12 February 2016

Rasulallah saw Pesan Mengenai Tanda-Tanda AKhir Zaman

Kalau dulu sahabat-sahabat baginda Rasulallah saw pernah bertanya kepada baginda mengenai ketibaan hari akhirat dan baginda menjawab sudah hampir ketibaannya akhirat itu. Kini selepas 1,400 tahun kewafatan baginda Rasul

Siapakah agaknya kaum yang benar di akhir zaman nanti? Adakah mereka yang ramai atau mereka yang sedikit. Hadis daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” Hadis ini memperlihatkan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah,

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing" Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud: “Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.”Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: “Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.

Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Perkara ma’ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w? Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat? Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (H.R. Ahmad) Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang. “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)

09 February 2016

Bujang Nak Bawa Ke Mana Jubah Mommy Tuuuuu

Suatu pagi yang nyaman, hari Sabtu rasanya, saya keluarkan sehelai jubah yang saya beli di Mekah untuk disingkatkan. Elok-elok jubah tersebut dibentang ramai pula yang terus berbaring dengan selesa.

Lain halnya dengan si Bujang, dia terus menggigit hujung lengan jubah dan menggonggong dan mengheret jubah tersebut menuju ke dapur. Terkejut emak saya melihatkan aksi si Bujang. 

Bila dah sapai ke pintu menuju ke dapur, dia lepaskan jubah tersebut dan terus berbaring di atas jubah itu, rupanya dia nak kuasai keseluruh jubah tu untuk diri sendiri.

Namun keselesaan Bujang tidak lama, kerana Tuah Fitri dan Hero datang untuk berkongsi sama. Inilah gelagat anak-anak saya yang pantang bila saya bentangkan sesutu di atas lantai dalam sekelip mata mereka dan berkumpul. Apa nak buat biarkan je la....

08 February 2016

Jubah Mommy Jadi Sasaran

Macam yang saya pernah ceritakan dulu, kucing-kucing saya ni pantang jika kita bentangkan sesuatu di atas lantai, dengan segera mereka dan memilikinya dan tanpa segan silu terus berehat dan bersenang lenang di atasnya.

Itulah juga yang berlaku apabila saya nak pendekkan jubah yang saya baru beli. Bujang dan Hero yang merasmikannya siap Hero tidur dengan lena..

Bujang tentunya tidak puas hati kerana dia tak dapat duduk sepenuhnya di atas jubah itu.

Bujang sedang berfikir macam mana nak halau Hero dari jubah mommy. Kita tengok apa yang akan dilakukan oleh Bujang.

07 February 2016

Lawatan Tapak ke Stor Eksibit

Lawatan Tapak pertama bagi perolehan semenjak saya bertugas di KPDNKK Melaka. Dan ianya juga merupakan perolehan yang dilaksanakan melalui ePerolehan (eP) secara total.

Tak sangka hairin melebihi yang dijangkakan, rupanya ramai usahawan Melayu negeri ini yang celik IT jika tidak tak mungkin mereka tahu akan lawatan tapak dan sebutharga yang dikeluarkan.

Perkhidmatan ini bukannya besar pun kerana opis kami pun kecil. 

Encik Fauzi, pegawai stor eksibit sedang menerangkan perkara-perkara utama dalam perkhidmatan kelak. Kepada semua yang sudi mengambil bahagian saya ucapkan selamat berjaya, kepada yang tidak terpilih jangan hampa dan cuba lagi.

06 February 2016

Cak Cak Tak Nampak Hero


Hero dah besar dan dah bijak. Hero suka tidur atas katil dan bersembunyi di dalam selimut mommy. Kadang-kala tak sampai hati nak kejutkan Hero bila dia dah lelap. Besarnya biji mata Hero memerhatikan pergerakan mommy.

Mata dah kecil sedikit

Lagi kecil dan dia dah tersorok... Cak cak nampak tak Hero

Mata putih dan nak tutup mata hitam, tandanya Hero dah hampir nyenyak

Hero dah diulit mimpi. Masa ni belum lagi jam 10 malam... nampaknya tengah malam ada yang terpaksa melayan Hero bermain. Sapa yang jadi mangsa nanti.

05 February 2016

Kita Berada di Akhir Zaman ke????: Tazkirah Pagi Jumaat

Gambar hiasan sahaja. Hanya Allah swt saja yang
mengetahui bagaimana keadaan akhir zaman. 
Rasanya ramai umat Islam yang percaya akan kedatangan akhir zaman atau kiamat. Kiamat boleh diterangkan sebagai berakhirnya kehidupan dunia yang Allah swt Sang Pencipta meminjamkan alam semesta ini untuk manusia dan semua ciptaannya tinggal, namun ianya bukannya kekal abadi. 

Bila akhir zaman itu akan tiba atau ada tanda-tandanya. Kita tak perlu gusar kerana junjungan kita Nabi Muhammad saw ada menitipkan pesan mengenai perkara ini.

Tentu ramai yang ingin tahu adakah kita sedang berada di akhir zaman?. Apakah tanda-tandanya? bagaimana kita perlu hadapi situasi ini jika benar-benar kita berada di akhir zaman. Sungguh sayang Allah swt dan Rasulallah saw kepada kita kerana meninggalkan pesanan dan tanda-tanda untuk kita hadapi zaman tersebut. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini melihat semula firmanNya dan ambil tahu akan sabdanya, semoga kita tidak sesat.

Berpegang kepada kedua-dua wasiat di atas, saya sangat yakin bahawa kita berada di akhir zaman. Terlalu banyak tanda-tanda akhirat kecil dan besar yang kita temui, namun ianya terletak ke atas diri kita sendiri untuk melihatnya secara total. Tetapi bukan semua antara kita yang sedar akan ketibaan akhir zaman beserta dengan tanda-tandanya, ini mungkin disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, rayuan syaitan, kealpaan dan keseronokan hidup dan cintakan dunia yang menyebabkan lupa akan kedatangannya. Semoga kita tidak menjadi kaum yang rugi dan kesuntukan masa.

Saya juga manusia biasa, ada kalanya terabai dan alpa kerana keindahan kehidupan dunia. Saya sendiri pun sangat bimbang untuk meninggalkan dunia ini tak tahu bila dan dalam keadaan bagaimana. Sekiranya saya bertemu juga dengan hari terakhir dunia ini, bagaimana pula keadaan diri saya? dalam barisan apakah saya nanti apabila dibangunkan semula? dapatkan saya akan syafaat Rasulallah saw? adakah Rasulallah akan tunggu saya hi hujung jambatan sirat? dan pelbagai persoalan yang timbul.

Aduhai sahabat-sahabatku, sama-samalah kita doakan agar kita dan keluarga serta orang dan haiwan kesayangan kita dipermudahkan sekiranya bertemu dengan hari itu.

Jumpa saya lagi nanti dalam tazkirah akan datang mengenai pesanan Rasulallah saw dan firman Allah swt mengenai tanda-tanda akhir zaman.

Walallah hualam dan Wasallam


04 February 2016

Birthday Pengarah KPDNKK Negeri Melaka


Pada 28 Januari 2016 yang lalu adalah hari ulang tahun kelahiran bos kami, iaitu Pengarah KPDNKK Melaka.  Pada sebelah pagi Pengarah kami menghadiri perasmian Free Port di A Farmosa Melaka, jadi sambutan hari ulang tahunnya terpaksa diadakan pada sebelah petang.

Inilah lima jenis kek hari jadi yang dibeli dari Secret Recepies di sini. Kek ini sudah pasti mencukupi untuk semua warga kami.

Sebelum lilin ditiup dan niat disampaikan ke hadrat Illahi, doa dibacakan oleh En. Idris, pegawai penguatkuasa memohon ke hadrat Allah swt permintaan yang baik-baik untuk bos dan keluarganya serta warga KPDNKK Melaka amnya. Semoga Bos kami dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan keluarga yang bahagia.


03 February 2016

Ms Lulu dan Acik Berpantang

Ms Lulu selepas di'neutered'kan. Vet Jasin melaksanakan tugas neutered kucing betina di atas perut sebelah kiri. Jadi apabila kucing duduk di atas perut tidak terkena dengan bekas jahitan pembedahan tersebut.

Namun bekas pembedahannya agak panjang juga. Acik baru sedar dari bius dan masih lagi tidak sedar sepenuhnya.

Kedua-duanya dalam keadaan sihat dan kini dah baik pun. Bekas benang jahitan dah tercabut pun. Tinggal 2 ekor lagi yang belum disunatkan.