29 January 2016

Perhimpunan Bulanan - Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 1/2016

Pada 26 Januari 2016 yang lalu saya bersama dengan 5 pegawai KPDNKK Negeri Melaka berbesar hati dijemput untuk sama-sama hadir dalam perhimpunan bulanan yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Melaka. kali ini hosnya adalah Pejabat SUK Melaka.

Perhimpunan ini diterajui oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Buat pertama kali saya hadir dan sudah tertentu ianya membuatkan saya sedikit teruja dengan majlis dan ucapan dari YB Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar, SUK Negeri Melaka dan ucapan ulung oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron,  CM Melaka. Saya bersama Suhaila antara yang awal tiba.

06 January 2016

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Klana Jaya Part 1

Apaila tiba saja di Klana Jaya, kawasan tersebut telah sesak dengan manusia, memang ramai ditambah pula hujan turun rintik-rintik. Akibatnya sukar bagi kami untuk mendapatkan ruang untuk berkumpul dan duduk makan.

Semasa tiba azan magrib sedang berkumandang dan saya bersama dengan Adik saya AIn terus ke masjid berhampiran untuk menunaikan dulu solat magrib dan jamak isyak. Sedangkan keluarga yang lain meninjau-ninjau jika ada ruang yang boleh digunakan untuk kami semua duduk menunggu.

Akhirnya ada sedikit ruang kering tetapi banyak ruang yang basah. kami bentangkan tikar plastik dan selesaikan semua aktiviti kat situ. Bekal dibuka dan ada yang menjamu selera.dan ada yang sekadar minum sahaja. Hampir semua ahli keluarga saya hadir, melainkan Adi Nur Rasyid, Muhammad Firdaus dan Amir Ain.

Klana Jaya seumpama berpesta apabila menjelang sahaja musim haji. Kerana di sini ada yang beranggapan tempat pertemuan terakhir, entah berjumpa lagi entahkan tidak kerana ajal pertemuan di tangan Allah swt.

05 January 2016

Kakak Tuah Ajar Hero Memanjat

Inilah kisah 2 ekor anak kucing saya Tuah Fitri (si kakak) dengan adiknya Hero. Walaupun bukan seibu sebapa kerana saya jumpa Tuah di Tangkak dan Si Hero di MITC Melaka tetapi keakraban mereka seperti adik-beradik.

Tuahlah menjadi idola Hero, kemana sahaja Tuah ada maka di situlah adanya Hero. Tuah si kakak yang sangat sayangkan Hero menjadikan Hero buat apa sahaja yang dibuat oleh si Tuah.

Kedua-dua mereka bukannya besar pun, saiz mereka kecil, memanjat pun selalu tak lepas. Tapi suatu subuh saya terkejut bila Tuah menunjuk ajar kepada Hero cara memanjat grill tingkap bilik saya. Tengok tu tersepit jadinya Hero dan menjerit bila saya pegang dia. Rasanya dia takut jatuh.

04 January 2016

Persediaan Pembedahan Ms Lulu dan Acik

Tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripada Veteriner Jasin pada hari Ahad yang lalu memaklumkan jadual pembedahan nutered 2 kucing saya akan diadakan pada 28 Disember 2015 iaitu hari Isnin. Panggilan tersebut diterima pada petang hari, jadi kelam kabut juga kerana cage dan carrier mereka perlu dicuci dulu.

Selepas cuci dan jemur peralatan tersebut saya letakkan di tengah-tengah rumah di mana di situlah nanti kedua-dua mereka akan dietakkan sehingga lepas pantang. Maklumlah saya seorang jadi memangnya rasa sangat penat. Tapi untuk keselesaan semua pihak apa yang patut mesti dilaksanakan juga sementara menunggu hari esok.

03 January 2016

Bersama Rakan Sepejabat Semasa Makan malam Bersama YBhg. Dato' Seri KSU KPDNKK

Suatau saat yang indah semasa saya bersama dengan Cik Norehan menghadiri majlis Makan Malam Bersama dengan YBhg. Dato' Seri KSU KPDNKK di Melaka. Majlis tersebut diadakan disebuah restoran yang terletak di tepi sungai Melaka. Wow permandangan malam yang sungguh cantik dengan lampu-lampu yang menerangi kawasan dan bayang-bayang lampu di permukaan sungai yang menjadikan permandangan yang sangat indah.

Sama menunggu sama berfoto sambil memerhatikan beberapa bot cruise yang menyusuri sungai Melaka. Saya teringat semasa saya melawat Venice keadaan seperti ini juga hanya di Venice kurang bot berinjin tetapi menggunakan gondola dengan pemuda-pemuda segak yang mendayung gondola tersebut. Rasa nak pergi lagi.... tapi entah bila.

02 January 2016

Hero Terkini

Sofa ni macam dah jadi milik mutlak si Hero. Kalau dulu dia akan menyempil, tapi kini dia lebih bermaharaja lela. Macam dia dah cop ini adalah pot dia. Dia akan beraksi ikut keselesaan dia. Tengoklah aksi dia tu....

Si manja yang dikasihi oleh kebanayak kucing-kucing saya yang lain mungkin kerana dia yang terkecil.

Itulah perangai dia bila dah duduk lama, matanya pun mula kuyu dan akhirnya tertidur.

Simanja buah hati mommy yang masih lagi mempunyai masalah buanga air kecil dan air besar. Tak sempat nak bawa ke doktor... semoga Allah sembuhkan dia segera.

01 January 2016

Tinggal Kenangan

Sedang saya membelek-belek beberapa gambar dalam folder gambar terjumpa dengan gambar-gambar ini. Kami bergambar selepas sending out mantan pengarah kami YBhg. Datin Nawal, seorang pengarah yang sentiasa mempunyai semangat waja dan membara.

Melihat wayah-wayah ini membuatkan hati rasa rindu kepada mereka dan semua sahabat-sahabat ku di sana. Apa khabar agaknya mereka, saya mendoakan semua mereka dirahmati Allah, diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan dan dipanjangkan usia dengan berkat.

Kata orang tua-tua memang betul. Jauh di mata di hati jangan. Walaupun tak dapat nak ingat hari-hari tapi bila terkenang sayu juga hati.....