30 October 2015

Dari Jendela: Suatu Tempat Cantik di KL

Cantik sungguh permandangan dari sini. Dapat melihat KL tetapi sayangnya masih lagi berjerebu jadi ada pandangan yang berbalam-balam.

Lokasinya? eeem rahsia, jadi jangan tanya

Lihat saya keindahan seni bina bangunan-bangunan yang berhampiran. bangunan dari mana saya aabil foto ini juga tidak kurang hebatnya.

27 October 2015

Si Lembut Mimi

Lebih sebulan saya tidak bersama Mimi dan adik-beradiknya bila saya balik mereka semua masih mngkenali saya lagi. 

Tapi kenapa muka Mimi masih bersedih kan mommy dah ada di rumah

Rindu pada mereka selama lebih sebulan

Lelap macam alim-alim kucing

26 October 2015

Dia Beransur Pulih

Alhamdulillah selepas 2 hari, anak kucing yang diselamatkan dari Wisma Negeri Melaka kelihatan beransur pulih. Dia dah mula biasa dengan tempat buang air dan kandang kecil ini. Kandang dia saya letakkan di tengah-tengah rumah di bawah kipas.

Walaupun susah nak berak tapi dia tetap berazam untuk hidup. Lihat saja mata si kecil ini seakan-akan berkata kasihankan saya dan selamatkan saya. Selepas dibersihkan mata dan hidungnya namapk comel dia, saya masih belum mandikan takut menjejaskan luka-luka di bahagian punggung dan ekor dia.

Bila malam saya tinggalkan dia di tengah-tengah rumah dan dia mula mengeow dengan kuat, hari berikutnya saya bawa masuk ke dalam bilik tidur saya tetapi masih tidur di dalam sangkar kecilnya.

Dah macam kucing besar, dia nak makan di luar kandang.

23 October 2015

Deritanya Siapa Yang Rasa?


Semalam, iaitu pada 22 Oktober 2015 saya dan seorang staf saya Zafirah terpaksa menyelamatkan seekor anak kucing yang masih kecil. Kucing ini dijumpai oleh Zafirah di Wisma Negeri Melaka.

Dia menangis dan rasanya dalam kesakitan. Semasa saya dan Zafirah tiba anak kucing ini telah di letakkan oleh pengawal keselamatan Wisma tersebut ke tempat selamat daripada dilanggar oleh kenderaan ataupun terpijak oleh manusia yang mungkin tak perasan kerana kecilnya anak kucing ini.

Sedih saya melihatnya dengan muka dia yang comot diselaputi tahi mata dan kekotoran seluruh badan, saya dapati dia bermasalah dengan kaki belakang dia.

Saya bawa dia balik dan baru saya sedari kaki kiri dia mungkin cacat kekal tetapi dia mengalami kesakitan dari pangkal ekor hingga hujung. Apabila tersentuh dia menjerit sekuat hati.

Saya tak tahu nak buat apa hanya titikkan ubat urut dan spraykan acidic water dan berdoa agar Allah swt meredakan sakitnya. Sayunya hati tidak terkira mendengar suara halusnya merintih kesakitan.

Saya bersihkan muka dia, tapi tidak memandikan dia lagi kerana kesakitan yang dia alami tu. Saya bancurkan susu khusus untuk kucing dan berikan makanan biskut khusus anak kucing, emmm laparnya awak semua yang diberi dia habiskan.

Menjelang senja satu lagi masalah timbul, dia tak boleh nak buang air besar, mungkin kerana kurang air dalam badan, setiap kali dia masuk ke litter box yang disediakan dia hanya kencing sedikit dan menjerit bila meneran. Allahhu akbar kesihannya awak si anak kecil. Saya suapkan 4 ml air zamzam dan berdoa agar Allah swt memudahkan dia. Alhamdulillah selepas maghrib dia boleh buang air besar lebih kurang besar ibu jari kanak-kanak. Dan saya perhatikan dia tidur dengan lena sepanjang malam.

Pagi ini, sikecil buang air besar lebih kecil dan banyak sedikit tetapi masih keras. Mohon sama-sama doakan agar dia diberikan kesembuhan yang cepat oleh Allah swt. Aameen

Siapakah manusia durjana yang membuang sikecik ni, kurang sifat kemanusiaan dan kejam. Hanya Allah swt saja yang akan membalasnya.

21 October 2015

Selamat Ulang tahun Kelahiran Sayang

Selamat Ulang Tahun ke2 untuk Si Baby aka Abnag dan Si Adik. Alhamdulillah kedua-dua mereka membesar dengan sihat dan walafiat. Pada tanggal 18 Oktober 2015 yang lalu genaplah umur mereka 2 tahun. Nyenyaknya mereka tidur di hari ulang tahun mereka. Kucing apalah tahun betul tak? Tapi saya rasa gembira melihat mereka membesar tanpa masalah.

Hanya Adik yang semakin menunjukkan dia dah besar dan bujang serta rumah ini di bawah kekuasaan dia. Puas memujuk Adik supaya lebih bersabar dab bertimbang rasa, tapai apakan daya dia hanya seekor kucing yang tak mungkin faham abhasa manusia. Tapi saya doakan agar ALlah swt menyampaikan rasa hati saya kepada dia.

Maaf ya sayang, mommy tak sempat belikan hadiah hari jadi....

20 October 2015

Sejarah Haji Malaysia

Maklumat di bawah memang sangat berguna dan sukar untuk diperoleh. nasib baik ada seorang sahabat fb yang berkongsi maklumat ini.

Catatan awal menyatakan Sultan Mansur Shah berhasrat ke Tanah Suci tetapi mangkat sebelum dapat menunaikannya

IBADAT haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya.

Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.

Pengamal perubatan Portugis, Tom Pires mencatatkan dua pemerintah Melaka ada menyatakan hasrat ke Makkah iaitu Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456-1477 Masihi atau 860-881 Hijrah dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488 Masihi/ 881-893 Hijrah). Namun, kedua-duanya tidak dapat meneruskan niat mereka kerana mangkat.

Dalam catatan itu, Tom Pires menjelaskan kedua-dua pemerintah sudah membuat persediaan, termasuk menyediakan emas yang berganda jumlahnya dan mempersiapkan kapal untuk pelayaran menunaikan haji.

Catatan Tom Pires bagaimanapun, tidak boleh dianggap sebagai rekod terawal berkaitan pelayaran masyarakat Melayu menunaikan haji ke Makkah kerana ibadah haji itu sendiri adalah satu kewajipan yang dilaksanakan umat Islam.

Catatan yang tidak kurang penting mengenai jemaah haji dari Kepulauan Melayu ialah perjalanan ilmuwan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada 19 Masihi (13 Hijrah).

Tok Kenali berasal dari Kelantan melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia 18 tahun. Dicatatkan beliau mengambil masa enam bulan untuk sampai ke Makkah. Tok Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Makkah bagi menuntut ilmu, di samping menunaikan umrah dan haji.

Beliau kemudian kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun dan mengasaskan pusat pengajian Islam. Selain beliau, beberapa ilmuwan Islam di Kepulauan Melayu yang terkenal ialah Hamzah Fansuri yang belayar ke Makkah pada akhir abad ke 16 Masihi (10 Hijrah) dan Abdul Rauf Singkel menunaikan haji pada 1643 Masihi (1052 Hijrah).

Apabila tiba abad ke 19 dan 20 Masihi, muncul bukti yang lebih banyak berkaitan aktiviti mengerjakan haji masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak artifak, manuskrip, bahan bercetak dan gambar direkodkan orang Melayu yang pergi ke Makkah menunaikan haji.
Cendekiawan Malaya Harun Aminurashid bergambar di atas kapal ketika menunaikan haji pada 1960.

Antara catatan yang menarik dihasilkan Munsyi Abdullah seorang terpelajar berasal dari negara ini yang menceritakan dengan teliti pelayarannya ke Tanah Suci pada 1854 Masihi (1270 Hijrah) melalui Hikayat Pelayaran Abdullah.

Selepas itu ramai cendikiawan Melayu dan golongan terpelajar yang pernah ke Makkah menunaikan haji dan umrah mengabdikan pengalaman mereka dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain.

Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan.

Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi.

Harun menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara petikan berkenaan ialah: “susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal…orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar… di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat…kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”

Selain Harun, ada beberapa tulisan lain yang menceritakan keterujaan mereka menunaikan haji serta gambaran perjalanan ke Tanah Suci seperti Jaafar Jusoh Al Haj (Perihal Pemergian ke Mekah dan Madinah yang diterbitkan pada 1937 Masihi (1355 Hijrah) dan Haji Ismail Haji Ishak dalam bukunya bertajuk, Ke Mekah Mengikut Jalan Darat (1975 Masihi/ 1394 Hijrah) .

Selain catatan perjalanan, ada juga ditemui penulisan jemaah haji berkisar mengenai perasaan, pandangan dan pemikiran mereka terhadap apa yang berlaku sepanjang perjalanan yang dipersembahkan dengan gaya tersendiri, termasuk karya seni seperti puisi, lukisan dan poster.

Dicatatkan seorang jemaah haji yang tidak diketahui identitinya mengubah nazam menceritakan perjalanannya dari Kedah ke Makkah.

Dalam nazam tulisan jawi itu, penulis menyatakan tiga bulan dari Kedahlah dan kurang, Pelayaran kapal tatkala menyeberang, Jikalau angin dari belakang sampai ke Jeddah (laut) yang tenang…Dua malam tuan sudah di Jeddah hendak berjalan pula ke Makkah disewalah unta mana yang mudah kecil sedikit daripada gajah…”

Di akhir nazam dinyatakan 120 rahmat ke atas Kaabah iaitu 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang bersembahyang dan 20 bagi yang melihatnya.

Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan.

Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi.

Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah.

Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.

INFO: Kapal haji

# Mendam Berahi (abad ke-15)

# Subulus Salam (1854),

# Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)

# Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)

# Prometheus (1950-an),

# Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).

Peristiwa 1947

# 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.

# Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.

# Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur’.

# Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan’ kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.

# Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan’ selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.

IBADAT haji menghimpunkan umat Islam tidak mengira warna kulit, latar belakang, keturunan dan lokasi ke satu tempat paling suci di tanah Arab iaitu Makkah.

Peredaran zaman menyaksikan perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan haji melalui fasa perubahan daripada keperitan dan kesusahan kepada lebih mudah dan singkat untuk ke kota suci berkenaan.

Pada waktu dulu, ibadat haji hanya boleh dicapai mereka yang berhati cekal kerana banyak pengorbanan yang terpaksa di buat.

Pengalaman jemaah ke Makkah

# Penyair Parsi yang juga ahli falsafah Isma’ili, Naser Khosraw berasal dari Iran menceritakan beliau menyertai kumpulan karavan, suatu yang biasa pada zaman itu bagi perjalanan jauh untuk menunaikan haji.

Beliau dalam bukunya Safarnama menceritakan mengembara selama tujuh tahun dari 1046 Masihi (437 Hijrah) hingga 11 Masihi (443 Hijrah) menjelajahi bandar Islam sebelum sampai di Makkah untuk menunaikan haji.

Ditemani saudara lelaki dan pembantunya bergerak melalui Nishapur, Tabriz, Aleppo, Baitul Maqdis dan destinasi terakhir Makkah. Perjalanan itu adalah titik perubahan kerohanian Naser yang mana dalam usia 42 tahun, beliau mengambil keputusan meninggalkan kehidupan bangsawan dan menuju ke Kaherah untuk menjadi ulama.

# Penyair dan ilmuwan Sepanyol dari Granada, Ibnu Jubayr atau nama sebenarnya Abu Al-Husayn Ibnu Jubayr menceritakan kesukaran diganggu Tentera Salib dan perompak yang memang suka menjadikan rombongan karavan haji sebagai mangsa. Dicatatkan kepayahan rombongan haji yang disertainya berdepan kehadiran Tentera Salib Reynald de Chatillon iaitu pasukan yang dilatih khusus menyerang karavan haji.

Dalam catatan itu, diceritakan, rombongan terpaksa menggunakan unta menuju ke selatan Kaherah untuk ke Pelabuhan Aydhab di laut Merah sebelum ke Jeddah untuk ke Makkah.

# Pengembara Islam, Ibn Battutah menulis mengenai pengalamannya ke Makkah yang penuh berliku. Beliau mencatatkan bersendirian menyusuri laluan pinggir pantai dengan menunggang unta dan kuda sebelum menyertai karavan jemaah haji di Libya.
Lady Evelyn Zainab Murray Cobbold

Lapan bulan kemudian beliau tiba di Makkah bersama jemaah lain pada 1326 Masihi (726 Hijrah) dan Makkah sering menjadi tempat persinggahan beliau sepanjang pengembaraannya. Banyak yang dikongsikan Ibn Battutah sepanjang perjalanannya, begitu juga kisah dan gambaran beliau mengenai Makkah.

# Laksamana Zheng He atau lebih dikenali Laksamana Cheng Ho yang berkhidmat di bawah Dinasti Ming juga melalui kesukaran sepanjang perjalanan menunaikan haji. Zheng He, laksamana angkatan laut yang pernah mengetuai tujuh misi diplomatik negaranya dari 1405-1433 Masihi (807-836 Hijrah) menyifatkan pengembaraan ke Makkah sebagai satu yang menakjubkan, dan tiba di Makkah pada pelayaran ketujuhnya, 1423-1433 M (835-836 Hijrah). Namun, wujud percanggahan pendapat antara cendikiawan dan sejarawan sama ada Zheng He benar-benar menunaikan haji atau sekadar singgah di Makkah.

# Pengembara Itali, Ludovico Di Varthema menjadi orang Eropah pertama menceritakan pengalamannya ke Makkah mengerjakan ibadat haji dalam karya bertajuk Itinerario (Itinerary – jadual perjalanan).

Status keislaman Varthema juga diragui, namun beliau berjaya menyertai angkatan tentera Mamluk yang bertanggungjawab mengiringi karavan haji ke Tanah Suci pada 1503 Masihi (908 Hijrah). Ketika dalam perjalanan dari Damsyik ke Makkah beliau merekodkan halangan yang terpaksa ditempuhi jemaah haji di tengah padang pasir.

# Wartawan Sepanyol, Muhammad Asad dari Galicia menulis pengalaman menunaikan haji bersama isterinya Elsa dengan kapal laut dari Mesir ke Jeddah.

Beliau menceritakan jemaah haji berasak-asak di atas kapal, disertai laungan ‘labayk, Allahumma, Labayk’ yang bersahut-sahutan. Jemaah haji Mesir dan Afrika Utara memenuhi setiap ruang dan sudut dalam kapal dengan berhimpit-himpit.

# Satu lagi catatan zaman moden ditulis Lady Evelyn Zainab Murray Cobbold (1867-1963 Masihi (1283-1382 Hijrah). Beliau dipercayai wanita Eropah pertama merekodkan pengalamannya mengerjakan haji.

Lady Evelyn anak sulung Earl of Dunmore yang dipercayai memeluk Islam sejak kecil memulakan perjalanan secara sendirian ke Makkah menaiki kapal laut di Kaherah ke Pelabuhan Jeddah pada usia 66 tahun dan diberi kebenaran masuk ke kota suci itu oleh Raja Abdul Aziz Ibn Saud pada 15 Zulkaedah 1351 Hijrah bersamaan 12 Mac 1933.

Beliau yang mengembara menggunakan kereta Ford kecil menceritakan 10 hari masa yang diambil oleh unta untuk menamatkan perjalanan antara Madinah dan Jeddah , tiga minggu bagi pejalan kaki yang bergerak pada waktu malam.

# Pengembara haji, Malcom X, berketurunan Afrika-Amerika yang mengerjakan haji pada 1964 menceritakan cabaran sebagai warga negara Amerika Syarikat yang mahu menunaikan haji sehingga terkandas 20 jam apabila tiba di Jeddah. Beliau yang lengkap memakai ihram tidak dibenarkan masuk kerana diragui keislamannya.

Beliau akhirnya dibenarkan masuk ke Makkah, malah menjadi tetamu pemerintah Arab Saudi, Putera Feisal. Malcom memberitahu beliau mempelajari solat yang betul dan merasai semangat ummah (persaudaraan Islam) dalam tahanan 20 jam itu.

sumber: Berita Harian, 8 Nov 2009 | 20 Zulqaedah 1430