05 February 2016

Kita Berada di Akhir Zaman ke????: Tazkirah Pagi Jumaat

Gambar hiasan sahaja. Hanya Allah swt saja yang
mengetahui bagaimana keadaan akhir zaman. 
Rasanya ramai umat Islam yang percaya akan kedatangan akhir zaman atau kiamat. Kiamat boleh diterangkan sebagai berakhirnya kehidupan dunia yang Allah swt Sang Pencipta meminjamkan alam semesta ini untuk manusia dan semua ciptaannya tinggal, namun ianya bukannya kekal abadi. 

Bila akhir zaman itu akan tiba atau ada tanda-tandanya. Kita tak perlu gusar kerana junjungan kita Nabi Muhammad saw ada menitipkan pesan mengenai perkara ini.

Tentu ramai yang ingin tahu adakah kita sedang berada di akhir zaman?. Apakah tanda-tandanya? bagaimana kita perlu hadapi situasi ini jika benar-benar kita berada di akhir zaman. Sungguh sayang Allah swt dan Rasulallah saw kepada kita kerana meninggalkan pesanan dan tanda-tanda untuk kita hadapi zaman tersebut. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini melihat semula firmanNya dan ambil tahu akan sabdanya, semoga kita tidak sesat.

Berpegang kepada kedua-dua wasiat di atas, saya sangat yakin bahawa kita berada di akhir zaman. Terlalu banyak tanda-tanda akhirat kecil dan besar yang kita temui, namun ianya terletak ke atas diri kita sendiri untuk melihatnya secara total. Tetapi bukan semua antara kita yang sedar akan ketibaan akhir zaman beserta dengan tanda-tandanya, ini mungkin disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, rayuan syaitan, kealpaan dan keseronokan hidup dan cintakan dunia yang menyebabkan lupa akan kedatangannya. Semoga kita tidak menjadi kaum yang rugi dan kesuntukan masa.

Saya juga manusia biasa, ada kalanya terabai dan alpa kerana keindahan kehidupan dunia. Saya sendiri pun sangat bimbang untuk meninggalkan dunia ini tak tahu bila dan dalam keadaan bagaimana. Sekiranya saya bertemu juga dengan hari terakhir dunia ini, bagaimana pula keadaan diri saya? dalam barisan apakah saya nanti apabila dibangunkan semula? dapatkan saya akan syafaat Rasulallah saw? adakah Rasulallah akan tunggu saya hi hujung jambatan sirat? dan pelbagai persoalan yang timbul.

Aduhai sahabat-sahabatku, sama-samalah kita doakan agar kita dan keluarga serta orang dan haiwan kesayangan kita dipermudahkan sekiranya bertemu dengan hari itu.

Jumpa saya lagi nanti dalam tazkirah akan datang mengenai pesanan Rasulallah saw dan firman Allah swt mengenai tanda-tanda akhir zaman.

Walallah hualam dan Wasallam


No comments: