31 January 2015

Bengkel ABM 2016-2017

Pada 19 hingga 22 Januari 2015 yang lalu kami berkampung di Avillion Hotel Admiral Cove PD menghadiri Bengkel Penyediaan ABM 2016/ 2017. Kebanyakan yang hadir adalah Ketua Unit dan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam penyediaan bajet di JPWPKL.

Dah lama betul saya tinggalkan bidang ini, yang terakhir saya terlibat dalam bajet semasa saya di Kementerian Pertahanan pada tahun 2000 hingga 2004. Walau bagaimanapun kaedah dan format keseluruhan masih tidak berubah hanya di KPM ni terdapat sedikit kawalan secara dalaman. Di akhir bengkel saya dapat menimba banyak ilmu maklumlah apa yang saya ada dulu perlu dipolish.

Kami dari UPT

30 January 2015

Acik Dah Selesa

Dah sebulan lebih Acik menjadi keluarga saya dan dia dah dapat menyesuaikan diri dengan 9 ekor kucing saya yang lain. Acik suka bermain dengan Itam MB dan sedikit-sedikit dengan kucing yang lain.

Tetapi Acik masih takutkan Oky kerana Oky selalu marah dan kadang-kadang tangankan Acik. Oky yang mempunyai jari yang lebih buatkan kaki dan tangan dia nampak lebih besar, mungkin itu yang menakutkan Acik.

29 January 2015

Dari Jendela : Avilion Hotel PD (Bilik Ceramah)

Permandangan di Avilion Hotel ni memang cantik dan saya teringat semasa saya mengunjungi Monaco lama dulu. Monaco merupakan bandar yang mempunyai teluk yang cantik dan besar, jadinya parkir kapal layar dan bot-bot dari bersaiz kecil hingga yang besar sangat. Memanglah boleh kerana teluk mereka lebih luas dari yang ada di Avilion Hotel ini.

Suasana yang damai setiap pagi dan kelihatan macam dalam lukisan membuatkan hati lapang dan tenang sangat. Selama berada di sini setiap pagi saya akan berada beberapa ketika di anjung dewan taklimat hanya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Illahi.

Tenang dan damai, apa agaknya berlaku bila ianya dalam keadaan sebaliknya... semoga dijauhkan Allah.

28 January 2015

Warna Mata Kucing

Apa warna mata kucing anda? adakah warna mata kucing diwarisi mereka daripada keturunan atau kurniaan Allah swt semasa mereka dilahirkan. Kucing saya mempunyai pelbagai warna walaupun dari satu ibu. Dan warna mata Itam Mike Black yang sangar cantik iaitu berwarna hijau cair disebabkan dia berbula warna hitam keseluruhannya rupa dia macam cat woman.

Sumber : fb Helo Vet Disini

27 January 2015

To My Dearest Friend ... From me Your Meow

To my dearest friend.

I stood by your bed last night;
I came to have a peep.
I could see that you were crying you found it hard to sleep.
I spoke to you softly as you brushed away a tear,
"It's me, I haven't left you, I'm well, I'm fine, I'm here."

I was close to you at breakfast,
I watched you pour the tea,
You were thinking of the many times, your hands reached down to me.

I was with you at the shops today; your arms were getting sore.
I longed to take your parcels, I wish I could do more.

I was with you at my grave today; you tend it with such care.
I want to re-assure you, that I'm not lying there.

I walked with you towards the house, as you fumbled for your key.
I gently put my paw on you; I smiled and said, "it's me."
You looked so very tired, and sank into a chair.
I tried so hard to let you know, that I was standing there.
It's possible for me, to be so near you everyday.
To say to you with certainty, "I never went away."

You sat there very quietly, then smiled, I think you knew...
in the stillness of that evening, I was very close to you.
The day is over... I smile and watch you yawning
and say "good-night, God bless, I'll see you in the morning."

And when the time is right for you to cross the brief divide,
I'll rush across to greet you and we'll stand, side by side.
I have so many things to show you, there is so much for you to see.
Be patient, live your journey out...then come home to me.

26 January 2015

Jiji Last Bersunat

Anak bujang saya yang bungsu yang bersunat pada 8 januari 2015. Jiji adalah kucing terakhir yang bersunat selepas mak, abang dan adik-adiknya. Kelewatan Jiji bersunat disebabkan oleh dia selsema yang berpanjangan. Selepas dipantau dengan rapi alhamdulillah selsema Jiji hilang.

Kesian tengok muka si bulus kita bila dia masih dalam pengaruh bius. Mereka cuba melawan bius tetap masih tidak berdaya dan kelakuan mereka membuatkan kita kasihan sangat pada mereka. Saya akan sentiasa mengurung mereka dalam kandang kerana mereka akan cuba bergerak walaupun terpaksa mengensut. Jiji sedar sepenuhnya hampir maghrib dan cuba untuk minum tetapi muntah semula. Walau bagaimanapun dia sihat sepenuhnya keesokkan harinya.

25 January 2015

Kursus Haji 2015

Kursus Asas Haji (KAH) yang diusahakan oleh Tabung Haji bermula pada 10 dan 11 Januari 2015. Saya tersilap melihat jadual jadi kursus pada minggu pertama tak dapat hadir. Saya memilih Masjid Taman Kosas sebagai tempat kursus.

Jadi saya hanya menghadiri KAH pada minggu kedua bersama dengan mak. Kali pertama ke masjid ini terpaksa menggunakan Waze. Rupanya taklah jauh sangat dari rumah lebih kurang 4 kilometer perjalanan sehala. Foto atas mak di hadapan masjid.

Saya dan mak dalam masjid. Kami antara orang terawal yang tiba.

Sedang mengikiut ceramah ustaz, mata saya rasa mengantuklah pulak. Nampaknya mak lebih beri tumpuan daripada saya yang dah mula mengantuk. Apa pun saya pastinya akan tertunggu-tunggu kursus minggu seterusnya.

22 January 2015

Itam MB Ku Sayang

Dah besar Si Itam MB anak kucing yang dibuang orang di kawasan rumah saya. Itam amat gemar duduk dan tidur di meja komputer saya. 

Ada kalanya saya sampai tak sempat nak berinternet apabila Itam duduk di komputer. Keyboard dan beberapa yang rosak mungkin disebabkan oleh dia.

Itulah wajah kesayangan saya. 

21 January 2015

Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda, Rakyat Malaysia!

Saya nak berkongsi dengan anda mengenai pandangan seorang penganalisis ekonomi. Adakah pandangan dan analisisnya akan benar-benar terjadi. Baca dulu kemudian fikir sendiri.

Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda,

Rakyat Malaysia! Kebelakangan ini jikalau diperhatikan, harga rumah sudah mulai “stagnant”, sudah tidak mampu naik melonjak sepertimana yang pernah berlaku 2,3 tahun lepas terutamanya yang melibatkan hartanah RM500,000 dan ke atas yang mana unit hartanah Soho, Sovo, Kondo Mewah, service apartment yang paling teruk terkesan apabila….bahang kegawatan ekonomi mula melanda Malaysia.

Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda?

*  Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES (YEAR END SALE)

*  Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun 2015

*  Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama sahaja lagi.Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kadar faedah mesti akan naik lagi.

*  Jangan sesekali anda beli hartanah untuk tempoh 1,2 tahun daripada sekarang. Ini kerana telah berlaku lambakan rumah sekarang ini. Termasuk projek-projek di bawah skim DIBS apabila pembeli terpaksa mula membayar “bayaran sebenar” disebalik pembelian modal rendah ketika permulaan menempah unit hartanah tersebut 2,3,4 tahun yang lepas.

*  Jikalau anda pergi di sekitar Jalan Awan Kecil, Vista Komanwel, Parklane, The Treez, Seringin Residense, Le Yuan Residence di sekitar lebuhraya KESAS sahaja sekelilingnya sejumlah 20,000 unit apartment telah mula mendapat CF, tetapi berdasarkan statistik yang diperolehinya hanya 10%-20% sahaja yang terisi dek kerana kerana “oversupply”.

Bagaimana kalangan pelabur hartanah 2,3 4 hartanah mampu bertahan apabila masih lagi tidak mampu menyewakan unit mereka kepada orang? (Fasa 1) Kemudian apabila pelabur hartanah bertindak mahu menjual unit hartanah mereka, masih tidak pembeli yang berminat (Fasa 2). Profesor Dr Hoo Ke Ping merasakan pelabur hartanah seperti ini akan hannnnncurrrrr.

Apabila sudah memasuki fasa 3, Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan sekali lagi harga rumah pasti akan turun apabila masalah “oversupply & kenaikan kadar feadah pinjaman yang bakal diumumkan BNM tidak lama sahaja lagi” sepertimana yang berlaku di Singapura dan UK. Dan ramai yang akan muflis selepas itu dek kerana tidak mampu bertahan dengan nilai wang mereka semakin mahal.

Apabila harga hartanah akan turun semula, pada masa itu, anak muda boleh beli unit hartanah yang bernilai RM600,000 pada harga RM400,000 sahaja

Keyakinan Profesor Dr Hoo Ke Ping bertambah melihatkan unit hartanah di Petaling 8 contohnya di Sri Petaling di bawah pemaju I&P Group Sdn. Berhad yang pernah dijual sekitar harga RM400 lebih psf. Realitinya sekarang anda boleh berunding dengan tuan rumah untuk beli dengan nilai serendah RM350psf untuk keluasan lebih 1000 sf

Profesor Dr Hoo Ke Ping menasihatkan terutamanya anak muda, beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik. Kalangan yang tidak mampu mendapatkan penyewa ditambah dengan kadar faedah naik, bakal menyebabkan pegangan hartanah tidak akan bertahan lama terutamanya kalangan pelabur yang tidak mempunyai simpanan tunai yang mencukupi akan jatuh muflis.

Inilah akibatnya yang akan terjadi dalam tempoh 1,2 tahun daripada sekarang dek kerana pemaju hartanah yang sudah begitu banyak untung dan terlalu tamak. Menyebabkan pelabur hartanah bakal terjerat tidak lama lagi. Bank-bank pun susah. Kegawatan sektor hartanah semakin hampir, apabila satu demi satu projek yang dilancarkan 2,3,4 tahun lepas bakal siap pada tahun 2015 ini.

Realitinya hari ini, untuk tempoh sejak 9 bulan terakhir ini jikalau diperhatikan kalangan bank-bank utama di Malaysia telah mula berlawan sesama-sama termasuklah Maybank apabila menawarkan pelbagai tawaran untuk menarik seberapa banyak pendeposit meletakkan simpanan duit mereka bernilai jutaan ringgit. Apa maknya itu? Ini menandakan bank-bank sudah mengalami masalah “liquidity” aliran tunai.

Berdasakan semakan Berita Semasa contohnya di negeri Melaka dan Johor :

Kenalan bank menasihatkan tidak membuat pinjaman bank untuk pembelian hartanah pada tahun 2015 ini. Dan bank tersebut juga sekarang ini tidak lagi menumpukan kepada pinjaman hartanah kepada peminjam.

Banyak pemaju hartanah di Melaka contohnya sudah mula beralih arah ke Tangkak, Johor Bahru untuk mencari mangsa dan pelanggan baru dek kerana pasaran haratanah di Melaka sudah mulai lesu

Di Johor Bahru pula, disebabkan berlkau lambat unit service apartment di sana, akhirnya tidak sampai 20% terjual yang mana banyak dibolot oleh pelabur Singapore. Manakala kuota 50% untuk pelabur tempatan “tidak banyak yang terusik” contohnya projek di Medini

Berdasarkan semakan Berita Semasa, pembelian unit hartanah banyak direkodkan sekitar tahun 2011, yang mana 3 tahun tempoh pembinaan berjalan bermakna sekitar tahun 2015 dan awal tahun 2016 akan terus berlkau lagi lambakan unit hartanah “oversupply” menyebabkan nilai hartanah akan jatuh

Dan kepada kerajaan Malaysia ini, ini nasihat Profesor Dr Hoo Ke Ping :

Kerajaan mesti potong bajet untuk projek yang bukan keperluan, termasuklah kerajaan mesti batalkan projek keretapi laju KL – Singapore. Kerajaan Malaysia tida duit untuk melaksanakan landasan berkembar masakan kerajaan mampu untuk menampung perbelanjaan besar bagi projek super mega keretapi laju KL Singapore?

Jikalau keretapi laju dilaksanakan juga, AirAsia turun, KTM turun, Malaysia Airlines (MAS) bakal terduduk. Ini kerana laluan Kl Singaore begitu besar keuntungannya kepada MAS.

P/S : Berita Semasa sangat sarankan untuk anda lebih tumpukan pembelian hartanah secondary di bawah harga RM500,000 ke bawah di lokasi yang sedang meningkat naik berbanding unit hartanah baru.

PP/S : CASH is the king. Mulakan simpanan anda daripada sekarang sehingga 2017, kemudian beli semua unit hartanah pada waktu itu. Inilah yang sedang berlaku dalam “cycle recession 10 years” yang mana hampir bermula…1997-2007-2017

PPP/S : Orang muda yang baru untuk memulakan kehiduapan akan begitu terdedah dengan risiko dengan bahang cabaran ekonomi 2015, 2016 kelak. Dijangka lebih ramai yang akan muflis selepas ini apabila kenaikan kadar faedah pinjaman diumumkan kelak (pinjaman rumah, kredit kad dan lain-lain)

PPPP/S : Sekali lagi Profesor Dr Hoo Ke Ping memberikan nasihat dan juga amaran kepada anak muda terutamanya pada beberapa bulan mendatang yang mana Malaysia sedang menuju kegawatan ekonomi, jangan “dibuat main“!! Bersiap sedia!

Sumber: http://www.beritasemasa.com.my/

20 January 2015

Hairball?

APA ITU HAIRBALL?

Hairball terjadi apabila kucing menjilat bulu mereka, bulu-bulu yang tertanggal akan tersangkut pada lidahnya yang seperti sikat halus. Bulu yang tertelan tidak boleh dicerna atau dihadamkan seterusnya menjadi gumpalan dikenali sebagai "hairball". Jika tidak dikeluarkan ianya boleh mengakibatkan usus dan kolon tersumbat, kucing kurus, hilang selera makan, tidak aktif dan lain-lain.

CARA MENGELUARKAN HAIRBALL.

Secara semulajadi kucing akan memilih rumput sebagai ejen untuk memuntahkan hairball bersama-sama rumput yang dimakan. Berhati-hati dengan rumput diluar rumah kerana mungkin telah diracun atau mempunyai racun/ fungus/ kulat yang boleh menjangkiti kucing anda.

Kucing-kucing yang dibela didalam rumah akan makan sesuatu yang bukan makanan rujinya seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, serai, salad kerana terdesak untuk mengeluarkan hairball. Barangan ini boleh menyebabkan kucing anda tercekik atau merosakankan usus dan kolon menjadi lebih teruk.

MEMILIH RUMPUT ORGANIC

Pet Grass ni sejenis tumbuhan organik menyerupai rumput yang boleh / selamat dimakan oleh haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing, arnab,hamster, guinea pig, parrot, iguana, reptilia & lain-lain.

Ia lebih kepada membantu sistem pencernaan kesayangan kita supaya bertambah baik. Mengandungi Vitamin A, B, C, E dan K. Kalsium, Klorofil, Zat besi, Lecithin, Magnesium, Pantothenic Asid, Fosforus, Potassium, Amino Asid, Trace Elements and Protein sehingga 30%.

MENANAM RUMPUT ORGANIC

Boleh ditanam di pangsapuri dan tempat-tempat yang sempit tanpa memerlukan ruang yang banyak. Tidak perlu bersusah payah untuk membeli tanah, bekas dan juga masa. Ianya lengkap dengan biji benih, media tanaman organik, bekas penanaman, dan cara-cara penanaman. Hanya perlu sediakan air dan sedikit pencahayaan. Pet Grass cuma memerlukan SEMINGGU untuk tumbuh untuk haiwan peliharaan anda boleh menikmatinya.

19 January 2015

Jangan Cabar Daulat Melayu

Saya terjumpa sajak ini dan tertarik dengan bait-baitnya. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak fitnah dan hinaan yang dilakukan oleh banyak kaum terhadap Islam dan Melayu semakin kuat sifat kemelayuan saya. Setiap kali membaca komen-komen yang menghina bangsa ini, semakin saya sayang akan bangsa Melayu ini. Kalau dulu saya tak perasan langsung sama ada saya sukakan bangsa ini, atau hanya kerana saya dilahirkan dalam bangsa ini walaupun tidak sepenuhnya.

Kini jika ada yang menghinanya, saya akan terasa sangat dan secara perlahan-lahan jati diri bangsa yang satu lagi dalam diri saya seakan-akan menghilang, mungkinkah ianya disebabkan oleh pelaku/ penfitnah yang rata-ratanya dari bangsi itu? walallahualam... 

18 January 2015

MH370 Di Mana Dia???

Saya nak kongsi lagi artikel tulisan dan pandangan Sharifah Sofea. Terpulang kepada anda sama ada nak percaya atau tidak kerana isu kehilangan MH370 masih belum lagi dapat dirungkaikan. Ada sebabnya kenapa ALlah swt masih nak merahsiakan perkara ini.

Bulan Mei 2015 ini, Australia yang mengetuai misi SAR akan mengumumkan untuk memberhenti pencarian MH 370 di lautan hindi setelah lebih 10 bulan tiada menemui apa-apa objek bagi mengaitkan ttg penemuan pesawat MH 370 yang hilang sejak 08 March 2014.

Ni jawapannya: Setelah terdapat banyak bukti-bukti yang telah dibongkarkan oleh kerajaan Russia dan telah pun disiarkan di akhbar-akhbar Russia, Germany dan antarabangsa bahawa pesawat MH 370 tidak pergi ke koridar selatan dan sebaliknya telah pergi ke koridor utara dan disembunyikan di Ukraine. Kini sekali lagi Amerika dan Yahudi laknatullah telah menyedari bahawa penipuan yang cuba dibuat kepada dunia telah terbongkar dan mengambil keputusan untuk mengundur diri dan akan mengumumkan pesawat MH 370 dan semua penumpang dan anak-anak kapal tidak berjaya ditemui.

Tahniah kepada Vladimin Putin (Russian) yang telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa 2 penumpang dari Ukraine yang merupakan askar terlatih dan berpengalamanan telah pun menghijacked pesawat MH 370 dan membawanya ke Ukraine. 2 Dajjal ini berjaya melarikan ke Rep. Austria menggunakan passport US dan FSB Russia sedang memburunya. Manakala pesawat MH 17 telah disahkan ditembak oleh Jet tempur SU25 Ukriane.

Inilah dikatakan kebenaran yang akhirnya akan dpt mengalahkan kebatilan. Mereka merancang.... Allah juga merancang.....sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya.

Takbir................... Allahuakbar 1 000000 x !!!

Sumber: fb Sharifah Sofea

11 January 2015

Fakta Kehilangan MH370 Terkini????

FAKTA (1): Penyiasat dan pakar-pakar penerbangan termasuklah rakyat Malaysia dan dunia amnya mempertikaikan kenapa semasa radar gagal dikesan dimana MH370 berada, tetapi dlm masa yang sama Pusat Kawalan Udara kita yg berpangkalan di Subang tidak memaklumkan kpd pihak berkuasa secara terus menerus tanpa menunggu sampai keesokan paginya yg mana dpt mengesan sebuah pesawat yg tak dikenali berpatah balik dan masuk di ruang udara Malaysia

FAKTA (2) Kenapa Tentera Udara Malaysia mengatakan dapat mengesan pesawat berpatah balik ke Malaysia tetapi tidak mengarahkan utk memintas pesawat tersebut dgn alasan pesawat tersebut tidak menunjukkan atau mendatangkan apa-apa " bahaya " kpd negara dan menggunakan laluan komersial. Pakar-pakar dlm dan luar negara mengatakan jika pihak tentera udara malaysia cepat bertindak dan memintas pesawat tersebut mungkin pesawat MH370 berjaya diselamatkan

FAKTA (3) Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, Bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik. Ini berdasarkan fakta bahawa alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) tidak memberi apa-apa isyarat meskipun transponder dimatikan. ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah

FAKTA (4) Pakar siasatan forensik telah mengesahkan bahawa data audio rakaman penerbangan milik pesawat MH 370 telah diubah suai dengan sengaja oleh seseorang bagi mengelak kejadian sebenarnya apa yang berlaku di dalam pesawat tersebut.

Okey ni faktanya audio MH370 dari penyiasat: Pihak penganalisis menemui empat " jarak kosong " yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio. Pada minit ke 1: 14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan microfon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal. Penyiasat dan penganalisis diketuai oleh Ed Primeau dan Kent Gibson

FAKTA (5): MH 370 tidak terhempas dilaut China Selatan mahupun Lautan Hindi. Ini kerana sehingga kini tiada satu petanda ada petunjuk yg boleh mengaitkannya dgn pesawat tersebut.

Enjin pesawat MH370 merupakan komponen paling lasak dan sukar musnah walaupun terbakar mahupun meletop. Berat enjin pesawat Boieng 777-200ER (MH370) adalah lebih dari 35 tan. Jika terdampar di dasar laut sekalipun komponen itu tidak akan pecah berderai seperti objek lain kerana logam yang digunakan sangat berkualiti tinggi malah jika benar ianya terhempas di selatan lautan hindi masih lagi boleh dijumpai selama sebulan atau lebih...

FAKTA (6) Segala bukti-bukti yg dikemukakan di atas confirm pesawat MH 370 tidak u-turn ke koridor selatan mahupun terhempas di lautan hindi ke Australia india ocean.

(7) Hanya pilot jet fighter tentera sahaja yang dilatih untuk terbang di bawah 5000kaki cobra style utk elak dikesan oleh mana-mana radar. Pilot awam tak pandai buat seperti ini, maknanya bukan Kapten Zaharie yg cuba sabotaj MH 370 dan bawanya sehingga ke Ukraine

(8) Sungguh pelik atas dasar apa pencarian MH 370 di indian ocean harus diteruskan tanpa asas bukti teknikal...? Ianya sebenarnya satu pembaziran wang yg berjuta dan cuba mengalih perhatian dunia yg sebenarnya pesawat MH 370 tidak berakhir ataupun terhempas di lautan hindi sebaliknya berada di bawah tanah kem udara Sevastopol Ukraine.

Di atas adalah surat sulit original yang berjaya dicuri di pejabat PBB. Surat sulit Australia talibarut USA berpakat hapuskan semua bukti satellite radar dan forensic kemalangan MH17.

Yang sebenarnya satu lagi surat tentang MH 370 berjaya di curi juga tapi sayang 1000 kali sayang Sharifah Sofia Syed Rashid terhilang surat tersebut yg mana dlm kandungan tersebut ada menyebut perancangan untuk menghijacked pesawat MH 370 pada tarikh 08/03/14. Cukuplah bukti ini yang berjaya dibongkarkan oleh FSB Russia sekaligus mengcheckmate Amerika dan sekutu-sekutunya.

Takbir....... Allahuakbar !!!

SUMBER:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1521732034775581&id=100008163976211

https://www.facebook.com/sharifahsofia.syedrashid

10 January 2015

SI Kecik aka Acik ke Veterina

Pada 8 Januari 2015, saya bawa Acik, Baby dan Jiji ke Klinik Vaterina Cheras kerana ada temujanji dengan Klinik Bedah. Saya ambil peluang untuk bawa Baby dan Acik sekali.

Sejak 4 hari lepas, Baby mengalami sakit telinga, jadi saya bawa dia untuk berjumpa dengan perawat di sana, rupanya Baby mengalami rasa gatal dalam teliga kerana kutu dalam telinga dia mati dan bersusun di tepi telinga. Apabila dia rasa gatal, dia mengaru sehingga luka sedikit. Perawat tersebut menasihati saya setiap kali selepas meletakkan ubat titik teliga pada kucing, telingan mereka perlu dibersihkan selepas seminggu untuk buangkan kutu mati.

Manakala Acik akan mengambil vaksin pertama dia. Badan dia kecil tetapi rupanya umur dia sudah 3 bulan setengah. Kucing ni agaknya bakanya bersaiz kecil. Tak kisahlah asalkan dia sihat...

09 January 2015

Kereta Yang Tenggelam Apa Nak Buat

Musim hujan masih lagi dialami oleh Malaysia, banjir baru sahaja surut di sebelah pantai timur. Semoga Allah terus mengarahkan supaya air dari langit dan air dari bumi mengalirlah seperti biasa, jangan turun lebih-lebihan. Semoga semua rakyat Malaysia di mana juga tidak lagi ditimba dengan ujian Allah swt yang maha hebat ini.

Ujian banjir ini sudah pastinya mengakibatkan harta seperti kereta mengalami masalah dan kerosakan.

Saya terbaca banyak artikel mengenai menghadapi masalah kereta yang tenggelam. Apa kita nak buat ?? Artikel ini nampak mudah tetapi bacalah sehingga akhir semoga ianya memberikan manafaat kepada kita.

1.   Selepas banjir surut periksa dahulu dengan teliti kereta anda samaada kereta anda tenggelam keseluruhan termasuk Enjin dan bahagian-bahagian tertentu sahaja.

2.   PALING PENTING! Jangan cuba hidupkan enjin kereta,tindakan ini biasanya akan menyebabnya anda terpaksa membayar kos membaiki yang lebih tinggi apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa diganti.

3.   Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

4.   Jemur kereta anda untuk beberapa hari untuk memastikan ia benar-benar kering dan tidak mempunyai air lagi.

5.   Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

6.   Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya. Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear
belum diperiksa.

7.   Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air.

Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

Kita usaha apa yang kita mampu untuk selamatkan harta benda. Selebihnya tawakallah pada Allah, mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik, InsyaAllah

Betul Ke Ini Nasib MH370


Terus terang saya katakan bahawa saya memangnya amat terkejut saya dengan artikel yang dihasilkan oleh Puan Sharifah Sofia mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 pada pertengahan tahun 2014 yang lalu.

Tetapi siapa tahu kan, ianya mungkin betul -dalam hal ini belum ada lagi sesiapa yang berani membongkarkan kesah MH370. Ianya lenyap ditelah masa dan mungkin ini yang diharapkan oleh pihak-pihak. Saya suka nak berkongsi dengan anda semua, setelah membacanya fikirkan dan paling tidak doakan agar Allah swt menunjukkan kebenarannya.

Ke mana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab dan menemui noktah yang muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie. 2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yang berada dalam pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " di lautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.

Perhatikan gambar rajah di sebelah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.

Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.


Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu di ruang udaranya.

Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?

Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke koridor utara

Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-

(1)   Percubaan untuk bunuh president Angola

(2)   Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur

(3)   Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia,

(4)   Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.

Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..

Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370

Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti " .

Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi..

Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui radar udara Thailand.

Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.

Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari Aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine....

Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.

Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....

TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.

Anda tahu siapa orang ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)

Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine

Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.

Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.

Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas (Russia)

Anda nak bukti lagi nah ambik ni...

Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.

Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar di mana pesawat MH 370 disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia

Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17

Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya:

Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion usd... Apabila dapat duit sebanyak tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.

Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so Amerika memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan cuba menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak pesawat MH 17. Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka senanglah Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing hitamkan.

TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir cerita nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.

Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat ini akan berakhir *y)

Diakhir penulisan ini apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 ?

Menurut intelligence russia pesawat MH 370 telah landing banyak tempat, mana yg mati dulu dibuang di tempat mereka singgah seperti Kyrgyzstan Georgia & Ukraine dan selebihnya.mati di kem tentera udara bawah tanah, Ukraine.

Mayat-mayat penumpang MH 370 yg telah mati dan reput berserta bukti forensik mangsa pesawat MH 370 berjaya dijumpai dan diperolehi sebagai bukti oleh FSB Russia.

Al-Fatihah dan ucapan takziah buat semua keluarga mangsa yg beragama Islam dan yg bukan beragama Islam. Doakan agar mereka tergolong dlm mati syahid dan ditempatkan berada bersama org-org yg beriman dan bertaqwa. Kpd semua keluarga mangsa MH 370 bersabarlah banyak-banyak, sesungguhnya doa keluarga mangsa yg dizalimi tidak terhalang dan terus diangkat doa tersebut. Amerika dan Yahudi serta yg terlibat secara senyap pasti akan menerima pembalasan dari Allah s.w.t samaada di dunia mahupun di akhirat kelak.

SUMBER:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1521732034775581&id=100008163976211

https://www.facebook.com/sharifahsofia.syedrashid

08 January 2015

Tempat Baru Kiki

Anak dara saya Kiki dah jumpa tempat baru dia tidur, bakul bereben dan berbalut dengan kain satin. Macam anak raja pulak bila dia berada dalam bakul tersebut.

Nasib baik bakul tu besar, jadi muat-muat dengan tubuh Kiki yang sedang membesar.

Kiki sememangnya kucing yang terlebih manja tapi juga terlebih garang. Dia manja ikut masa dan bila dia nak garang dia tak pernah pedulukan sesiapa, walaupun begitu Kiki masih belum pernah menggigit.

Bersihkan diri sebelum tidur nyenyak.

07 January 2015

Pulau Nangka Wasiat Raja Kepada Rakyat

Cerita Pulau Nangka dah senyap sekarang. Perkembangan terakhir yang saya ikuti, Kerajaan Negeri Melaka dikatakan telah melantik kontraktor baharu untuk menguruskan tentang penggalian di pulau tersebut. Dan selepas itu diam... senyap... sepi.. mungkin belum ketemu apa-apa.

Yang sebenarnya apa yang ada di pulau ini sehinggakan beritanya menyebar ke seluruh dunia? Adakah cerita tentang harta kesultanan Melayu Melaka baru muncul atau sekian lama disembunyikan oleh alam?. Dari bacaan saya saya percaya bahawa kisah ini telah dimaklumi oleh penjajah terdahulu baik oleh Belanda, Inggeris mau pun Jepun. Mereka memang telah berusaha untuk cuba mengambil harta tersebut yang dikatakan makan beberapa generasi pun tak habis, tetapi tidak mampu mengalahkan pembinaan yang dilakukan oleh Sultan Melaka itu.

Melihat kepada struktur tembok batu yang dibina ini sememangnya sangat kukuh dan tidak terbanding dengan pembinaan sekarang ini, begitulah Almarhum Sultan Melaka menyembunyikan hartanya yang ada kemungkinan untuk diwariskan kepada rakyatnya terkemudian. Tidak terfikirkah oleh kita kenapa dan bagaimana orang dahulu bersusah payah untuk mempertahankan rakyat dan tanah airnya. Tidak terfikirkah oleh kita bagaimana mereka menghalau penjajah dari bumi Melaka.

Dalam kerja-kerja penggalian beberapa simbol unik turut ditemui seperti ukiran bulan sabit yang tertera kalimah “Muhammad Bin Abdullah” serta “Al-Mahdi serta peta Pulau Nangka dan yang uniknya adalah batu berbentuk piramid yang sama seperti terdapat di Pulau Serimbun yang terletak bersebelahan dengan Pulau Besar. Simbol lain yang ditemui adalah ukiran batu seperti orang Islam sedang solat iaitu melakukan duduk antara dua sujud, batu berbentuk ulas nangka.

Apa akan terjadi jika ada pihak-pihak yang cuba mengeluarkan khazanah Pulau Nangka yang dikatakan diwariskan kepada rakyat Melaka? adakah harta tersebut akan terus terbenam dan terus terbenam selain niat yang mengambilnya terpesung. Walallahualam..

06 January 2015

Punca kucing alami cirit-birit

KALAU kucing anda tiba-tiba tidak boleh mengawal pembuangan air besar ketika baring atau najis meleleh, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada haiwan kesayangan anda itu.

Begitu juga jika kucing anda terbersin atau batuk sambil terpancut najis, baru mengais tanah, najis terkeluar dan ketika berjalan najis menitis di lantai, itulah tanda-tanda haiwan tersebut mengalami cirit-birit.

Cirit-birit berpunca daripada kegagalan sistem penghadaman yang mengakibatkan kucing gagal mengawal sistem perkumuhan.

Punca-punca kucing mengalami cirit-cirit ialah perubahan mendadak pada menu harian, susu rosak, susu manusia, pemakanan yang tidak sesuai, makanan basi atau tamat tempoh. Jangkitan parvovirus felin (FPV) atau feline infectious peritonitis (FIP) juga mengakibatkan kucing boleh mengalami cirit-birit.

Selain itu, gumpalan bulu dalam badan, alahan bakteria, jangkitan endoparasit seperti cacing gelang, sistem perkumuhan bermasalah, jangkitan kuman pada hati dan buah pinggang, kanser atau ketumbuhan dalam usus, tindak balas perubatan, tiroid serta keradangan dalam kolon.

Pemilik kucing perlu mengetahui simptom-simptom cirit-birit. Antaranya, kembung perut, terdapat darah dalam cairan najis kucing, meneran dan menghasilkan bunyi letusan sewaktu buang air besar.

Selain itu, kucing kelihatan lesu, dehidrasi, demam, muntah-muntah, hilang selera makan, penurunan berat badan yang mendadak dan kerap membuang air besar.

Sekiranya najis yang keluar berwarna kehitaman atau bersama darah segar, kemungkinan berlaku pendarahan dalam perut. Anda dinasihatkan membawa segera kucing tersebut ke klinik veterinar untuk pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.

Jika masalah tersebut berlaku pada waktu malam atau masa kecemasan dan sukar mendapatkan rawatan di klinik veterinar, puasakan si comel dan bekalkan dengan air bersih bertapis dalam kuantiti yang banyak.

Jangan beri sebarang makanan kecuali dada ayam yang direbus tanpa sebarang rempah mahupun garam pada sebelah pagi dan malam sahaja.

Air bersih

Bekalan air bersih itu perlu sentiasa ada kerana cirit-birit mengakibatkan kehilangan cecair dalam badan pada kuantiti yang banyak.

Sekiranya, air yang dibekalkan tidak cukup, kucing akan lemah dan dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan kucing tersebut.

Keesokan harinya, jika cirit-birit masih berterusan, anda dinasihatkan membawa si comel ke klinik untuk tindakan dan rawatan daripada veterinar.

Di klinik, veterinar akan bertanyakan sejarah kesihatan kucing di rumah, status vaksinasi, pemakanan dan disusuli pemeriksaan fizikal. Pemeriksaan najis juga mungkin dilakukan bagi mengenal pasti atau mengesahkan punca jangkitan terutamanya jika veterinar mengesyaki ia berpunca daripada virus. Radiograf, ultrasound atau pemeriksaan darah juga mungkin dibuat jika masalah tersebut serius.

Dalam pada itu, tidak semua kucing berisiko mengalami cirit-birit. Bagaimanapun, ia masih bergantung pada penjagaan, pemakanan atau pengurusan yang anda amalkan.

Kucing berbulu panjang sering mengalami cirit-birit disebabkan masalah bulu yang berkumpul di dalam usus. Begitu juga, kucing liar mudah dijangkiti cirit-birit akibat jangkitan cacing atau virus berpunca daripada memakan sisa makanan dari tong sampah.

Sumber: Kosmo Online - Varia

03 January 2015

Serah Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Macam biasa menjelangnya 1 Januari setiap tahun, inilah tugas saya dang ebberapa staf Unit Pentadbiran. Berembun dan menanti cetusan bunga pagi menandakan telah masuk 1 Januari. Kali ini kami tidak sendirian sebaliknya YBhg Datin Pengarah dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan turut serta.

Bertambah ceria keadaan walaupun tengah malam. Tepat jam 11 malam, acara pertama iaitu memeriksa peralatan-peralatan keselamatan. Kelihatan Zailuddin mewakili Jabatan sedang menyemak senarai bersama dengan Encik Jasni mewakili pihak kontraktor.

Antara peralatan yang disemak dan diperiksa.

Kelihatan pegawai-pegawai dari syarikat kawalan keselamatan di lapangan sama-sama memeriksa peralatan keselamatan.