19 May 2011

Doakan Saya, Ibu Saya dan Sahabat Saya dan Keluarga dianugerahkan Umrah Mabrul

Assalamualikum, Petang ini lebih kurang jam 3.30 petang saya, ibu saya, sahabat saya Lt Kol Noor Sabrina, suaminya dan anak perempuannya akan berangkat ke Tanah Suci Madinah dan kemudian ke Mekah untuk menyempurnakan ibadat Umrah kami.

Doakan kami selamat dan dianugerahkan oleh Allah dengan ibadah yang mabrul.

Kami dijangka balik ketanah air pada 1 Jun 2011

17 May 2011

Seni Lagi

Kalau saya besar kemungkinan saya tak dapat nak tidur dalam bilik ini.... buka mata sahaja terus nampak paderi tengah baca talkin.... macam di upacara pengkebumian sahaja.

Saya yakin 100% tak akan mandi dan selesaikan hayat di bilik ini, walaupun hanya sekadar lukisan tapi takut rasanya nak berpijak di lantainya... kerana takut jatuh ke bawah...

Real bukan lukisan mereka..

16 May 2011

Seni Pasir

Wow !!! dasyhatnya imaginasi mereka-mereka yang digelar orang seni. Saya pun orang seni juga tetapi sayangnya tangan saya tak dapat nak menghasilkan sesuatu yang indah seperti mereka-mereka ini.

Kelas seni saya dalam penulisan sahaja.... saya mampu untuk menulis sehingga seseorang itu mengalirkan air mata.... marah dan teruja.

Apa kata kita cuba melahirkan hasil seni kita....

Untuk permulaan, kita hasilkan dan nikmatinya sendiri... dari situ kita baiki dan pamirkan untuk kaum kerabat yang rapat untuk mereka nikmati dan komen.

Akhir sekali dengan hati yang berani dan teruja kita pamirkan pula untuk tontonan khalayak. Jom cuba...

14 May 2011

Guru - Hantaran

Memanglah abang oi, belajar untuk jadi cikgu bukannya senang ... "investment" yang dikeluarkan oleh emak ayah dia dah banyak tak kan lah hang pulak nak kutip hasil sedangkan yang keluarkan modal emak ayah dia. Fikirlah sikit cik abang oi.

12 May 2011

Seni Pensil Kontot (Pendek)

Adakah anda terfikir untuk menyimpan pensil-pensil kontot yang kita pernah gunakan semenjak di tadika lagi. Kalau disimpan hingga sekarang mungkinkah pensil-pensil itu boleh dibuat seperti objek-objek ini.





10 May 2011

SERBA RINGKAS FUNGSI HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HAT TM)

Hospital Angkatan Tentera Kuala Lumpur (HATKL) dirancang pembinaannya bagi menggantikan 95 HAT di Kem Kinrara. Nama HATKL telah digantikan kepada HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HATTM) pada hari perasmiannya iaitu pada 20 Ogos 2009.

Selaras dengan namanya, hospital ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan. Perancangan dan pembinaan hospital ini bermula pada tahun 2001 dan lokasi yang dipilih adalah di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Hospital ini telah siap dibina sepenuhnya pada Julai 2009. Hospital ini mempunyai sejumlah 282 buah katil dengan pelbagai displin perkhidmatan dan boleh ditambah kepada 354 buah katil sekiranya berlaku ‘Mass Casualty’. Hospital ini telah dan akan dilengkapi dengan pelbagai bidang kepakaran dan pengkhususan terutamanya dalam bidang perubatan ketenteraan.

Fungsi dan tanggungjawab utama HAT TM adalah untuk memelihara kekuatan tempur anggota ATM supaya menjadi sebuah angkatan yang mantap lagi kredibel bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara. Hospital ini juga akan berfungsi sebagai sebuah Hospital Pangkalan Utama dan merupakan pusat rujukan untuk hospital-hospital dan kemudahan-kemudahan kesihatan ATM yang lain. Yang paling utama untuk diketahui oleh orang awam ialah HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN adalah HOSPITAL RUJUKAN, tanpa mengira sama ada seseorang itu anggota tentera atau awam, mereka tidak sewenang-wenangnya boleh mendapat rawatan di hospital ini tanpa dirujukkan terlebih dahulu oleh hospital atau klinik lain.

Dengan keterangan di atas, jelas memperlihatkan fungsi utama hospital ini agak berbeza dengan hospital kerajaan yang lain. Walau bagaimanapun bagi kes-kes kecemasan hospital ini akan memberikan rawatan kecemasan sebagaimana yang diberikan oleh hospital kerajaan yang lain. Dan setelah pesakit stabil, ia akan dipindahkan ke hospital kerajaan yang lain. Banyak salah faham yang saya baca mengenai HAT, yang sebenarnya kesiapsiagaan tentera yang sihat dan mampu dikerah di barisan hadapan merupakan tanggungjawab semua HAT.

Visi hospital ini adalah ‘Sebagai sebuah Hospital Angkatan Tentera yang komprehensif menjadi pusat kecemerlangan perubatan ketenteraan untuk memenuhi aspirasi pertahanan negara’.

Misi hospital pula ialah ‘Menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk memenuhi keperluan ATM dengan kepakaran professional, penggunaan teknologi terkini, pendidikan berterusan dan penyelidikan. Menyediakan peluang kerjaya dan persekitaran yang terjamin, mencabar serta memuaskan kepada setiap warga HAT TM’.

Selamat Hari Ibu Untuk Semua


Selamat Hari Ibu untuk emak saya, bagi saya hari ibu setiap hari - khusus untuk ibu saya. Sentiasa mendoakan agar Allah sentiasa memberkati hidupnya, mengurniakan kesihatan yang terbaik, ditambahkan rezki halal dan bahagiakan hidupnya sentiasa.

Ibu Al Quran - Surah Al Fatihah; yang sejati - ibu kandung; yang famous - ibu tiri; yang ringan - ibu angkat; yang miang ibu keladi;

yang kaya raya - ibu ayam; yang tembam - ibu roti; yang ramai - ibu tunggal; yang penting - ibu jari.

KL ibu negara Malaysia. Memang banyak ibu yang ada di dalam dunia ini. Pilih ibu mana yang boleh bawa kita kepada hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Kepada semua wanita - ingatlah anda tetap seorang ibu yang menjadi payong tempat teduhan anak-anak. Pastikan tapak kaki anda memijak tempat yang berkat kerana di situlah syurga anak-anak.

09 May 2011

Very Cute....


Agaknya sang anak kucing tepuk-tepuk kepala anak itik... atau dalam hati sang anak kucing rasa nak makan sang anak itik itu.

Sekolah - Handphone

Itulah akibatnya sekiranya handphone dibenarkan penggunaanya di sekolah-sekolah. Guru dan murid sama sahaja naiknya.

08 May 2011

Sekolah - Handphone

Releven ke handphone di sekolah??? mengikut peredaran zaman, penggunaan handphone memang sangat berguna, tetapi menggunaan handphone di sekolah memang tidak patut diluluskan kerana selain daripada mengganggu persekitaran sekolah, anak-anak tidak akan menumpukan fokus terhadap pelajaran di samping penyalahgunaan kuasa dan masa oleh guru. Fikir-fikirkan

07 May 2011

Taktik Untuk Tidor Di Waktu Pejabat







Kalau nak tahu sama ada cara ini berkesan atau tidak cuba buat.

Sekolah - Makanan Merbahaya

Berlanjutan daripada kisah anak-anak yang obes - cuba tengok jawapan yang diberikan oleh murid tentang makanan merbahaya, tak ada pun yang jawab makanan segera yang membawa berlakunya obes yang mengundang penyakit bahaya. Nampaknya kita kena "educate" anak-anak kita semula. Dan yang utama tunjukkan contoh dari rumah...

06 May 2011

Tak Rela KopiKu dipanggil Cappuccino


Hanya meletakkan madu, susu dan krim, nama kopi itu terus bertukar kepada Cappuccino sempena nama paderi Marco D'Aviano. Selama ini kopi diminum oleh orang Islam dan budaya minum kopi di Eropah juga datangnya dari Islam.

Mulai dari hari ini, tak rela kopi aku digelar Cappuccino.

Sekolah - Tabiat Makan Murid

Baru-baru ni semua orang terkejut apabila Kementerian Pendidikan mengeluarkan kajian mengenai murid-murid yang obes. Nak terkejut macam mana pulak ya, sedang hari-hari anak-anak yang gemok ni ada depan mata emak ayah... mereka tak perasan ke anak mereka dah gemok. Tu yang silap-silap anak-anak mati dulu dari emak ayah sebab menyakit yang berkaitan dengan obes macam darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Kalau Kementerian sahaja yang sibuk tapi emak ayah tak ambil pot juga tak ada ertinya. Kena sama-sama bertindak kawal dan rancangan pemakanan anak-anak, emak-emak kenalah masuk dapur semula dan kurangkan beli makanan dari luar. Itu pandangan saya saja.

05 May 2011

Tangan-tangan Seni

















Seninya mereka... adakah anda boleh lakukannya, cubalah......

Sekolah - Guru Pendidikan Jasmani

Eeehh... ada ke guru pendidikan jasmani yang macam ni??? kalau saya kat sekolah dulu, guru pendidikan jasmani saya juga berpakaian sukan dengan tergantung wisel di lehernya.

04 May 2011

Kanser Payu Dara - Betul ke Artikel ini??????


Kentang goreng segera memang sedap dan memudahkan untuk kita sediakan dia. Rasanya zaman ini setiap rumah ada sepeket kentang sejuk beku dalam peti sejuk. Tapi dengan berita di atas tiba-tiba timbul rasa takut. Walau apa pun setakat ini saya dah makan agak betan juga kot.

Selepas ini saya mungkin lebih berhati-hati untuk membeli kentang goreng segera. Kepada kawan-kawan semua - ikut sahaja kata hati kecil kita !!!!!!!!!!

Sekolah - Rukun Negara

Memang saya tak nafikan ramai murid-murid sekolah yang tak tahu apakah Rukun Negara (RN), tak macam zaman-zaman kita RN perlu dihafal dan dihayati. Buat karangan yang berasakan RN dan ada kala guru mengadakan pertandingan melukis yang juga berasaskan RN. Kat mana silapnya - adakah pada murid ke atau pada guru yang kurang kreatif???? Tanyalah pada diri sendiri!!!

Agak-agaknya murid-murid kita yang beragama Islam tahu dan hafal tak Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Haji dan sebagainya.

03 May 2011

Amaran Dari Alam Dari Allah

Ramai yang melihat apa yang berlaku sehinggakan terjadinya lubang besar yang menelan jalan raya. Di samping itu pihak berkuasa cuba menyelamatkan apa yang patut.

Lubang yang terjadi agak dalam dan yang tak pastinya bagaimana ianya boleh terjadi.

Kelihatan lapisan-lapisan tanah.

Apa yang sebenarnya berlaku ??????????

Apa pun ini adalah amaran dari Allah.... alam ini hanya sebagai penyampai amaran yang Allah berikan. Ini juga menunjukkan bumi kita dah tua dan tak mampu untuk menampung pelbagai objek yang berat-berat di atasnya. Insafi diri dan hisab sendiri berapa berat pahala yang kita nak bawa balik ke alam yang kekal, dan berapa berat pula dosa yang perlu kita kikis keluar dari diri sebelum kita dibenarkan untuk mendiami syurga. Jadi berapa lama agaknya dosa-dosa itu nipis dari diri kita - maknanya berapa lama agaknya kita dalam neraka. Neraka mestinya lebih dalam dari lubang ini kan????????

Sekolah Dalam Zoo

Kreatifnya guru ni.. Tapi pada pandangan saya sekolah dalam kebun dah cukup untuk memberi kesedaran kepada anak-anak betap perlunya berbudi dan berbakti kepada tanah. Ajar mereka konsep rezki dari hasil bumi bukannya semuanya boleh didapati dari Pasar Raya.