Pages

13 April 2015

Bujang Dah Mengantuk

Ingat lagi tak kekawan semua akan anak kucing terakhir yang saya adopted last 2 months. Saya namakan dia Bujang kerana dia kucing jantan. Bujang adalah spesis Singapura, di mana kucing jenis ini bersaiz kecil dan boleh dikatakan yang paling kecil. Kini dia dah besar dan sihat. Namun begitu dia masih perlu untuk divaksin untuk kali akhir nanti pada 24 April ni.

Bujang merupakan kucing yang sangat suka berada di sekeliling manusia. Di mana sahaja saya berada maka di situlah dia ada. Bujang suka menemani saya dan kelihatan Bujang dah mula mengantuk semasa dia menemankan saya membaca di atas katil. Mulanya dia aktif bermain dengan Acik, tapi lama kelamaan saya lihat mata Bujang dah nak terlelap mungkin keletihan dikerjakan oleh adiknya Acik.

Tu dia dah nak tumbang je... sudah tentu sekejap lagi terlelaplah dia. Kesian budak ni....

No comments:

Post a Comment