04 January 2012

Lambat Lagi Ke Pejabat 4 Januari 2012

Hari ini saya tiba lambat lagi ke pejabat. Saya keluar rumah jam 6.25 pagi, sebaik tiba sahaja di Taman Shamelin Cheras pergerakan kenderaan mula lembab, saya dah mula memikirkan kalau begini pergerakan kenderaan akan lewat saya tiba di pejabat pagi ini. Berhampiran bangunan PGRM kenderaan tersekat kerana lintasan kenderaan yang hendak keluar dari bangunan PGRM. Lama juga saya tersekat di kawasan tersebut. Saya ingatkan selepas dari ini perjalanan akan lancar sehingga ke pejabat, tetapi rupa-rupanya sekali lagi saya tersekat di Jalan Lok Yew, kali ini keseskan yang melampau di mana kenderaan terus berhenti dan bergerak sedikit demi sedikit.

Masyallah letih dibuatkan pagi-pagi kalau berhadapan dengan jem. Apa nak buat saya terpaksa harungi juga kerana saya dah terperangkap di tengah-tengah dan sukar untuk membelok ke arah lain. Apabila saya memasuki Jalan Lok Yew sekali lagi saya diduga oleh Allah, kali ini kesesakan lagi teruk. Sepanjang perjalanan saya hanya mampu berdoa semoga saya diberikan Allah kesabaran.

Selepas melepasi Masjid negara barulah pergerakan kenderaan lancar sedikit, walaupun begitu masa sudah menunjukkan 7.20 pagi dan sahlah saya akan tiba di pejabat selepas waktu masuk iaitu jam 7.30 pagi. Yang paling sedihnya apabila tiba sahaja di pejabat, parkir sudah penuh dan saya terpaksa memakirkan kenderaan saya berhampiran dengan Auditorium.

Susah kita nak jangkakan kelancaran lalulintas di Kuala Lumpur. Ada masanya ok sangat dan ada masanya amat menyakitkan. Tetapi itulah kehidupan di bandar-bandar besar. Apa nak buat layan shajalah.

Seperti yang ditunjukkan oleh jam kereta saya, tepat jam 1.35 saya tiba di pejabat.

No comments: