Kita semua tahu bahawa doa seorang ibu tidak terhijab, dalam erti kata yang lain Allah mengkabulkan doa seorang ibu itu tanpa menapisnya dahulu, kalau doa itu baik maka baiklah yang dinikmati oleh anak-anak, tetapi jika buruk doa itu, maka berlakulah cerita-cerita rakyat seperti Si Tanggang, Malim Kundang dan sebagainya. Oleh yang demikian di sini suka saya nak berpesan kepada semua sahabat-sahabat sama ada anda seorang anak atau seorang ibu, berhati-hatilah apabila berhubungan dengan ibu kita, jangan sekali-kali menyakiti hatinya atau berhati-hati mengeluarkan kata-kata terhadap anak-anak anda. Jika marah sekalipun jangan sekali-kali terkeluar ayat yang memaki atau mencela anak, takut-takut Allah akan memakbulkan kata-kata itu.Jadi sahabat-sahabatku, jangan lupakan ayah dan ibu kita, kalau tak balik kampong sekali pun, janganlah sampai tidak menalipon mereka. Ingatlah bahawa kata-kata mereka adalah hikmat dan tangkal hidup kita.
Di atas, foto mak saya semasa kami di Jeddah di tepi Laut Merah (masa kami mengerjakan haji bersama dengan ayah), angin yang kuat macam nak menerbangkan mak saya.
No comments:
Post a Comment