25 July 2015

Tuah Fitri

Inilah dia anak kucing yang saya selamatkan pada 1 Syawal yang lalu. Masa tu saya bersama dengan adik-adik saya Hj Nan, Shima dan Ain dalam perjalanan balik dari membeli durian, maklumlah sepanjang bulan puasa kami sekeluarga cuba tidak makan durian dengan kerap walaupun sangat teringin.

Selepas selesai makan dan membeli durian, kami bertolak untuk pulang ke rumah, Ain memandu kereta dan dia mengekori sebuah lagi kenderaan, di belakang kereta Ain ada sebuah Toyota Camry juga tidak laju. Saya perhatikan seperti ada plastik hitam yang berbuai-buai di bawah kereta di hadapan kami, tak lama kemudian 'plastik' tu jatuh barulah saya sedar rupanya yang saya sangkakan plastik adalah seekor anak kucing yang sangat kecil. Tuhan jadikan perasaan semulajadi kucing ini berlari ke tepi jalan dan bukan sebaliknya sebaik sahaja dia terjatuh dari kereta. Alhamdulillah kesemua kenderaan tidak melanggar anak kucing tersebut. 

Saya minta adik saya berhentikan kereta supaya saya dapat mengambil anak kucing yang malang itu. Semasa saya memungut dia, dia diam saja agaknya masih terkejut. Saya peluk dia dan masuk ke dalam kereta, barulah dia mula mengeow... Inilah rupa anak kucing tersebut, kerana tuah dia saya namakan di Tuah Fitri. Tuah telah menjadikan kucing saya  sebanyak 13 ekor semuanya.

No comments: