Takkan Melayu hilang di dunia - itu adalah kata-kata Tun Tuah (Laksamana Hang Tuah - pahlawan Melayu di Zaman Kesultanan Melayu Melaka), tetapi benarkan Melayu tak kan hilang?
Sukar untuk dipastikan kerana jika kita susun semula kronologi perkembangan masyarakat Melayu atau nama MELAYU itu sendiri, ada kemungkinan bangsa Melayu atau perkataan Melayu hanya akan kekal dalam buku sejarah sahaja.
Itu pun jika ada insan-insan yang teringat untuk mengabadikan nama Melayu dalam media. Kini nama Tanah Melayu (Malay Land) masih kekal terletak kuat pada badan-badan keretapi api di Malaysia dan di atas beberapa buku sejarah yang tidak popular. Tak tahulah sampai bila nama itu mampu terlekat kuat pada besi-besi keretapi tersebut, bagi buku-buku sejarah lama mungkin selepas sekian lama, maka akan terhapuslah nama tersebut. Kan bagus jika negara ini masih dikekalkan dengan nama Tanah Melayu.
Awal kata, izinkan saya menyusun jari sepuluh untuk mohon maaf jika kata-kata saya nanti akan membuatkan seseorang terasa hati atau merasa kurang senang. Ini adalah tindakan spontan dari saya apabila terbaca artikel daripada beberapa orang yang mendakwa rakyat Malaysia, cuba menghangatkan sentimen perkauman dengan mencabar Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan yang dibaca oleh generasi sebelum dan selepas kemerdekaan akan mempunyai pengertian yang berbeza. Agak sukar untuk menyalahkan individu dalam perkara ini, memang tiada siapa yang mengaku diri mereka bersalah. Oleh yang demikian pada pandangan saya, Kerajaan kita perlu mengambil suatu langkah yang sangat aktif untuk melihat mengapa terdengar rasa tidak puas hati daripada rakyat-rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu.
Negara ini pernah mengalami beberapa insiden tentang isu ini, kalau generasi yang berumur emas dan pertengahan mungkin masih lagi ingat akan kejadian 13 Mei, kini ada pula insiden Hanraf - kenapa agaknya timbulnya isu ini? pernahkah cerdik pandai negara memikirkan suatu resolusi yang perlu ditangani dari awal perkembangan rakyat lagi, maksud saya dari bangku sekolah.
Saya agak bimbang dengan perkembangan seperti ini, ianya umpama api dalam sekam, membakar tanpa disedari. Pada pandangan saya suatu kajian semula silibus pelajaran sejarah tanah air perlu dilaksanakan dan pengenalan sejarah mengenai perjalanan rakyat (seperti Datok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan ramai lagi) mengharungi ranjau dan duri untuk mencapai kemerdekaan juga tidak perlu lagi disorok.
Kajian ini dilihat sangat perlu pada masa kini kerana terdapat ramai rakyat Malaysia yang mula lupa akan sejarah awal kemerdekaan Tanah Melayu, seawal kemasukan penjajah di bumi Melaka semasa zaman pemerintahan Kesulatanan Melayu Melaka dan seterusnya diikuti oleh penjajah British yang bertanggungjawab mengubah bentuk pemerintahan Tanah Melayu. Yang hairannya British masih mengekalkan negaranya sebagai tanah orang Inggeris - English Land (England). Dengan adanya sejarah awal Tanah Melayu diharap ianya dapat difahami oleh semua rakyat di Malaysia terutamanya generasi muda.
Pada saya hanya dengan mengetahuai asal usul negara ini, maka struktur rakyat yang berbagai kaum ini akan dihargai dan dikasihi oleh semua - untuk menjaganya semua rakyat akan bertindakan bersama-sama, dan insyallah keamanan negara ini akan dapat dikekalkan.
Tidak ramai generasi muda negara ini yang betul-betul mengetahui asal usul negara ini sehingga kemerdekaan dicapai tanpa menitiskan darah (perkara ini sangat dimegahkan oleh pemimpin yang meneragui kemerdekaan Malasyia - harapnya sehingga bila-bila tiada darah yang menitis kerana isu yang saya pandangan sangat remeh). Itu memang betul, tetapi gerakan untuk mencapai kemerdekaan telah bermula lebih awal lagi dan pertumpahan darah pernah terjadi. Pahlawan seperti Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan ramai lagi tidak patut dipadamkan daripada sejarah atau sejarahnya diremehkan atau disentuh secara lewa atau dikenali sebagai pengkhianat. Memanglah pahlawan pada masa itu adalah orang Melayu seiring dengan nama negara ini iaitu Tanah Melayu, kalau bukan orang Melayu siapa yang akan mempertahankan negara ini, kalau berlaku sesuatu kepada negara ini, orang Melayu nak ke mana????????.
Apabila British memasuki negara ini, ramai buruh daripada India dan China dibawa masuk untuk mengeluarkan segala hasil negara ini seperti getah dan bijih besi. Biasalah orang Melayu masa itu merasakan mereka adalah tuan, dan bangsa lain yang dibawa masuk adalah pendatang (situasi yang serupa dengan PATI sekarang ini). Tetapi apabila negara ini menuntut kemerdekaan, British yang bertanggungjawab membawa masuk orang China dan India telah meletakkan syarat supaya Duli Raja-Raja Melayu menerima kedua-dua bangsa ini sebagai rakyat. Apa nak buat kerana keinginan kemerdekaan yang kuat, maka rakyat Tanah Melayu mengandungi bangsa China dan India selain dari Melayu.
Bagi menjaga kepentingan orang Melayu yang merupakan bangsa asal negara ini maka Perlembangaan Persekutuan diwujudkan dengan menerangkan hak keistimewaan orang Melayu. Rakyat perlu berterima kasih kepada Duli Raja-Raja Melayu kerana kesudian Duli Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu menerima kedua-dua bangsa ini dan berkongsi kekayaan negara ini bersama, sebagai balasan mereka perlulah memahami inspirasi Perlembagaan ini, malangnya sudah terdengar suara yang cuba mencabar Perlembagaan dan cuba untuk menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Sedih dan sangat sedih.
Saya beri contoh dalam skala yang sangat kecil - kita membenarkan sebuah keluarga menumpang di rumah kita, selepas 30 tahun, anak mereka yang menumpang menuntut kesamaan hak atas rumah dan harta tuan rumah hingga mencetuskan salah faham, anak-anak ini tidak mengetahui (kerana tidak diceritakan oleh ibubapa mereka) bahawa yang sebenarnya mereka menumpang di rumah tersebut. Cuba kita lihat pula di negara India dan di negara China, adakah orang Melayu yang menjadi rakyat di sana ada kemungkinan diberi hak untuk memiliki aset atau tanah di negara-negara tersebut dengan sewenang-wenangnya? Jawablah sendiri.
Baik!!! saya nak tanya - pernahkah Kerajaan membuat bancian mengenai pemilikan tanah mengikut bangsa di negara ini, adakah perbandingan pemilikan tanah daripada tahun 1956 hingga sekarang? Agaknya dalam tempoh 10 tahun lagi, iaitu tahun 2020 apa jadi dengan nasib orang Melayu? mungkin statistik menunjukkan orang Melayu ramai berkumpul di taman-taman kos rendah dan sederhana saja?. Kini pun telah terbukti bahasa orang Melayu ramai mendiami rumah-rumah pangsa yang tidak mempunyai tanah... kemana tanah yang mereka warisi dari nenek moyang mereka dulu pergi? Teringatkan lirik lagu "Anak Kecil main Api".
Agaknya di mana kelemahan kita? yang saya nampak mungkin kita tidak ada ahli sejarah bangsa Melayu atau pakar sejarah orang Melayu lebih pakar dalam sejarah bangsa dan tamadun bangsa lain. Pikir-pikirkan lah wahai rakyat Malasya dan khususnya orang Melayu. Jangan merempat dan terbuang di negara sendiri.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
15 September 2010
Aidilfitri Tanpa Ayahanda Tercinta
Aildilfitri 2010 merupakan tahun kedua berhari raya tanpa ayah di sisi, walau bagaimanapun kami mengunjungi pusara ayahanda selepas solat sunat Aidil Fitri untuk beraya bersama ayah. Semoga Allah mencucuri rahmat yang tak terhingga ke atas roh ayah dan menempatkan ayah bersama para rasul dan nabi yang dicintai-Nya. Amin
Kami sangat merindui ayah. Ayah akan tetap dalam ingatan kami semua. Doa untuk ayah tak akan putus dari kami emak, anak-anak dan zuriat ayah.
08 September 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Sempena Aidil Fitri yang akan menjelang dalam 2 - 3 hari lagi, saya ingin memohon ampun dan maaf daripada semua sanak saudara, sahabat handai dan semua yang mengenali saya. Lumrah manusia memang tak lekang dari berbuat kesilapan sama ada sengaja atau tidak. Walau bagaimanapun, setelah sedar kesilapan yang dilakukan, eloklah kalau kita memohon ampun dan maaf.
Kepada yang memandu, pandulah berhati-hati, kenderaan memang banyak di jalan raya. Kita tak dapat nak membaca fikiran orang lain, jadi berdoalah supaya kita selamat dalam perjalanan.
Selepas beraya di kampong, jangan lupa balik semula untuk bertugas.
Kepada yang memandu, pandulah berhati-hati, kenderaan memang banyak di jalan raya. Kita tak dapat nak membaca fikiran orang lain, jadi berdoalah supaya kita selamat dalam perjalanan.
Selepas beraya di kampong, jangan lupa balik semula untuk bertugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)