Group kami bertola dari Jeddah ke KLIA kira-kira jam 6.30 petang pada 31 Mei 2011, dan tiba di KLIA jam 8.05 pagi pada 1 Jun 2011. Adik saya Azmee dan keluarganya menunggu kami di KLIA. Pada masa itu say dan ibu dalam kandungan sihat walafiat. Apabila tiba di rumah adik saya Azmee di Bangi kira-kira jam 11.00 pagi kami breakfast dan kemudiannya tiba adik ipar ku Shima dan anaknya Ammar dari Kota Tinggi, diikuti pula dengan ketibaan adikku Azman.
Agak petang baru kami bertolak ke rumah saya. Kami semua dalam keadaan sihat walafiat. Keesokkan harinya aku mula memunggah beg, menyimpan dan mencuci pakaian, memandangkan ibuku dan adik iparku berhasrat nak balik ke Melaka keesokan harinya. Agaknya disebabkan cuaca yang agak panas dan tidak rehat aku diserang demam panas sehingga kini.
Cadang untuk menulis terpaksa saya tangguhkan. Harap-harap Allah memberikan kesihatan yang baik supaya saya dapat mula bertugas pada 6 Jun 2011. Doakan saya sihat. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment