paling popular dan selamat dan berkemampuan untuk terbang selama 16 jam.
Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik selama 19 tahun beroperasi sehingga tahun lepas.
Pada Julai 2013, sebuah Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Korea Selatan Asiana Airlines terhempas di landasan kapal terbang di San Francisco. Tiga nyawa terkorban dalam insiden itu.
‘Nahas udara Tanjung Kupang’
Dua nahas udara pernah berlaku yang melibatkan pesawat MAS.
Kes nahas pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa.
Pada Disember1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di Kuala Lumpur.
Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang "perampas yang tidak dikenali" di dalam pesawat.
Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan.
Namun, beberapa minit kemudian Kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula.
Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.
Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat.
Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus.
Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui.
Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.
Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah disahkan.
‘Nahas udara Tawau’
Kes nahas udara kedua melibatkan MAS adalah di Tawau yang mengorbakan 34 nyawa dan mencederakan sembilan orang di darat.
Pada September 1995, pesawat Malaysian Airlines Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan lapangan terbang Tawau.
Pesawat dilaporkan terlajak landasan dan terhempas di kawasan perumahan berdekatan.
Saksi dan kakitangan MAS di lapangan terbang Tawau berkata mereka terdengar satu letupan yang kuat dan kapal yang terbakar tersebut merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti, berhampiran dengan lapangan kapal terbang.
Bangkai Malaysian Airlines Fokker 50 yang terhempas di Tawau pada September 1995

Nahas udara MH653 di Tanjung Kupang

Menurut laporan siasatan, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang mengikuti prosedur operasi standard (SOP). Laporan itu juga menunjukkan kegagalan pembantu juruterbang untuk memberi amaran kepada kapten tentang pengendalian tidak selamat dan juga gagal mengambil alih kawalan pesawat itu.
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nahas itu ialah kegagalan pengawal penerbangan memberikan perkhidmatan trafik udara yang betul.
Pada bulan Oktober 2013, pesawat Twin Otter yang lebih kecil yang dikendalikan oleh MASwings, terhempas apabila mendarat di Sabah.
Pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden itu.
sumber : http://www.lamankongsi.com/

10 March 2014
Kronologi Penerbangan MH370
15 PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI (Yang Rasmi)
1- Pusat Kawalan Terputus Komunikasi Dengan Pesawat
Pada jam 2.40 am, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) melaporkan kepada MAS MH370 hilang dari radar.
2.41am, Pusat Kawalan Udara Subang cuba menghubungi MH370, tetapi tiada signal dari 'transponder' dan 'Squawk Box'.
2.46am, ALERFA (Fasa Amaran/ Alert Phase) diaktifkan. Tiada signal kecemasan dari MH370.
2.51am, Penerbangan Awam Vietnam mengaktifkan Fasa Kecemasan/ Distress Phase (DETRESFA)- keadaan di mana pesawat dipercayai memerlukan bantuan segera.
5.30am, Operasi Cari dan Menyelamat digerakkan. Negara-negara jiran dimaklumkan.
2- 239 Orang Di Dalam Pesawat
Daripada 239, 227 adalah penumpang dari 14 buah negara- 154 (China), 38 (Malaysia), 6 (Austrlia), 5 (India), 4 (Perancis) 3 (Amerika) dan 12 anak kapal kesemuanya dari Malaysia.
3- Operasi Mencari dan Menyelamat Besar-Besaran Dilancarkan
Setakat ini lebih 34 pesawat dan 40 kapal daripada 7 buah negara dikerahkan ke Laut China Selatan untuk mencari pesawat MH370.
Terkini Australia dan Amerika Syarikat turut menghantar bantuan aset seperti 2 pesawat PC3 Orions yang dilengkapi pengesan Sonar untuk mengesan sebarang objek dari pesawat.
4- Cuaca Adalah Baik Dan Selamat Ketika Kejadian
Menurut Jabatan Meteorologi Negara, cuaca di perairan Laut China Selatan pada jam 12.30 am hingga 3.00 am adalah baik dan selamat. Malah berdasarkan imej satelit Agensi Meteorologi Jepun tiada keadaan yang menyebabkan ancaman kepada MH370.
5- 2 Penumpang Menggunakan Passport Palsu
2 penumpang yang menggunakan passport Austria dan Itali yang dilaporkan hilang didapati membeli tiket dari China Southern Airlines menggunakan Thai Baht.
FBI tiba di Malaysia bagi menyiasat sekiranya ada unsur pengganas tetapi kenyataan awal menafikan adanya unsur tersebut.
PM DS Najib mengumumkan sistem keselamatan di KLIA akan dikemas kini sekiranya perlu.
6- Kmeungkinan Pesawat Cuba Berpatah Balik
Menurut Panglima Tentera Udara, radar tentera mengesan ada usaha pesawat MH370 cuba berpatah balik tetapi tiada signal kecemasan yang diberikan.
7- Tompokan Minyak Besar Dijumpai
Agensi Perlaksanaan Meritim Malaysia mengesahkan tompokan minyak sepanjang 16km dijumpai di perairan Laut China Selatan iaitu 37km dari kawasan terakhir MH370 dikesan.
Sampel telah diambil bagi tujuan pengesahan.
8- Objek Misteri Yang DIjumpai Bukan MH370
Kedutaan AS di Vietnam melaporkan objek misteri yang dikesan pihak Singapura100km dari perairan Vietnam adalah tidak berkaitan dengan MH370.
9- MH370 Cuba Menghubungi Pesawat Lain Sebelum Hilang
Menurut juruterbang pesawat MAS yang terbang 30 minit awal menuju ke Tokyo, terdapat hubungan komunikasi yang dilakukan antara kedua pesawat namun tidak jelas.
Ini berikutan arahan kawalan udara Vietnam yang meminta pesawat itu menghubungi MH370 selepas hilang dari radar.
10- Teori Kehilangan Pesawat MH370 Misteri
Kebiasaannya, pesawat masih lagi mampu menghantar sebarang signal jika berlaku apa-apa kerosakan ataupun terhempas. Malah, sistem pengesan radar akan mengeluarkan signal jika terhempas dan sistem ini adalah kalis air.
Antara teori (tetapi tidak rasmi) adalah pesawat tersebut mengalami keadaan 'mengejut secara tiba-tiba yang menyebabkan tiada masa untuk menghantar isyarat kepada menara kawalan.'
11- Mengapa MAS Tidak Mengesahkan Pesawat MH370 Terhempas?
Setiap orang boleh beranggapan dan membuat kesimpulan begitu tetapi jika MH370 terhempas, di manakah bangkai pesawat itu?
Malah ini selari dengan prosedur di mana sebelum pesawat dilaporkan terhempas, serpihan atau bahan bukti perlulah dijumpai terlebih dahulu.
12- Mengapa MAS dan Kerajaan Lambat Melaporkan?
MAS dan kerajaan bukanlah agensi berita yang berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama melaporkan.
Setiap maklumat perlu diperiksa kesahihannya berkali-kali kerana segala info daripada MAS dan kerajaan akan dianggap rasmi. Dan setiap kenyataan rasmi akan dipertanggungjawabkan oleh keluarga mangsa, kedutaan negara-negara dan orang ramai.
13- Mengapa Kerajaan Tidak Menggunakan Kapal Selam?
Kapal selam Scorpene Malaysia bukanlah bertujuan untuk operasi mencari dan menyelamat. Singapura menghantar 'submarine escape rescue vessel' yang berbeza dengan submarine Malaysia yang dibina dengan fungsi perang..
14- Mengapa MAS Tidak Menghantar Pegawai Tertinggi Ke Beijing?
MAS telah menghantar 'Go Team' diketuai CEO Firefly, Ignatius Ong dan juga 94 kakitangan dan sukalerawan ke Beijing bagi memaklum dan juga membantu keluarga mangsa.
MAS akan membawa ahli keluarga mangsa yang mahu ke Malaysia selewat-lewatnya hari Isnin- bergantung kepada passport dan visa. Mereka yang sudah mempunyai passport diberikan kelonggaran dari kerajaan Malaysia berkaitan dengan visa.
MAS juga akan membuka Pusat Arahan Darurat di Ho Chi Minh dan Kota Bharu selepas lokasi pesawat MH370 ditentukan.
15- Mengapa MAS Tidak Menghentikan Penggunaan Pesawat Boeing 777?
Pesawat B777 adalah antara pesawat jarak jauh yang paling selamat dalam sejarah penerbangan dunia sejak dibina pada 1995. Tidak ada kejadian serius dalam masa 18 tahun kemudiannya.
Hanya pada Julai 2013 berlaku kejadian pada Asiana Air yang mengorbankan 3 orang.
Pesawat MH370 telah diservis dan diperiksa selamat 10 hari sebelum penerbangan.
Oleh: MatRodi

5 Pekerjaan Yang Tidak Lagi Wujud
PERJALANAN dekad demi dekad menyaksikan berlakunya pelbagai perubahan dari segi kehidupan sosial manusia selari dengan kemajuan teknologi. Ia sekaligus menghapuskan beberapa pekerjaan yang sebelum ini menggunakan tenaga manusia dengan adanya mesin dan gajet terkini.
Kami kongsikan lima (5) pekerjaan yang mungkin sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini:
1. Tukang Susun Pin Boling.
Pekerjaan ini sudah terhapus dengan adanya mesin yang boleh menyusun pin boling secara automatik.
Bermakna semasa bermain kita mungkin terganggu dengan adanya beberapa petugas di hadapan.
2. Jam Loceng ‘Manusia’.
Bukan sahaja menggunakan jam loceng yang sebenar, manusia kini lebih kerap dikejutkan oleh jam loceng yang disetkan pada telefon bimbit mereka.
Cuba kita bayangkan pukul berapa petugas ini mula bertugas atau mungkinkah tugas ini berbentuk giliran?.
3. Pendengar Radar Kapal Terbang Musuh .
Pastinya teknologi masa kini berganda-ganda lebih canggih dalam mengesan radar objek asing di ruang udara mereka.
Melihat kepada alat ini saya tertanya-tanya adakah bunyinya akan menyebabkan seseorang petugas itu menjadi pekak.
Tugas ini tentunya dibayar dengan elaun yang mahal kerana terpaksa berpejabat di tengah panas dan tentunya dalam keadaan yang tidak selesa.
Petugasnya muda-muda dah jadi pekak.
4. Tukang Nyala Lampu Jalan.
Bukan sahaja automatik, malah lampu jalan juga menggunakan teknologi solar pada masa kini.
Sekiranya di bandar itu mempunyai 100 batang lampu jalan, mau sakit tengkuk juga apabila selesai memasang lampu-lampu tersebut.
Pada pandangan anda, apakah peralatan yang diperlukan oleh seseorang petugas untuk melancarkan tugasnya?
Jika berlaku kebakaran yang disebabkan oleh lampu yang dipasang adakah dia akan dipersalahkan nanti?
5. Tukang Cerita
Pekerjaan ini bertujuan untuk menghiburkan para pekerja kilang suatu ketika dahulu melalui penceritaan secara lisan.
Kalau di Tanah Melayu masa tu.. dipanggil sebagai Penglipurlara.
sumber

09 March 2014
Mengapa MH370 Boleh ‘HILANG’ Tiba-Tiba? Ini Penjelasan Pakar
Artikel di bawah saya petik dari http://www.lamankongsi.com/
Saya sendiri berpeluang menaiki pesawat ini beberapa kali dalam Kelas Perniagaan (Business Class) dan memangnya kita boleh rasa keselamatan dan keselesaannya. Diam-diam saya bangga dengan MAS walau MAS pernah menghadiri beberapa siri konflik dalam pengurusannya.
yang menjelaskan kemungkinan mengapa kehilangan MH370 dari KL ke Bejing, China.
Saya sendiri berpeluang menaiki pesawat ini beberapa kali dalam Kelas Perniagaan (Business Class) dan memangnya kita boleh rasa keselamatan dan keselesaannya. Diam-diam saya bangga dengan MAS walau MAS pernah menghadiri beberapa siri konflik dalam pengurusannya.
PETALING JAYA - Walau apa pun yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines yang hilang, yang pastinya sesuatu perkara telah berlaku secara tiba-tiba kerana juruterbang mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan bantuan, kata juruterbang bersara Kapten Lim Khoy Hing.
Beliau berkata juruterbang biasanya menggunakan komunikasi radio VHF, yang mempunyai jarak liputan terhad sehingga 402km.
Untuk komunikasi jarak jauh, beliau berkata mereka menggunakan komunikasi radio HF yang mempunyai jarak liputan yang lebih luas, melebihi 1,609 km.
Pilihan lain adalah menggunakan ‘Controller-pilot data link communication’ (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan.
“Dalam kes ini, B777 -200 dilengkapi dengan CPDLC. Para juruterbang akan dapat berkomunikasi dan mengatasi pelbagai masalah, jadi ini memberitahu anda sesuatu mesti telah mengganggu mereka daripada membuat panggilan ini,” katanya kepada The Star Online.
Kapten Lim berkata pada ketinggian 35,000 kaki penerbangan MH370 yang dilapor telah terputus hubungan, juruterbang akan memerlukan sekitar lima minit untuk turun ke tahap yang selamat, 10,000 kaki.
Katanya, pada ketinggian ini penumpang tidak perlu menggunakan topeng oksigen, sambil menambah ini juga memberikan masa kepada juruterbang untuk membuat panggilan kecemasan.
“Juruterbang dilatih untuk membuat panggilan kecemasan sebaik sahaja mereka menghadapi berada dalam keadaan cemas. Semua orang di ruang udara yang sama pada frekuensi yang sama akan mendengarnya dan keutamaan akan diberikan kepada kapal terbang supaya ia dapat mendarat dengan selamat,” katanya.
Kapten Lim, yang mempunyai sembilan tahun pengalaman terbang dengan model B777- 200 MAS bersetuju dengan pakar-pakar penerbangan Amerika yang ditemuramah di CNN bahawa kehilangan pesawat berlaku di titik penerbangan yang paling selamat.
Beliau berkata ini disebabkan beberapa faktor, termasuk fakta bahawa ia berada di mod ‘pelayaran’ pada kuasa dan kelajuan tetap.
“Hal yang paling berbahaya dalam penerbangan adalah pelepasan dan pendaratan kerana terdapat banyak pemboleh ubah. Di samping itu, B777 -200 adalah salah satu pesawat yang paling selamat kerana teknologi yang moden,” kata Kapten Lim, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1967 sebelum bersara pada tahun 2011.
Pandangan Saya:
Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan pesawat dan semua penumpang. Semoga Allah permudahkan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

07 March 2014
APABILA RM TIDAK LAGI LAKU
Perkataan siapakah yang paling benar dan patut kita percayai selain Firman Allah dan sabda RasulNya? Dalam kesibukan urusan duniawi pesan baginda saw banyak dan sering kita terlepas pandang atau mungkin juga lagha untuk mengambil perhatian dan memikirkannya. 1,434 tahun yang lampau.
Rasulullah saw telah mengingatkan kita satu senario yang sangat penting iaitu keadaan di mana hanya emas dan perak yang berguna. Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam Ahmad ibn Hanbal).
Bayangkan di saat apabila kita hendak membeli barang makanan kita dimaklumkan bahawa pembelian hanya diterima dengan tukaran emas atau perak sahaja. Sedangkan di saat itu kita tidak memiliki sebarang bentuk emas atau perak. Menyesal kemudian tidak berguna. Sebaliknya Yahudi @ Israel telah mula menggunakan matawang dinar dan dirham.
Pihak Yahudi amat yakin dengan sabdaan Rasulullah saw atas apa yang bakal berlaku khususnya peristiwa dan apa yang bakal berlaku ke atas mereka di akhir zaman. Hanya mereka keras kepala mahu melawan takdir. Memang itu tabiat yahudi.
Bila disebut pokok gharqad tidak akan memberitahu orang Islam jika Yahudi bersembunyi di belakangnya, maka Yahudi telah menanam 240 juta pokok Gharqad di Israel sebagai persediaan. Bila disebut kuda-kuda tentera bendera hitam akan diikat di pokok-pokok zaitun, Yahudi berterusan mencabut, membakar, mengebom dan cuba membinasakan pokok-pokok zaitun.
Kawasan yang dikatakan akan berlaku peristiwa tersebut. Bila dikatakan peperangan akhir zaman menggunakan pedang dan panah, Yahudi menempah pedang titanium ( ringan, tajam dan kuat ) sebagai persediaan menentang orang Islam yang dipimpin Imam mahadi. Bila disebut simpanlah dinar dan dirham, Yahudi terus bersiap sedia menghadapi saat-saat tersebut.
Kita pula bagaimana? Jangan kita termasuk dalam golongan Sudah terhantuk baru tengadah eloklah kita ambil fikir dan jadi golongan Sediakan payung sebelum hujan. ZAMAN APAKAH KITA BERADA SEKARANG INI? Mohon dibaca dan direnung bersungguh-sungguh hadis di bawah ini. Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka.
Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang di sekelilingnya : "Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.
Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH.
Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus." "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam.
Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin." "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran.
Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit. Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2} Huraian hadis ini telah saya tulis dalam posting yang lalu.
Saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai ayat : Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermakna pada 1400 tahun + 30 tahun = 1430 Hijrah. Sekarang ialah 1434H dan pada 5 November 2013 ini kita akan masuk tahun hijrah 1435. Bermakna kita telah melebihi 5 tahun dari masa yang dianggarkan oleh Saidina Abu Hurairah. Maknanya gelombang peristiwa besar dan gempar akan muncul pada bila-bila masa sahaja! Justeru saya berharap para pembaca rajin-rajinlah meneroka dan membaca. Sila baca JIGSAW PUZZLE AKHIR ZAMAN. Baca dan fikir. Masanya dikira sudah tersangat hampir. Persediaan zahir dan batin mesti dimulakan TANPA TANGGUH! Dinar dan dirham termasuk persediaan zahir!
Sumber: Rakan fb

06 March 2014
Gaya Terbaru
Dah besar mereka.... dan dah semakin cerdik mereka ... semakin jelas mereka menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarha saya. Kalau dulu semasa ibu mereka, Oky masih lagi kecil. di mana saya berada di sitilah dia akan ada.
Kini, anak-anaknya mengikut tabiat Oky, di mana saya ada maka di situ jugalah bebudak ini ada. Sya terpaksa buat tempat tidur/ bersantai yang baru untuk mereka tidak jauh dari tempat kerja saya/ komputer.
Saya letakkan 2 buah bangku, 1 untuk Oky dan satu lagi saya letakkan tutup kotak kertas yang saya pungut dari pejabat untuk Si Baby dan Si Adik.
Mereka boleh berada di situ berjam-jam selagi saya di meja komputer.
05 March 2014
Saad Ibn Muaz: Jasa Semasa Perang
Kita sambung lagi kisah sahabat Rasulallah saw yang bernama Saad bin Muas...
Di saat menjelang perang Badar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengumpulkan sahabat-sahabatnya dari golongan Muhajirin dan Anshar untuk bermusyawarah menguruskan hal ehwal perang itu. Maka baginda dihadapkan wajahnya yang mulia ke arah orang-orang Anshar, seraya katanya: “Kemukakanlah buah fikiran kalian, wahai shahabat!”
Maka bangkitlah Sa’ad bin Mu’az tak ubah bagi bendera di atas tiangnya, katanva: -
“Wahai Rasulullah! Kami telah beriman kepada anda, kami percaya dan mengakui bahwa apa yang anda bawa itu adalah hal yang benar, dan telah kami berikan pula ikrar dan janji-janji kami. Maka laksanakanlah terus, ya Rasulallah apa yang anda inginkan, dan kami akan selalu bersama anda … ! Dan demi Allah yang telah mengutus anda membawa kebenaran! Seandainya anda menghadapkan kami ke lautan ini lalu anda menceburkan diri ke dalamnya, pastilah kami akan ikut mencebur, tak seorang pun yang akan mundur, dan kami tidak keberatan untuk menghadapi musuh esok pagi! Sungguh, kami tabah dalam pertempuran dan teguh menghadapi perjuangan … ! Dan semoga Allah akan memperlihatkan kepada anda tindakan kami yang menyenangkan hati … ! Maka maulailah kita berangkat dengan berkah Allah Ta’ala… !”
Kata-kata Sa’ad itu muncul tak ubah bagai berita gembira, dan wajah Rasul pun bersinar-sinar dipenuhi rasa rela dan bangga serta bahagia, lalu katanya kepada Kaum Muslimin “Marilah hita berangkat dan besarkan hati kalian kerana Allah telah menjanjikan kepadaku salah satu di antara dua golongan! … Demi Allah,… sungguh seolah-olah tampak olehku kehancuran orang-orang itu!” (al-Hadits)
Manakala semasa perang Uhud, ketika kedudukan dan semangat Kaum Muslimin telah jatuh disebabkan serangan mendadak dari tentara musyrikin, namun kedudukan Sa’ad bin Mu’adz tetap begitu kukuh di mana kedua kakinya seolah-olah telah dipakukannya ke bumi berhampiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mempertahankan dan membela baginda bermati-matian, inilah sikapnya yang agung, terpancar dari sikap hidupnya ….
Sementara itu semasa di perang Khandak, Sa’ad ibn Muas benar-benar menunjukkan kepahlawanan dan kesetiaanny. Seperti yang anda tahu bahawa perang Khandak ini merupakan bukti nyata atas persekongkolan dan siasat licik yang dilancarkan kepada Kaum Muslimin oleh kafir yang tidak pernah kenal erti perjanjian atau keadilan.
Maka tatkala Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama para sahabat hidup dengan sejahtera di Madinah dengan mengabdikan diri kepada Allah swt, saling nasihat-menasihati agar mentaati-Nya serta mengharap agar orang-orang Quraisy menghentikan serangan dan peperangan, tetapi terdapat segolongan pemimpin Yahudi secara diam-diam pergi ke Mekah lalu menghasut orang-orang Quraisy untuk menyerang Rasulullah saw sambil memberikan janji dan ikrar akan berdiri di samping Quraisy bila terjadinya peperangan itu nanti.
Pendeknya mereka telah membuat perjanjian dengan orang-orang musyrik itu, dan bersama-sama telah mengatur rencana dan siasat peperangan. Di samping itu dalam perjalanan pulang mereka ke Madinah, mereka berhasil pula menghasut suatu suku terbesar di antara suku-suku Arab yaitu kabilah Gathfan dan mencapai persetujuan untuk menggabungkan diri dengan tentara Quraisy.
Strategi peperangan telah diatur dan tugas serta peranan telah dibagi-bagikan. Quraisy dan Gathfan akan menyerang Madinah dengan tentera yang ramai, sementara orang-orang Yahudi akan melakukan penyerangan dan menghancurkan umat Islam dari dalam kota dan di sekelilingnya.
Setelah Rasulallah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui permufakatan jahat ini, beliau mengambil langkah-langkah pengamanan. Dititahkannya menggali khandak iaitu parit perlindungan di sekeliling Madinah untuk membendung serbuan musuh. Di samping itu diutusnya Sa’ad bin Mu’az dan Sa’ad bin Ubadah kepada Ka’ab bin Asad, pemimpin Yahudi suku Quraidha untuk menyelidiki sikap mereka, walaupun antara mereka dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebenamya sudah ada beberapa perjanjian dan persetujuan damai.
Dan alangkah terkejutnya kedua-dua utusan Nabi, apabila pemimpin Bani Quraidha itu menjawab ”Tak ada persetujuan atau perjanjian antara Kami dengan Muhammad”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam merasakan amat berat memikirkan musibah perang yang akab dihadapi oleh rakyatnya. Baginda berfikir untuk memisahkan suku Gathfan dari Quraisy.
Siasat itu segera beliau laksanakan dengan mengadakan perundingan dengan para pemimpin Gathfan dan menawarkan agar mereka mengundurkan diri dari peperangan dengan imbuhan mereka akan beroleh sepertiga dari hasil pertanian Madinah. Tawaran itu disetujui oleh pemimpin Gathfan, dan tinggal lagi mencatat persetujuan itu hitam di atas putih ….
Sewaktu usaha Nabi sampai sejauh ini, beliau tertegun, karena menyadari tiadaiah sewajarnya ia memutuskan sendiri masalah tersebut. Maka dipanggilnyalah para shahabatnya untuk merundingkannya. Terutama Sa’ad bin Mu’adz dan Sa’ad bin Ubadah, buah fikiran mereka amat diperhatikannya, karena kedua mereka adalah pemuka Madinah, dan yang pertama kali berhak untuk membicarakan seal tersebut dan memilih langkah mana yang akan diambil Rasulullah menceritakan kepada kedua mereka peristiwa perundingan yang berlangsung antaranya dengan pemimpin-pemimpin Gathfan. Tak lupa ia menyatakan bahwa langkah itu diambilnya ialah karena ingin menghindarkan kota dan penduduk Madinah dari serangan dan pengepungan dahsyat.
Kedua pemimpin itu tampil mengajukan pertanyaan:
“Wahai Rasulullah, apakah ini pendapat anda sendiri, ataukah wahyu yang dititahkan Allah … ?”
Ujar Rasulullah: “Bukan, tetapi ia adalah pendapatku yang kurasa baik untuk tuan-tuan! Demi Allah, saya tidak hendak melakukannya kecuali karena melihat orang-orang Arab hendak memanah tuan-tuan secara serentak dan mendesak tuan-tuan dari segenap jurusan.
Maka saya bermaksud hendak membatasi kejahatan mereka sekecil mungkin.. !”
Sa’ad bin Mu’adz merasa bahwa nilai mereka sebagai laki-laki dan orang-orang beriman, mendapat ujian betapa juga coraknya.
Maka katanya: -
‘Wahai Rasulullah! Dahulu kami dan orang-orang itu berada dalam kemusyrikan dan pemujaan berhala, tiada mengabdikan diri pada Allah dan tidak kenal kepada-Nya, sedang mereka tak mengharapkan akan dapat makan sehutir kurma pun dari hasil bumi kami kecuali bila disuguhkan atau dengan cara jual beli …. Sekarang, apakah setelah kami beroleh kehormatan dari Allah dengan memeluk Islam dan mendapat bimbingan untuk menerimanya, dan setelah kami dimuliakan-Nya dengan anda dan dengan Agama itu, lain kami harus menyerahkan harta kekayaan kami …? Demi Allah, kami tidak memerlukan itu, dan demi Allah, kami tak hendak memberi kepada mereka kecuali pedang … hingga Allah menjatuhkan putusan-Nya dalam mengadili kami dengan mereka… !”
Tanpa bertangguh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam merubah pendiriannya dan menyampaikan kepada para pemimpin suku Gathfan bahwa sahabat-sahabatnya menolak rencana perundingan, dan bahwa beliau menyetujui dan berpegang kepada putusan shahabatnya….
Berselang beberapa hari, kota Madinah mengalami pengepungan ketat. Sebenarnya pengepungan itu lebih merupakan pilihannya sendiri daripada dipaksa orang, disebabkan adanya parit yang digali sekelilingnya untuk menjadi benteng perlindungan bagi dirinya. Kaum Muslimin pun memasuki suasana perang. Dan Sa’ad bin Mu’adz keluar membawa pedang dan tombaknya sambil berpantun:
“Berhentilah sejenak, nantikan berkecamuknya perang Maut berkejaran menyambut ajal datang menjelang … !”
Dalam salah satu perjalanan kelilingnya nadi lengannya disambar anak panah yang dilepaskan oleh salah seorang musyrik.
Darah menyembur dari pembuluhnya dan segera ia dirawat secara darurat untuk menghentikan keluamya darah. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh membawanya ke mesjid, dan agar didirikan kemah untuknya agar ia berada di dekatnya selama perawatan.
Sa’ad, tokoh muda mereka itu dibawa oleh Kaum Muslimin ke tempatnya di mesjid Rasul. Ia menunjukkan pandangan matanya ke arah langit, lain mohonnya: -
“Ya Allah, jika dari peperangan dengan Quuaisy ini masih ada yang Engkau sisakan, maka panjangkanlah umurku untuk menghadapinya! Karena tak ada golongan yang diinginkan untuk menghadapi mereka daripada kaum yang telah menganiaya Rasul-Mu,telah mendustakan dan mengusirnya… !
Dan seandainya Engkau telah mengakhiri perang antara kami dengan mereka, jadikanlah kiranya musibah yang telah menimpa diriku sekarang ini sebagai jalan untuk menemui syahid … ! Dan janganlah aku dimatikan sebelum tercapainya yang memuaskan hatiku dengan Bani Quraidha … !”
Allah-lah yang menjadi pembimbingmu, wahai Sa’ad bin Mu’adz … ! Karena siapakah yang mampu mengeluarkan ucapan seperti itu dalam suasana demikian, selain dirimu …?
Dan permohonannya dikabulkan oleh Allah. Luka yang dideritanya menjadi penyebab yang mengantarkannya ke pintu syahid, karena sebulan setelah itu, akibat luka tersebut ia kembali menemui Tuhannya. Tetapi peristiwa itu terjadi setelah hatinya terobatil terhadap Bani Quraidha.
Kisahnya ialah setelah orang-orang Quraisy merasa putus asa untuk dapat menyerbu kota Madinah dan ke dalam barisan mereka menyelinap rasa gelisah, maka mereka sama mengemasi barang perlengkapan dan alat senjata, lalu kembali ke Mekah dengan hampa tangan.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpendapat, mendiamkan perbuatan orang-orang Quraidha, berarti membuka kesempatan bagi kecurangan dan pengkhianatan mereka terhadap kota Madinah bilamana saja mereka menghendaki, suatu hal yang tak dapat dibiarkan berlalu! Oleh sebab itulah beliau mengerahkan shahabat-shahabatnya kepada Bani Quraidha itu. Mereka mengepung orang-orang Yahudi itu selama 25 hari. Dan tatkala dilihat oleh Bani Quraidha bahwa mereka tak dapat melepaskan diri dari Kaum Muslimin, mereka pun menyerahlah dan mengajukan permohonan kepada Rasulullah yang beroleh jawaban bahwa nasib mereka akan tergantung kepada putusan Sa’ad bin Mu’adz. Di masa jahiliyah dahulu, Sa’ad adalah sekutu Bani Quraidha ….
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirim beberapa shahabat untuk membawa Saad bin Mu’adz dari kemah perawatannya di mesjid. Ia dinaikkan ke atas kendaraan, sementara badannya kelihatan lemah dan menderita sakit.
Kata Rasulullah kepadanya: “Wahai Sa’ad! Berilah keputusanmu terhadap Bani Quraidha … !” Dalam fikiran Sa’ad terbayang kembali kecurangan Bani Quraidha yang berakhir dengan perang Khandak dan nyaris menghancurkan kota Madinah serta penduduknya. Maka ujar Sa’ad: — “Menurut pertimbanganku, orang-orang yang ikut berperang di antara mereka hendaklah dihukum bunuh. Perempuan dan anak mereka diambil jadi tawanan, sedang harta kekayaan mereka dibagi-bagi … !” Demikianlah, sebelum meninggal, hati Sa’ad telah terobat terhadap Bani Quraidha….
Luka yang diderita Sa’ad setiap hari bahkan setiap jam kian bertambah parah …. Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam datang menjenguknya. Kiranya didapatinya ia dalam saat terakhir dari hayatnya. Maka Rasulullah meraih kepalanya dan menaruhnya di atas pangkuannya, lain berdu’a kepada Allah, katanya:
“Ya Allah, Sa’ad telah berjihad di jalan-mu ia telah membenarkan Rasul-Mu dan telah memenuhi kewajibannya. Maka terimalah ruhnya dengan sebaik-baiknya cara Engkau menerima ruh… !”
Kata-kata yang dipanjatkan Nabi itu rupanya telah memberikan kesejukan dan perasaan tenteram kepada ruh yang hendak pergi. Dengan susah payah dicobanya membuka kedua matanya dengan harapan kiranya wajah Rasulullah adalah yang terakhir dilihatnya selagi hidup ini, katanya: “Salam atasmu, wahai Rasulullah… ! Ketahuilah bahwa aku mengakui bahwa anda adalah Rasulullah!”
Rasulullah pun memandangi wajah Sa’ad lalu katanya: “Kebahaggaan bagimu wahai Abu Amr … !”
Berkata Abu Sa’id al-Khudri: — “Saya adalah salah seorang yang menggali makam untuk Sa’ad · … Dan setiap kami menggali satu lapisan tanah, tercium oleh kami wangi kesturi, hingga sampai ke liang lahat”.
Musibah dengan kematian Sa’ad yang menimpa Kaum Muslimin terasa berat sekali. Tetapi hiburan mereka juga tinggi nilainya, karena mereka dengar Rasul mereka yang mulia bersabda: “Sungguh, ‘Arasy Tuhan Yang Rahman bergetar dengan berpulangnya Sa’ad bin Mu’adz … !

04 March 2014
PANDANGAN TOKOH BUKAN ISLAM BERKENAAN RASULULLAH S.A.W.
1. Mahatma Gandhi mengatakan: Muhammad adalah yang terbaik dan kisahnya tidak dipertikai langsung bagi jutaan manusia, dan Muhammad membawa Islam dengan Kezuhudan dan berkasih sayang sesama sahabat sahabatnya, keberaniannya dan kepercayaan yang Tulus dan Ikhlasnya kepada ALLAH dan kata akhirnya tidak ada yang lebih dari ini melainkan Kehidupan Muhammad S.A.W.
2. Sir George Bernard mengatakan: Aku selalu memandang tinggi agama Muhammad S.A.W disebabkan ianya satu tenaga (semangat) yang terbaik dan ia membawa satu agama yang boleh memukau seluruh alam dan dapat di terima pada mana-mana zaman pun, dan sekiranya mengikut pandangan aku yang berfahaman Anti-Christ, Muhammad S.A.W adalah Penyelamat kami.
3. Thomas Carlyle mengatakan: Penipuan yang sebenar-benarnya yang telah tertimbun pada Muhammad S.A.W (disebabkan tuduhan tuduhan jahat mereka) hanya memalukan kita sahaja.
4. W.M. Watt mengatakan: Muhammad S.A.W adalah seorang yang berakhlak mulia dan ramai yang mengikutinya dan meletakkannya sebagai Ketua di sebabkan akhlaknya yang mulia.
Selawat dan Salam keatas junjungan Baginda Muhammad S.A.W

03 March 2014
Dah Tak Muat Lagi
Semasa berumur lebih kurang 1 atau 2 bulan, Si baby dan Si Adik suka betul bermain dan tidur di dalam pasu bunga. Masa itu muat-muat je mereka tidur dalam pasu ni.
Pernah saya sembunyikan pasu ni, mereka cari berpusing-pusing. Bukan kerana dengki tapi takut pasu ni pecah. Sebagai ganti saya bagikan mereka kotak yang saya pungut dari pejabat.
Baru-baru ni emak saya keluarkan pasu ni, dan apa lagi Si Baby terus masuk dan berpusing-pusing untuk adjust supaya dia boleg landing (tidur) dalam pasu, sayangnya dah tak muat, ponggong je yang masuk badan dan kepala terkeluar. Macam-macam hal mereka ni.
02 March 2014
ALLAHYARHAM ROSLI BIN DHOBY 64 TAHUN DALAM KENANGAN
Hari ini 2hb Mac 2014 genaplah 64 tahun pemergian seorang negarawan dan pejuang revolusi kemerdekaan Bangsa Sarawak iaitu Allahyarham Rosli bin Dhoby. Namanya mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sejarah ketokohannya tercatit dimana-mana sebagai antara pelopor revolusi kemerdekaan Negara Sarawak dibawah cengkaman Kerajaan British Borneo suatu waktu dahulu. Sebagai memberi penghormatan keatas perginya negarawan Bangsa Sarawak ini, Borneo Oracle akan membuat artikel istimewa pada hari ini dengan tajuk Allahyarham Rosly bin Dhoby 64 tahun Dalam Kenangan.
Usianya ketika itu baru 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan. Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British Borneo mati di tali gantung pada 2hb Mac 1950. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Borneo kedua Sarawak, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau “badek” di Sibu pada 3 Disember, 1949.
Anak muda Bangsa Sarawak yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS). Daripada GPMS inilah terbentuknya Rukun 13 yang ditubuhkan bagi menentang tindakan Rajah Ketiga Negara Sarawak iaitu Sir Charles Vyner Brooke yang berpantang arang mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial British di London selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Ini kerana selepas peperangan itu, Sir Charles Vyner Brooke dikatakan sudah bosan memerintah dan ditambah lagi peperangan itu telah menyebabkan kerugian yang banyak akibat kemusnahan perang pada Negara Sarawak. Sir Charles Vyner Brooke yang sememangnya terkenal sebagai pemerintah Negara Sarawak yang gemar bersosial telah dikatakan menyerahkan Negara Sarawak kepada Kerajaan Mahkota British dengan sedikit imbuhan. Tindakan ini sebenarnya telah menyebabkan kemarahan dan bantahan daripada Bangsa Sarawak pada waktu itu kerana Sir Charles Vyner Brooke telah memungkiri janji iaitu untuk menyerahkan Negara Sarawak kepada pemerintahan Bangsa Sarawak sendiri. Sejajar dengan itu maka terjadilah apa yang dipanggil Anti-Penyerahan Negara Sarawak 1946.
Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu salah satu pembesar Melayu Sarawak yang tersohor di zaman Sir Charles Vyner Brooke memerintah Sarawak Kingdom. Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari, 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala Gabenor yang baru dilantik itu membuat kunjungan kerja ke Sibu pada Disember 3, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi masyarakat Melayu Sarawak yang dipanggil Badik. Rosli dan Morshidi Sidik akhirnya ditangkap oleh anggota polis British Borneo pada waktu kejadian manakala rakan-rakannya yang lain telah diburu oleh pihak polis besar-besaran selepas kejadian tersebut. Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi. Gabenor Sir Duncan akhrinya meninggal dunia 7 hari selepas kejadian.
Pada 15 Disember, 1949, Rosli dan Morshidi serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching. Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan di dalam kawasan penjara tersebut. Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac, 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor yang juga suatu waktu dahulu antara sahabat mereka di Sibu, Sarawak.
Inilah sekelumit ruang informasi tentang Perjuangan Rosli Dhoby dan rakan-rakannya di dalam Rukun 13 daripada Borneo Oracle untuk sumber perkongsian kita Bangsa Sarawak sekarang. Rosli Dhoby dan rakan-rakannya di dalam Rukun 13 telah mengwujudkan satu fenomena kearah perjuangan anti-penyerahan kepada Kerajaan British Borneo pada waktu itu. Walaupun Allahyarham Rosli telah meninggalkan kita namun semangat juangnya tetap menjadi pembakar semangat kepada generasi Bangsa Sarawak di dalam menidakkan kebatilan yang ada sekarang. Al-fatihah untuk Almarhum Rosli Dhoby dan rakan-rakannya di dalam Rukun 13. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.
Borneo Oracle love Rosli Dhoby

Sumber: Borneo Oracle
MUJAHIDAH yang patut dicontohi ~ Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
Kalau semalam anda membaca kisah Allahyarham Ahmad Ammar... mari kita kenali pula seorang lagi mujahidah. Jangan lupa doakan mereka dirahmati Allah swt, diampunkan dosa dan dianugerahkan syurga.
Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma untuk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013 (Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je. Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum. Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas muka bumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya. UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar.
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua-dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tak ada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi di luar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapalah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14 Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat, Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap-cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat.. tetapi bersyukur terselamat dari situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami ”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah.. Allah ada jaga akak kat sini. ”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”. ”Selalu ke akak terbau macam tu?” Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Di pihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah.. tangan doktor tu besar, kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang tak ada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni, mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat di bahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya: nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya: ”Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata ”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen, dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata-kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak di luar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……) saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belum pun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi.. dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair.. dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK. Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh, saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan 2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar. Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, (1 tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan-insan yang jujur menyayanginya.
*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah.
Artikel oleh Ust Hasrizal

Subscribe to:
Posts (Atom)