Pada bulan Mac 2016 yang lalu saya dan Mardiana, rakan sepejabat telah menghadiri kursus di I-City Hotel, hotel ini terletak di Shah Alam. Kalau dari Melaka memang agak jauh juga. Saya sendiri pun walau telah menetap di Kuala Lumpur melebihi 30 tahun tidak pernah ke hotel ini. Rupanya banyak juga jabatan kerajaan dan agensi swasta yang melaksanakan kursus di hotel ini. Tentu ada keistimewaan tertentu.
Macam biasa saya akan bangun awal pagi dan meninjau apa yang ada di sebalik langsir tebal bilik hotel tersebut. Macam yang saya jangkakan memang betul, saya menikmati keindahan alam ciptaan Illahi yang tidak ada tolok bandingnya dengan ciptaan manusia. Ditambah dengan kerdipan lampu-lampu malap kerana disinari dengan cahaya matahari yang mengintai dari balik banjaran. Wah sungguh sahdu.
Di kejauhan sana kelihatan banjaran gunung dengan langit yang redup, suasana masa itu sangat sahdu dan mengembirakan hati. Keadaan ini sahaja boleh menjadikan semangat baru mengalir dalam tubuh seseorang dan sudah tentu akan mencambahkan idea-idea yang bernas kelak.
No comments:
Post a Comment