Pages

14 April 2015

Novel : Sutera Bidadari - RAM


Baru sekejap tadi saya menamatkan novel yang bertajuk Sutera Bidadari, karya Saudara RAM. Ini merupakan novel kelima dalam siri cheritera Bagaikan Puteri. Kali ini RAM seakan-akan membayangkan akan kematian Laksamana Sunan (LS), tetapi sehingga ke hujung novelnya tiada kata-kata RAM yang menerangkan saat roh LS bercerai dengan jasadnya. Adakah LS telah diambil oleh Penciptanya semasa mereka masih lagi di negara Drakula atau dalam perjalanan ke Lisbon. Tetapi cara doa oleh Saifulallah begitu merentap jiwa saya. Novel kali ini benar-benar menduga pembacanya. Jika ikut hati memangnya kita tak sanggup untuk meniti baris-baris perkataan yang menceritakan kematian LS.

Pendapat saya RAM tidak boleh menamatkan siri ini begitu saja. RAM perlu menjelaskan kepada kami siapa Sang Dewi? bagaimana LS boleh mengatakan bahawa Sang Dewi itu adalah Sang Ratna Ratu, armarhum isterinya, bagaimanpun Ratna boleh hudup semula? Bukankah Ratna adalah anak yang dipungut oleh Ananta atau Maharani Pulau Utara, kenapa pula Sang Dewi boleh menjadi mangsa sumpahan Maharani? ataukah Ratna mempunyai kembar iaitu Sang Dewi? saya juga tertanya-tanya apakah bangsa Polip itu?

RAM! tolong leraikan kekusutan ini, kami perlu lebih mengetahui akan kisah akhirnya... tak kiralah sedih atau gembira.

Apapun terima kasih kepada RAM kerana nukilan-nukilannya ini. Saya dah mula membelik-belik Novel Sunan. Tak tau bila nak mulakannya...

No comments:

Post a Comment