31 October 2011

Peta Hidup Oleh AnakkuSoleh.com

Saya tak sempat nak buka web ini tetapi dari apa yang dipaparkan di peta kecil dan ringkas ini, rasanya idea yang disampaikan agak menarik dan memberi manfaat kepada kita. Mulanya saya nak ucapkan syabas kepada penciptanya kerana berjaya menunjukkan perjalanan kehidupan dengan ringkas yang selama ini ramai tidak memikirkannya (termasuk saya). Melihat kepada peta ini rupanya dah separuh jalan saya berada di pentas sementara ini. Tapi bekalan yang dikumpul amat sedikit sekali. Nampak gaya saya kena buat operasi untuk tambahkan bekalan. Jom kawan-kawan kita buat bersama.

30 October 2011

Hukuman Dalam Perkhidmatan Awam

Saya sangat tertarik dengan ucapan YBhg Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) semasa Majlis Penutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 6 Oktober 2011 di Kuantan, Pahang.

Antara petikan ucapannya yang menarik hati saya adalah mengenai tindakan hukuman yang sepatutnya diambil tindakan oleh pelaksana perkhidmatan awam,katanya "Pengurusan modal insan yang efektif tidak tertumpu kepada aspek reward semata-mata. Aspek punishment perlu juga ditekankan, khususnya bagi anggota-anggota yang melakukan kesalahan serta menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada. Pada masa yang sama, ia akan juga memberi pengajaran serta iktibar kepada anggota lain agar tidak melakukan lesalahan yang boleh menjejaskan integriti serta kredibiliti perkhidmatn kita". Katanya lagi "Dalam hubungan yang sama perlu diwujudkan exit policy yang jelas bagi anggota-anggota yang bermasalah, yang tidak berdisiplin, mahupun mereka yang tidak menunjukkan prestasi perkhidmatan yang sepatutnya. Mungkin aspek ini perlu dikaji untuk dimantapkan lagi pelaksanaanya, mahupun mendapatkan kaedah yang terbaik bagi 'melepaskan' anggota-anggota yang bermasalah dari terus berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Namun demikian, sebarang tindakan yang diambil hendaklah telus dan adil bagi mengelakkan sebarang penganiayaan"

Saya sejak dulu lagi mempersoalkan peraturan sedia ada seperti Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlakuan & Tatatertib), 1993 yang rasanya dah cukup jelas untuk menangani isu/ masalah perlakuan dan tatatertib,namun ianya kurang dipraktikkan mungkin kerana menjaga nama baik organisasi. Terdapat organisasi yang beranggapan sekiranya ada warganya yang diambil tindakan tatatertib ianya seakan-akan memberi bayangan bahawa organisasi tersebut tidak cemerlang. Pada saya ini adalah anggapan yang salah kerana tiada siapa yang dapat menentukan sikap dan perlakuan seseorang sama ada dia sentiasa baik atau sebaliknya.

Terdapat juga Ketua Jabatan yang tidak sampaihati untuk mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang jelas telah melakukan kesalahan. Alasan yang biasa saya dengar ialah tak sampai hati, takut berdosa, takut pada 'kabel' seseorang dan ingin memberi peluang, maka banyak kalilah peluang diberi dan makin menjadi-jadilah mereka-mereka yang terlibat.

Yang sebenarnya, sebagai Ketua Jabatan yang bertanggungjawab tindakan perlu diteruskan walaupun nanti Ketua Jabatan tersebut akan menjadi tidak popular. Masih ramai lagi kakitangan yang lain memahami tindakan tersebut dan Ketua Jabatan akan lebih dihormati sekiranya beliau berani atau sanggup bertindak. Ingatlah semua Ketua Jabatan tanggungjawab tuan/ puan adalah berat kerana ianya adalah amanah Kerajaan, Negara dan lebih lagi amanah Allah Rasbuljalil.

Kreatif, Tapi !!!!!!!!!!!


Pada pendapat kekawan semua, agak-agaknya askar-askar ni kreatif ke tidak? atau mungkin mereka tidak berfikir panjang atau mungkin mereka terdesak, atau ada kemungkinan ke mereka ini kurang sifat kemanusiaan.... atau mungkinkah mereka ada alasan sendiri yang kita tak jangkakan.

Seni Lukis

Cantikkan gambar ini, asalnya hanya sekeping kertas atau kanvas sahaja, tetapi dengan kurniaan Allah kepada hamba yang dikehendakinya, seseorang itu pandai melukis maka hasilnya seperti ini. Nampak cantik dan realistik sahaja. Tapi cuba perhatikan betul-betul yang mana lantai atas dan yang mana pula bahagian bawahnya.

Untuk makluman sahabat-sahabat sekelian salah satu kegemaran saya adalah melihat sesuatu yang cantik, menarik serta unik.

Tanda Cinta

Allah jadikan semua di muka bumi ini, sama ada baik atau sebaliknya begitu juga dengan anak-anak kucing ini, corak yang dijadikan Allah rupanya membentuk tanda love.

29 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 2.

Di samping 4 buah mug Vintage yang dihadiahkan kepada saya seperti yang dimaklumkan di post sebelum ini, sahabat-sahabat saya juga menghadiahkan sebuah mangkuk hidangan Vintage yang sangat menarik bentuknya.

Banyak sungguh hadiah yang diberikan kepada saya. Apa yang dapat saya ucapkan hanyalah terima kasih banyak-banyak, hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya.

Saya sangat-sangat berharap agar diri ini tidak dilupakan, memang agak mustahil untuk kita berbual setiap hari. Tetapi sekiranya terlihat kelibat saya di mana-mana web, tegur-tegurlah... hanya cara maya ini yang boleh mendekatkan kita. Tinggalkan sedikit pesanan atau komen di blog ini.

Saya menyimpan hasrat untuk bertemu semula dengan sahabat-sahabat

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Suria

Satu lagi tanda hati yang saya terima. Ianya adalah dari seorang sahabat yang dulunya adalah ahli keluarga Pejabat Tadbir Awam dan kini beliau memberikan perkhidmatan dan kepakarannya dalam bidang ISO untuk organisasi ini dan di tempatkan di Pejabat Kualiti. Jatuh bangunnya projek ISO HAT TM ini secara relatifnya adalah terletak di tangannya. Orang yang saya maksudkan ini adalah Suria yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Su.

Dalam kesibukan memastikan projek ISO berjalan terus, sempat juga Suria menyiapkan sesuatu untuk saya. Kebanyakan staf memang memahami saya kerana saya sememangnya suka dengan bau-bauan berasaskan aromatherapy. Boleh dikatakan setiap hari, saya akan memasang bau-bauan seumpama ini di dalam bilik pejabat saya. Kerana pada saya bau-bauan ini sering kali memberikan saya tenaga yang murni di mana tenaga ini dialirkan dalam diri saya dan menjadikan aura diri lebih jelas dan bertenaga. Bukannya saya percaya pada kekuatan aura, tetapi pada saya aura juga adalah kejadian Allah yang boleh menjadikan pembawakan diri seseorang pada hari itu lebih menyerlah dan ceria. Itu pandangan saya aje.

Lilin aromaterapi hadiah dari Suria amat sesuai dinyalakan di dalam bilik tidur saya, menjadikan suasana bilik tidur lebih romantis dan bertenaga. Su... terima kasih atas pemberiannya, semoga Su dimurahkan rezeki oleh Allah, diberikan ketenangan diri dan keluarga serta cepat-cepat dinaikkan pangkat. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika saya pernah mengusik hati Su secara sengaja atau tidak, halalkan segal-galanya. Insyallah jika diizinkan Allah kita akan bersua nanti.

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 1.

Tanpa saya sedari rupa-rupanya beberapa orang pegawai awam di HAT TM telah merancang untuk mengadakan majlis perpisahan mengejut untuk saya. Dan mereka juga telah didokong oleh semua staf-staf awam lain. Bukan setakat jamuan malahan mereka telah memberikan saya suatu tanda hati yang mahal. Sesungguhnya saya amat terharu dengan usaha tuan-tuan dan puan-puan ini.

Tak sangka pengenalan yang singkat ini telah mencetuskan ikatan hati yang kukuh antara kita. Saya amat berharap agar ikatan ini janganlah terlerai begitu sahaja. Bagi saya budi baik kalian saya simpan baik-baik dalam hati dengan diikat kukuh supaya tidak terhilang. Pada saya setiap pertemuan itu pasangannya adalah perpisahan. Selepas bertemu, kita sendiri tak tahu berapa lama kita dapat bersama untuk bertemu, berkomunikasi, bertukar fikiran, berdebat dan akhirnya idea kolektif terbentuk, kerana semuanya di tangan Allah SWT.

Namun begitu semua ini biarlah berjalan dengan rasa ikhlas dan kasih, kerana walau apa pun yang berlaku, masa itu kita masih dalam barisan yang sama. Kita berjuang untuk mencipta hasil terindah untuk organisasi, jangan sekali-kali kita membiarkan nafsu menawan akal fikiran waras - kerana jelas sekali ianya menjatuhkan sesebuah organisasi serta paling malang memisahkan sebuah ikatan persahabatan.

Terima kasih wahai sahabat-sahabatku atas pemberian ini yang mengembirakan saya. Rasanya saya tahu siapa punya idea kerana semacam faham-faham sahaja hadiah ini merupakan koleksi peribadi saya. Tanda hati ini telah berjaya memberi persepsi bahawa walaupun saya tidak berada di kalangan kalian, kalian mampu untuk terus bergerak mencapai yang terbaik untuk organisasi. Saya sentiasa mendoakan agar semua sahabat-sahabat saya di HAT TM berjaya dalam bidang masing-masing.

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP)

Pada 27 Oktober 2011saya menghadirkan diri ke perhimpunan bulanan JPNWP. Perhimpunan ini diadakan di auditorium dan kehadiran adalah diwajibkan. Audi hampir penuh dan ini menunjukkan hampir kesemua warga JPNWP hadir. Seperti juga perhimpunan-perhimpunan yang lain ianya diisi dengan pelbagai aktiviti seperti menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu WP, pesanan host, ucaptama YBhg Dato' Pengarah, sambutan harijadi warga yang lahir dalam bulan Oktober dan memperkenalkan warga baru.

Host kali ini adalah Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, yang diketuai oleh Encik Razali bin Iberhim. Cara langsung saya juga terlibat sama dalam urusan perhimpunan ini. Tidak seperti perhimpunan sebelum ini, iaitu Perhimpunan Menteri Pertahanan, Perhimpunan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah HAT TM, kami berdiri di padang kawat atau di tepi padang kawat, perhimpunan kali ini kami duduk dengan selesa di dalam Audi.

Perhimpunan bermula jam 8.30 pagi dan selesai sebelum jam 11.00 pagi. Yang menarik perhatian saya adalah ucaptama YBhg Pengarah yang berkisar pada konsep transformasi organisasi dan warganya serta petikan ucapan oleh YBhg Tan Sri KSN mengenai ganjaran dan hukuman yang perlu dilaksanakan semula dalam perkhidmatan awam dengan lebih efektif. Saya amat setuju dengan pandangan tersebut dan menunggu bila agaknya pelaksanaan ini benar-benar boleh diambil.

28 October 2011

Pejabat Baru Ku - Part 2

Selepas 1 hari saya melaporkan diri di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, akhirnya pejabat saya siap... maklumlah dulu tu, EO di sini telah dipinjamkan ke bahagian lain dan selepas beliau bersara post ini diambil semula dan saya mengantikan beliau. Pejabat ini kecik sikit dari pejabat PTA di HAT TM, tetapi saya berada dalam lingkungan kaum keluarga saya, jengah je kepala kat luar pejabat dah nampak sahabat-sahabat lain. Lain sangat dari HAT TM, di mana saya kena naik kuda untuk ke Pejabat Tadbir Awam HAT TM.

Apabila saya masuk ke bilik pejabat baru ini, Miza, Pembantu Tadbir yang menyelenggara stor menyerahkan beberapa stationary untuk kegunaan harian saya (seperti dalam tutup kotak). Bertambahlah koleksi stationary yang sedia ada.

Buat masa sekarang komputer sedang dalam urusan Unit ICT begitu juga dengan pemasangan telefon yang saya jangkakan akan mula dipasang pada minggu hadapan. Buat masa ini saya gunakan komputer notebook saya untuk menyediakan senarai tugas yang perlu diambil tindakan. Manakala keperluan telefon rasanya belum mendesak lagi sebabnya saya sedang dalam mempelajari tugas di sini.

Maka bermulalah episod baru dalam menimba pengalaman di luar Kementerian Pertahanan. Seawal minggu pertama ini, memang jelas sangat perbezaannya. Saya perlu belajar semula dengan cepat dan mengubah persepsi awal. Bayangkan daripada Ketua Jabatan kepada pegawai peringkat pertengahan... ini adalah perbezaan yang sangat ketara. Saya tertanya-tanya adakah kawan-kawan saya yang lain menghadapi masalah yang sama dengan saya.

Jubah Tanda Hati Jabatan Hasil & Pendaftaran HAT TM

Hi... semua orang... apa khabar semuanya?? tengok apa yang saya pakai hari ini? ini adalah jubah yang dihadiahkan oleh sahabat-sahabat dari Jabatan Hasil dan Pendaftaran. Ianya muat-muat sahaja dan saya rasa nampak macam saya kecil sedikit. Nampaknya kena pakai selalulah... ha.. ha.. ha.. Yang sebenarnya itu semua perasaan saya sahaja sebabnya apabila timbang berat badan saya lebih kurang je. Kalau ikut teori, kalau kurang makan tentu saya boleh kurus betul tak... ini disebabkan dah tak dapat makan makanan mess lagi. Baru sekarang saya rasa nikmatnya...

Apa khabarnya mereka yang bertugas di mess? Salehin, Ishak, Zali dan Muhamad sihat ke? Kepada sesiapa yang baca blog ni, sampaikan salam saya pada mereka dan ucapkan ribuan terima kasih pada mereka.

Minumlah Air Yang Cukup Setiap Hari

Artikel ini sangat berguna untuk dijadikan renungan kita bersama. Saya mendapat srtikel ini dari Atie sahabat saya dari Pero MinDef. Mungkin ramai di antara kita minum hanya untuk menghilangkan rasa dahaga, tetapi yang sebenarnya air yang cukup dalam badan sangat penting bagi memastikan badan kita terus beroperasi dengan baik dan cemerlang. Kadang-kala kita tidak minum langsung kerana tidak dahaga, ini mungkin disebabkan oleh cuaca yang sejuk tetapi yang sebenarnya badan kita terus kehilangan air menerusi kecing, peluh dan paling banyak diserap oleh haba yang tidak kita sedari. Oleh yang demikian, paksa diri untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air manis dan air bergas tidak diambil kira.

Jadi mulai hari ini bawalah bekalan air sepanjang masa.

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Koperal Zaraini

Salah seorang sahabat saya yang sangat ceria, walaupun ada kalanya dia menghadapi masalah dia akan terus tersenyum. Adanya dia di pejabat menjadikan suasana pejabat juga ceria. 3 statement yang boleh menerangkan Kpl Zaraini (berbaju biru), ialah sentiasa senyum, rajin dan pandai sangat memasak. Kpl Zaraini juga dipanggil dengan Kpl Bro oleh rakan-rakannya - saya tak tahu secara khusus kenapa tapi rasanya boleh agak - kerana dia suka sebut perkataan BRO. Itu hanya agakan saya sahaja.

Pejabat Kpl Zaraini, iaitu Pejabat Tadbir Tentera bersebelah dengan Pejabat Tadbir Awam. Warga di sini menggunakan kemudahan yang sama jadi selalulah kami bersua muka dengannya. Tentang masakannya, saya sangat suka sekali terutamanya Laksam Kelantan- yang sangat saya suka, eeemmmm........ enaknya dan dapat saya bayangkan kepekatan kueh laksamnya, buat saya terkeliur sekarang ini. Kerana keenakan laksamnya, tanpa malu-malu saya minta dibungkuskan untuk saya bawa balik ke rumah dan nikmatinya sekali lagi. Kelakarnya bila saya kenangkan semula.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kpl Zaraini kerana sudi menjadi sahabat saya walaupun tak lama. Terima kasih juga atas tanda hati ini, sampai 2 set brouch dihadiahkan kepada saya. Akan saya ingat kenangan bersamanya. Di kesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf khusus daripadanya jika di sepanjang persahabatan kita, beliau ada terasa hati dengan kata-kata dan tingkah laku saya. Saya juga mohon dihalalkan makan dan minum, sebabnya dah banyak yang saya makan masakannya. Saya doakan agar Kpl Zaraini dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagian berkeluarga dan dinaikkan pangkat dengan segera.

Harap kita boleh jumpa lagi.

Selamat Harijadi Buat Adikku Haji Adnan


Selamat Harijadi untuk adikku Adnan yang menyambutnya pada 27 Oktober 2011. Malangnya isteri dan anak lelakinya sedang bercuti di Hong Kong bersama keluargaku yang lain. Aku sentiasa mendoakan agar semua adik-adikku di berkati oleh Allah Taalah, dirahmati, dimurahkan rezeki mereka, dipanjangkan umur dengan iman dan menjadikan mereka dipandang oleh masyarakat dengan pandangan sebaik-baiknya.

27 October 2011

BAHAYA SARDIN - PENTING untuk PEREMPUAN!

Sukacita saya berhasrat untuk berkongsi artikel ini dengan semua kawan-kawan. Buatlah keputusan sendiri selepas membacanya. Saya mendapati artikel ini dari seorng teman dari email.

Penemuan menakjubkan. Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Takutnya.....

26 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Matron Daram



Hello semua sahabat-sahabatku terutamanya seorang sahabat saya yang bernama Matron Daram, salah seorang sahabat yang masih bertugas di HAT TM. Apa khabar agaknya dia, saya harap dia sihat-sihat aje. Saya yang sebenarnya tak berapa yakin dia akan baca blog saya ini, tapi tak apalah harap sahabat-sahabat yang lain boleh menyampaikan apa yang saya nak pesankan ini kepadanya nanti.


Saya cuma nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepadanya atas kesudian dia menghadiahkan kepada saya gelas kristal yang comel ini, warna dan bentuknyanya yang sangat menarik akan saya sisipkan kenangan ini di dalam hati saya. Setiap kali melihat gelas ini akan terbayanglah wajah dia yang kadang kala serius tetapi selalunya mesra dan kelakar, tapi tak tahulah dengan orang lain dia macam mana. Sebagai Ketua Jabatan kepadanya saya tak menghadapi banyak masalah bertugas dengannya.

Suka saya nak tinggalkan sedikit pesanan untuk sahabat saya ini - Saya amat berharap kepada Nita, Gee, Vidia, Nur, Nieza atau Liza tolonglah sampaikan kepadanya. Kata-kata itu ialah "Matron ini akan menjadi seorang yang lebih popular dan dikasihi di kalangan stafnya jika dia menukar sedikit caranya menangani staf-stafnya kepada cara yang lebih menyayangi dan mengasihi mereka. Semua staf klinikal yang ada di HAT TM semuanya baik-baik belaka, mereka hanya menunggu kelahiran seorang pemimpin yang terbaik untuk membawa mereka ke mercu kegemilangan". Saya nampak ciri-ciri itu ada dalam diri Matron Daram hanya dia perlu menukar sedikit cara komunikasi beliau. Cara yang sekarang ini bukan tak bagus, tetapi lebih bagus lagi jika ada perubahan.

Saya adalah salah seorang pengkaji manusia, saya tahu apa yang disukai manusia dan apa yang paling mereka tidak suka. Dalam diri setiap manusia mesti ada sedikit rasa ego dan harga diri. Sekiranya ego manusia dicemar, akan timbul pelbagai masalah dan isu. Jadi untuk tangani manusia ada cara tertentu. Manusia akan berasa aman dan nyaman jika berdampingan dengan ketua yang selesa dengannya. Jauhi sikap pilih kasih kerana ianya tidak pernah terbukti membantu setiap ketua memenangi hati pekerja. Dengan peningkatan tahap akademik, staf tidak layak dilayan seperti dulu-dulu dan perubahan mesti berlaku.

Perubahan dalam tingkah laku manusia akibat dari peningkatan taraf akademik tidak boleh dipandang remeh. Percayalah jika ianya dipandang remeh, sesebuah organisasi itu tidak akan berjaya dalam melayari bahtera organisasinya ke pulau impian. Kita perlu menyedari ke mana negara ini ingin dibawa oleh pemimpin negara. Negara ini sedang menuju ke negara maju, oleh itu rakyat negara ini juga berubah dari segi taraf kehidupan, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan banyak lagi. Jangan terlalu lama berpegang kepada "sekolah lama" kita. Berubahlah. Itu saja yang saya nak pesan, dan pesanan ini juga kepada semua sahabat-sahabat yang lain. Bye jumpa lagi.....

Kesian Maxs - Rindu

Maxs adalah kucing keluarga adik saya Azmee, sekarang ini mereka dan keluarga saya serta keluarga sebelah isterinya sedang bercuti di Hong Kong selama 1 minggu. Maxs ditinggalkan dengan saya. Saya hanya menguruskan makanan, minuman dan tandas Maxs sahaja. Maxs tidor di luar rumah di dalam kandangnya.

Hari pertama Maxs di sini, dia kelihatan mencari-cari keluarganya, habis satu rumah dijelajahinya dan akhirnya Maxs kelihatan kecewa. Semasa saya berada di rumah atau selepas balik pejabat kalau tidak ke kelas, saya masukkan Maxs ke dalam rumah untuk di bebas bergerak. Dan Maxs akan cari tempat tinggi untuk berehat dan tidur. Walaupun macam tu tidur dia tidak lena seperti mana dia tidur di rumahnya di Bangi.

Tengok wajah Maxs yang kecewa, selepas puas dia mengiow ataunya memanggil-manggil tuannya. Akhirnya dia pilih merehat dan tidur di atas tilam yang saya dirikan. Nampak wajahnya yang merindui tuannya. Tak tahu apa yang patut saya buat. Kerap juga saya panggil nama dia tapi dia buat tak kesah saja. Saya rasa saya faham perasaannya.

Semalam 1 hari Maxs tinggal dalam kandangnya sebab selepas balik dari opis saya terpaksa bersiap sedia untuk ke kelas pulak. Saya sempat tambah makanan dan mengemaskan tandasnya. Pasir tandasnya dah hampir habis, nampaknya saya terpaksa ke Pasaraya untuk beli. Kesian Maxs ada 3 -4 hari lagi baru jumpa tuannya. Sabar sajalah Maxs.

25 October 2011

Sesat Hari Kedua

Seawal jam 6.30 pagi saya dah keluar untuk ke pejabat di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan. Kali ini saya nak ikut Highway Duke, perjalanan sangat lancar dan sebelum jam 7 pagi saya dah bayar tol RM2. Selepas tol saya ikut kiri sebab tanda arah menunjukkan Jalan Kucing dan Bandaraya, tetapi bila turun je kat jalan tersebut saya dah mula penik sebabnya kereta banyak berderet-deret. Tanda Jalan Kuching dah tak ada yang ada petunjuk Damansara, apa lagi saya ikut simpang pertama di kiri, itulah mulanya saya tersesat. Saya sesat sehingga terjumpa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Masjid Negara. Disebabkan jumpa Masjid Negara maka dapatlah saya menuju ke pejabat semula. Nasib baik saya sempat tunjukkan jari saya ke mesin 7.24 pagi, iaitu sebelum masa masuk pejabat.

Hari Khamis, saya akan cuba sekali lagi jalan tersebut, rasanya kali ini insyallah betul.

Nak sambung 60 Tahun ke???

Saya dapatkan kedua-dua kartun ni daripada fb sahabat yang menghantarnya kepada saya. Kepada sesiapa yang menciptanya, terima kasih banyak-banyak dan saya mohon untuk berkongsi ketawa. Mula-mula bila PM istiharkan untuk melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun, saya gembira juga - dapatlah bertugas lagi 2 tahun - itupun kalau panjang umur. Tapi lepas tengok kartun ini, saya dah mula bimbang - takut kalau-kalau saya panjang umur jadi macam atuk tu pulak???? tak rela saya dijadikan bahan sindiran dan punca kemarahan generasi hijau (anak muda) pada masa itu.

Nampaknya kena fikir masak-masak, atau kena jaga kesihatan dan kecantikan kalau tak dapat macam Kak Nita Serawak kita tu, kurang sikit pun tak pe.. Ini yang buat saya makin semangat nak berdiet. Atuk tua tu.. macam lah dia tu muda, nak cari bunga konon dia tu pun dah macam kayu kering. he.. he..he.. Ya tak ye jugak kan, kalau macam tu pemandangan opis nampak suramlah nanti. Nampaknya kena fikir masak-masak.

24 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Jabatan Hasil dan Pendaftaran


Sekali lagi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga HAT TM amnya atas jasa baik dan kerjasama semasa saya berkhidmat di HAT TM. Khusus terima ksih untuk warga Jabatan Hasil dan Pendaftaran atas kesudian meninggalkan beberapa tanda hati untuk saya jadikan kenang-kenangan selama kita terpisah ini.





Kad ucapan Puan Noor Nadia. Semoga apa yang didoakan oleh Nadia dikabulkan Allah hendaknya. Amin....

Kad ucapan dari Jas, thanks Jas.

Kad Ucapan Linda, thanks Linda.

Kad Ucapan Yatie, Thanks Yatie.

Brouch dari Ketua Jabatan Hasil dan Pendaftaran Pn Noor Nadia. Terima kasih.





Untuk pengetahuan sahabat-sahabat saya, saya dah cuba jubah ini, sedang-sedang elok sahaja. Terima kasih ya atas ingatan tersebut. Akan saya ingat sehingga ke akhir hayat. Untuk semua saya berdoa supaya kalian semua dimurahkan rezeki dan dirahmati sentiasa. Amin...

Keluarga Ular

Macam mana keluarga ini boleh hidup dengan aman dan damai apabila ular pemeliharaan mereka berkeliaran. Kalau saya tak mungkin saya boleh ilur lena, sebabnya takut tengah sedap bermimpi bila terkejut badan dah sepatuh dalam mulut ular. Itu kita orang dewasa, kalau ular nak telan agak penat juga, tetapi kalau budak yang duduk atas badan ular tu, rasanya senang saje ular nak telan. Bukannya tak ada haiwan lain nak dijadikan haiwan pemeliharaan.

Gelinya saya............... eeeeeeeeeeeee

ALEXANDER THE GREATEST'S LAST WORDS

I got this from Lt Col Noor Sabrina, a friend of mine in HAT TM. I can't say are these last words a genuine one from him or fault one.

"Ice melts when heated"
"Eyes melt when hated"

Alexander, after conquering many kingdoms, was returning home. On the way, he fell ill and it took him to his death bed. With death staring him in his face, Alexander realized how his conquests, his great army, his sharp sword and all his wealth were of no consequence. He now longed to reach home to see his mother's face and bid her his last adieu. But, he had to accept the fact that his sinking health would not permit him to reach his distant homeland.

So, the mighty conqueror lay prostrate and pale, helplessly waiting to breathe his last. He called his generals and said, "I will depart from this world soon, I have three wishes, please carry them out without fail."With tears flowing down their cheeks, the generals agreed to abide by their king's last wishes. " My first desire is that", said Alexander, "My physicians alone must carry my coffin."

After a pause, he continued, " Secondly, I desire that when my coffin is being carried to the grave, the path leading to the graveyard be strewn with gold, silver and precious stones which I have collected in my treasury".

The king felt exhausted after saying this. He took a minute's rest and continued. "My third and last wish is that both my hands be kept dangling out of my coffin". The people who had gathered there wondered at the king's strange wishes. But no one dared bring the question to their lips.. Alexander's favorite general kissed his hand and pressed them to his heart. "O king, we assure you that your wishes will all be fulfilled. But tell us why do you make such strange wishes?"

At this Alexander took a deep breath and said: "I would like the world to know of the three lessons I have just learnt. Lessons to learn from last 3 wishes of King Alexander... I want my physicians to carry my coffin because, people should realize that no doctor can really cure any body. They are powerless and cannot save a person from the clutches of death. So let not people take life for granted. The second wish of strewing gold, silver and other riches on the way to the graveyard is to tell People that not even a fraction of gold will come with me. I spent all my life earning riches but cannot take anything with me. Let people realize that it is a sheer waste of time to chase wealth.

And about my third wish of having my hands dangling out of the coffin, I wish people to know that I came empty handed into this world and empty handed I go out of this world". With these words, the king closed his eyes. Soon he let death conquer him and breathed his last. . . .

LESSONS TO LEARN:

Remember, your good health is in your own hands, look after it.
Wealth is only meaningful if you can enjoy while you are still alive and kicking.
What you do for yourself dies with you but what you do for others, lives on. It is called "Legacy."


Happiness keeps you Sweet,
Trials keep you Strong,
Sorrows keep you Human,
Failures keep you humble,
Success keeps You Glowing,
But Only God keeps You Going!


Let me add something --> Friends keeps u live happily.

Pejabat Baruku - Part 1

Alhamdulillah lebih kurang jam 7.15 pagi tadi saya tiba di pejabat baru, iaitu Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta. Saya keluar dari rumah agak awal juga, iaitu jam 6.40 pagi - pagi ini saya cuba ikut jalan jauh sikit. Dari rumah ikut MRR2 --> Taman Shamelin --> ikut bulatan Lok Yew --> Jalan Lok Yew --> Jalan Kinabalu --> Jalan Kucing dan tiba di opis. Jauh dari rumah lebih kurang 20 km, iaitu lebih kurang dari rumah saya ke HATTM kalau ikut MRR2. Esok saya bercadang untuk mengikut Highway Duke, yang sebenarnya hingga kini saya tak nampak lagi bayangan jalan tersebut. Tapi saya percaya saya mampu mencari laluan tersebut, sedangkan di USA, Londan dan Paris saya tak sesat ini kan pula di Kuala Lumpur. Oppppppppp bukan cakap besar tapi - semangat pekerja baru.

Walaupun begitu saya tercari-cari jalan macam mana saya nak balik ke rumah hari ini. Sekarang ni sibuk sedang tengok Google-Map. Kalau sesat pun mungkin saya akan ke Melaka je kot.

Urusan kerja belum dimulakan, kerana pagi ini saya sibuk isi banyak borang termasuk untuk dapatkan pas kerja, stiker kereta dan macam-macam lagi. Rasanya tak banyak kesulitan di sini lagi pun saya diterima baik oleh semua staf di sini. Alhamdulillah.

Apa pun doakan saya dipermudahkan dalam segala urusan.

Farewell Untuk Saya - Part II

Apa agaknya yang mencuit hati Ketua Unit Rekod - Encik Halim melihat gelagat 3 wanita jelita (Nieza, Yatie dan Linda). Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Halim dan semua stafnya kerana membenar, tidak keberatan dan membantu untuk majlis ini diadakan di pejabatnya. Dalam kesibukan tugasan harian, sempat juga majlis yang meriah ini diadakan.




Ini antara sahabat-sahabat di HAT TM yang terdiri dari pelbagai skim perkhidmatan. Dalam foto kelihatan SN Priya, PJ Daram, Jas, Yatie, Henness, Hafisah, Lt Kol Noor Sabrina dan saya.






Kelihatan Shuhaimy dengan sataynya, di sebelahnya Ruzaimi dan di belakang kelihatan Rizal bersedia untuk menyerang makanan di atas meja. Ketiga-tiga mereka adalah 'orang kuat' kami di HAT TM.







OK skot, berbaris satu-satu dan sedia untuk ambil makanan, tahu dah Khairie memang dah lapar sambil-sambil pegang perut - sebabnya kami beri ucapan panjang sangat kot. Kelihatan Encik Burn dan staf-staf lain.









Manjanya Nik, malu-malu nak makan sambil diperhatikan oleh Nita, Alisa dan SN Noraidah.









Kenapa semua orang ni nampak boring je? ada apa-apa ke yang saya tak tahu. Cerita sikit Nieza !!!!!






Barisan tulang belakang HAT TM, tanpa mereka dan sahabat-sahabat yang lain - akan pincanglah operasi keseluruhan HAT TM. Setiap daripada mereka telah diamanahkan dengan fungsi masing-masing yang perlu di laksanakan.
Terima kasih sekali lagi kalian semua... usaha dan budi baik semua tak mungkin akan saya lupakan.