Jam 3.30 petang kami boarding untuk menaiki feri. Tak seperti feri sebelum ini, perkhidmatan feri ini sangat tidak memuaskan. Semua orang berpusu-pusu dan tidak terkawal. Luggage tidak tersusun. Kami sangat tidak puas hati dengan perkhidmatan mereka. Lebih kurang jam 4.00 petang feri mula berlayar dan kami tiba di Kuala Perlis jam 5.00 petang. Setiba di Kuala Perlis Cikgu Mawi dan seorang pemandu teksi dah sedia mununggu kami, seperti dapat membaca mungkin kami shopping sakan, Cikgu Mawi bawa pick-up dan syukur semua beg-beg mudah diangkut dan dibawa dengan pick-up tersebut. Kami amat bersyukur Allah menemukan kami dengan mereka yang banyak membantu, semoga Allah sahaja yang membalas budi baik mereka. Amin.
Ini adalah foto kenang-kenangan di Stesen Keretapi Arau. Mijoriti dari kami, persingga- han ini merupakan persinggahan julung kali. Agaknya ini merupakan stesen terakhir dalam perjalanan dari selatan tanah air ke utara, sebelum memasuki Negara Thailand. Malangnya stesen ini bukan sahaja kecil, malahan kurang selesa. Tiada Platform yang sempurna, laluan tidak disimen, dan ini juga merupakan sebab utama beg-beg tarik akan mengalami kerosakan rodanya. Kerajaan Negeri perlu memberikan perhatian untuk menaiktarafkan stesen ini.
Inilah dia beg-beg kami yang dah bertambah bilangan dan saiznya. Bukan banyak pun barangan yang dibeli, tetapi tak tahulah macam mana beg boleh bertambah.
emak dengan beg-beg yang dihimpun di satu lokasi, sebabnya tiba-tiba ramai pula orang yang menunggu keretapi yang sama.
Kami makan di gerai bawah pokok di sebelah Stesen Keretapi Arau, ramai antara kami yang makan laksa, kata mak laksa kat sini sedap dan pedas. Memang kena dengan minuman air kopi panas. Budak yang ambil order kami masa itu sedang demam sebab di kepalanya tertampal poyok yang agak besar. Kami panggil dia "Budak Demam""Lebih kurang jam 6.00 pagi setelah enjin baru tiba dan dibaiki, keretapi bertolak semula dan kami tiba di KL Central pada jam 8.15 pagi. Emak, Shima, Ain, Ammar dan Amir terpaksa menunggu keretapi ke Tampin yang akan bertolak pada 9.00 pagi, sementara Aku balik ke Ampang dengan teksi dan Nuraini balik ke Bangi dengan komuter. Maka tamatlah percutian kami kali ini, insyallah kalau ada umur, rezki dan masa, tahun hadapan kita bercuti lagi. bye dan jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment