Mak adalah teman saya yang sangat setia, semua kursus haji yang saya hadiri, pastinya emak akan ada sama walaupun kali ini emak tidak mengerjakan haji. Selalunya saya dan emak adalah orang terawal yang tiba. Selepas menunaikan solat sunat emak akan berwirit dan berzikir sementara menunggu kelas bermula.
Sabar dalam menimba ilmu, semoga Allah Taalah mengurniakan ilmu tersebut untuk dipraktikkan dengan sempurna. In Sha Allah.
Buku panduan yang digunakan dalam KAH kali ini. Buku ini disediakan oleh Lembaga Tabung Haji.
No comments:
Post a Comment