Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
23 October 2015
Deritanya Siapa Yang Rasa?
Semalam, iaitu pada 22 Oktober 2015 saya dan seorang staf saya Zafirah terpaksa menyelamatkan seekor anak kucing yang masih kecil. Kucing ini dijumpai oleh Zafirah di Wisma Negeri Melaka.
Dia menangis dan rasanya dalam kesakitan. Semasa saya dan Zafirah tiba anak kucing ini telah di letakkan oleh pengawal keselamatan Wisma tersebut ke tempat selamat daripada dilanggar oleh kenderaan ataupun terpijak oleh manusia yang mungkin tak perasan kerana kecilnya anak kucing ini.
Sedih saya melihatnya dengan muka dia yang comot diselaputi tahi mata dan kekotoran seluruh badan, saya dapati dia bermasalah dengan kaki belakang dia.
Saya bawa dia balik dan baru saya sedari kaki kiri dia mungkin cacat kekal tetapi dia mengalami kesakitan dari pangkal ekor hingga hujung. Apabila tersentuh dia menjerit sekuat hati.
Saya tak tahu nak buat apa hanya titikkan ubat urut dan spraykan acidic water dan berdoa agar Allah swt meredakan sakitnya. Sayunya hati tidak terkira mendengar suara halusnya merintih kesakitan.
Saya bersihkan muka dia, tapi tidak memandikan dia lagi kerana kesakitan yang dia alami tu. Saya bancurkan susu khusus untuk kucing dan berikan makanan biskut khusus anak kucing, emmm laparnya awak semua yang diberi dia habiskan.
Menjelang senja satu lagi masalah timbul, dia tak boleh nak buang air besar, mungkin kerana kurang air dalam badan, setiap kali dia masuk ke litter box yang disediakan dia hanya kencing sedikit dan menjerit bila meneran. Allahhu akbar kesihannya awak si anak kecil. Saya suapkan 4 ml air zamzam dan berdoa agar Allah swt memudahkan dia. Alhamdulillah selepas maghrib dia boleh buang air besar lebih kurang besar ibu jari kanak-kanak. Dan saya perhatikan dia tidur dengan lena sepanjang malam.
Pagi ini, sikecil buang air besar lebih kecil dan banyak sedikit tetapi masih keras. Mohon sama-sama doakan agar dia diberikan kesembuhan yang cepat oleh Allah swt. Aameen
Siapakah manusia durjana yang membuang sikecik ni, kurang sifat kemanusiaan dan kejam. Hanya Allah swt saja yang akan membalasnya.
Labels:
Aksi Kucing,
Kucing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment